Salam Sejahtera pelanggan yang dihormati.

Ya, menghitung hari kita akan memasuki tahun 2020, tahun wawasan, tahun impian. Rezeki kita bertemu dengan tahun istimewa ini.

Nak jumpa balik tahun 3030 memang tak sampailah. Apa pun, sama-sama kita bersyukur kerana dipanjangkan usia. Mudah-mudahan tahun 2020 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

Mula tahun baru, cikgu dan anak-anak mula sesi persekolahan. Ada nak buat hari sukan, ada program di sekolah atau kolej. Masa untuk aktiviti setelah lama bercuti.

Bila nak aktiviti ni, pastinya nak buat t-shirt, tak kira untuk tujuan keseragaman mahupun kenangan.

Seronok tau kalau dapat baju ni, lagi-lagi kalau dapat FREE..

Kami faham bajet anda mesti terhad walaupun masih tahun baru.

Ya, kami di KilangCetak, sedia menawarkan harga cetak baju yang berpatutan. Tidak kira di mana anda berada. Tak semestinya anda berapa dekat dengan premis kami baru boleh order. Kami ada sediakan khidmat penghantaran dengan hanya RM20 dalam Semenanjung Malaysia. Tidak kira berat mana tempahan anda, kami hanya kira RM20 saja!!!.

Bang, design takda lah, macam mana ya?

Kami menyediakan khidmat buatkan design* syaratnya cuma buatlah cetak baju dengan KilangCetak.

Ya, memang biasa kami membantu pelanggan yang masih belum mempunyai design. Maksud ada design ni bukan sekadar anda gambar baju tu nak macam mana tau. Maksud ada design ni, mestilah nak ada dalam format perisian Adobe Illustrator.

Tapi tak perlu gusar pasal design, janji anda ada idea nak design tu macam mana. Beritahu kami butirannya, nak letak apa pada design tu. Ada saja pelanggan datang dengan kertas dan lakaran. Itu sudah cukup bagus dah. YANG PENTING IDEA tu ya.

Harga macam mana bang?

Ringkasnya, harga bergantung pada design baju tu dan kuantiti.

Harga di atas bermula untuk pakej t-shirt cotton dengan cetakan 1 warna 1 bahagian. Setiap tambahan itu bergantung pada permintaan anda.

Tak perlu pening memahami jadual harga kami. Terus saja hubungi kami. Kami akan bantu anda untuk harga baju yang anda ingin buat.

Melalui Whatsapp anda nanti kami boleh berikan pilihan baju yang ada. Ada banyak, jadi anda perlu beritahu kami kehendak anda, kami akan berikan yang berkaitan.

Akhir daripada kami, SELAMAT TAHUN 2020

Terus mencetak t-shirt bersama KilangCetak.