Tag Archives: baju i am

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

Kami warga kerja KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Muslimin & Muslimat tidak kira di mana anda berada.

Mudah-mudahan kedatangan Syawal kali ini memberi erti yang bermakna untuk kita semua.

selamat-hari-raya

Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Suasana ziarah sanak saudara patut disambut dengan keriangan.

Anak-anak kecil mahupun yang dah besar, elak bermain mercun serta hati-hati bermain bunga api. Balik sekolah nanti, orang putih kata “back in one piece” ya.

Okay, untuk makluman semua. Kami akan bercuti dari 24 Jun hingga 2 Julai 2017. Buka seperti biasa bermula 3 Julai 2017. Walau bagaimanapun, jika anda ada nak tanya berkaitan cetak baju, boleh Whatsapp cuma mungkin anda akan menerima “reply” lambat, maklumlah tengah mood raya.

Pelanggan yang ingin berkunjung ke kedai kami, anda boleh mula datang dari 3 Julai 2017 juga. Alamat kami 22A, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Lokasi terletak di belakang Tesco Station 18 dan sederet dengan Restoran Nur Imam.

whatsapp

In Sya Allah, berjumpa lagi kita lepas menyambut Hari Raya nanti. Pasti banyak rancangan untuk membuat baju untuk pelbagai program dan projek.

Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

Sekian daripada saya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kongsi pada rakan anda:

T-Shirt I AM Kini Kembali, We’re BACK I AM T-Shirt

Were-BackSENARAI HARGA BAJU/ T-SHIRT I AM

T-SHIRT I AM

SENARAI HARGA BAJU I AM 2015

Cetak Baju I AM ada disediakan di KilangCetak.com

Warna pilihan baju foursquare, TEKAN SINI

Kami menawarkan khidmat mencetak baju I AM.

baju i am

Tulisan NAMA anda boleh pilih font ikut citarasa anda. Bagi tahu nama FONT yang anda inginkan.

format i am

KOTAK I AM KAMI ADALAH SEPERTI DI ATAS.

Tiada tarikh tutup untuk baju I AM. Tempahan dibuka sepanjang hari.

Berapa lama proses? Lazimnya proses mengambil masa 1-2 minggu namum bergantung kepada giliran ‘production’.

Kami akan cuba mempercepatkan semua tempahan yang ada.

Kembali kepada baju I AM. Berapa harga kalau nak buat?

Amnya kami menetapkan minimum kuantiti tempahan adalah 5 helai.

Bagi pilihan saiz pula lebih banyak. Kini ada dari UMUR 5/6 TAHUN ke XXXL. *BERGANTUNG PADA STOK

Ada 3 varian utama untuk Baju I AM, lengan pendek dewasa, lengan pendek kanak-kanak dan lengan panjang. Anda juga boleh pilih baju jenama lain seperti OrenSport, Enzo & Rightway

Anda boleh memilih jenis baju serta warna yang disediakan.

Kami menggalakkan anda untuk menyediakan senarai yang mengandungi NAMA, JENIS BAJU, WARNA BAJU dan SAIZ untuk semakan stok baju.

Penghantaran macam mana? Ok, caj penghantaran adalah sama seperti khidmat cetak baju design sendiri, tiada caj tambahan untuk penghantaran kecuali anda hendak kami pos ke Sabah/Sarawak.

Bagaimana dengan bayaran? Bayaran boleh terus dibuat ke akaun bank kami atas nama ASMA TEXTILE, CIMB Bank. (sila dapatkan nombor akaun bank selepas anda memberikan butiran tempahan)

Jom tempah baju I AM

Baju I AM ni jenis baju personalised (setiap satu lain-lain). Kini kami juga buat baju dengan NAMA dan NOMBOR.

jersey nama nombor

Untuk baju jersey, boleh pilih kain jenis Microfiber. Anda boleh pilih baju jenama seperti OrenSport, Enzo & Rightway

Teruskan mencetak baju dengan KilangCetak.com

Kongsi pada rakan anda:

Cetak Baju I AM Di Sini

cetak baju

Cetak Baju I AM Di Sini

ASMA TEXTILE
Alamat Kedai: No.3A, Medan Stesen 19/6, Station 18, 31650 Ipoh, Perak.
No. Telefon: 05 – 321 5848 / 012 659 6001 (Whatsapp)

Khidmat Cetak Baju I AM Di Sini

Anda ingin mencetak baju I AM? Cetak Baju I AM Di Sini.

Kami menyediakan khidmat cetak baju I AM sesuai untuk pelbagai tujuan seperti baju kenduri, baju family day, baju kelas dan banyak lagi.

Jauh dari kedai kami? Anda tidak perlu bimbang. 60% daripada pelanggan kami adalah mereka yang berada jauh lebih 100km daripada kedai kami. Oleh itu, kami menyediakan penghantaran supaya baju yang ditempah tiba di alamat anda.

Penghantar rasmi kami: GD Express.

Sedikit kelainan pada design baju I AM. Anda boleh menambah tulisan di bawah kotak tersebut.

cetak baju

Tak tahu untuk design di komputer? Boleh lukis tangan? Anda lukis kemudian ambil gambar dan tunjuk pada kami.

Khidmat grafik/ design adalah PERCUMA.

Harga? Mahal ke? Anda akan diberikan harga yang berpatutan.

cetak baju i am

Macam mana nak tempah?

Sampaikan pertanyaan anda melalui saluran berikut:
cetak baju

Kongsi pada rakan anda: