Month: March 2015

  • Teruskan Cetak T-Shirt Biarpun GST Bermula

    Salam sejahtera dari KilangCetak.com buat pelanggan yang dihormati.

    Teruskan Cetak T-Shirt Biarpun GST Bermula

    Terima kasih atas sokongan anda. Teruskan menempah baju/t-shirt dengan kami. Bulan Mac tahun ini, jadual kami agak padat sehingga menyebabkan tak sempat untuk buat post baru di sini. Ada yang tempah baju family day, baju kelas, baju universiti, baju brand sendiri, baju jet pejuang dan macam-macam baju. Macam-macam ADA.

    Baju yang kami cetak ada yang telah sampai ke merata Malaysia, antaranya Sabah, Sarawak, Johor, Perlis, Selangor dan terutama Perak.

    Okay, lagi beberapa hari sahaja GST akan dikuatkuasa, iaitu bermula 1 April 2015. Ura-ura kenaikan harga beberapa barangan akan mula dirasai. Walau bagaimanapun, kami akan cuba mengekalkan harga sedia ada. JANGAN RISAU. Juga hendak dimaklumkan, kami masih belum boleh mengenakan GST, YA.

    cetak-baju-priceMar2015

    Ada beberapa pelanggan yang Whatsapp kami menghadapi dilema untuk buat design. Kami akan cuba membantu namun anda perlu bersabar.

    ~~TEKAN SINI UNTUK BELAJAR CARA DESIGN ~~

    Bila sudah ada design baru mudah untuk kami berikan harga.

    Tips Kira Harga Baju:

    Berikan Design Anda. Berikan KUANTITI (berapa helai nak buat?)

    Setiap jenis baju adalah berbeza harganya. Harga yang nyatakan di atas adalah untuk baju/t-shirt kolar bulat (roundneck) 100% cotton 160gsm jenama Foursquare/QMex/Alam Fashion bergantung pada stok. Ini sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet rendah. Serendah RM8*/helai.

    ~~TEKAN SINI UNTUK TENGOK WARNA & SAIZ BAJU FOURSQUARE~~

    Kami juga ada baju saiz kanak-kanak jenis kain yang sama. HARGA PUN SAMA.

    Nak lengan panjang? Ada juga; BLACK, RED, WHITE, YELLO, GREY MELANGE, DARK MELANGE, APPLE GREEN, NAVY, PURPLE & TURQOISE. Tambahan RM5/helai dari harga lengan pendek tadi.

    Kalau ada bajet lebih, nak guna GILDAN kita cerita lain. BRAND dari USA.

    Macam mana kalau anda jauh daripada kedai? Lagi-lagi kalau kat seberang laut sana. Usah gusar. Pelanggan yang berapa di Semenanjung Malaysia dapat FLAT RATE, RM20 sahaja. Tak perlu bayar tol RM22.20 dari Tol Guthrie ke Tol Simpang Pulai. Tu baru TOL pergi sahaja. Belum kira petrol dan kos nak balik semula.

    Contoh harga baju dengan kos penghantaran:

    Baju & Printing = RM9.00
    Kuantiti = 20 helai
    (+) kos penghantaran RM20

    RM9.00 x 20helai = RM180.00+RM20 = RM200.00/ 20 helai = RM10.00/helai sahaja

    Contoh harga baju dengan kos penghantaran (VERSI KUANTITI BANYAK):

    Baju & Printing = RM8.00
    Kuantiti = 100 helai
    (+) kos penghantaran RM20

    RM8.00 x 100helai = RM800.00+RM20 = RM820.00/ 100 helai = RM8.20/helai sahaja

    Okay sangat la tu kan. BERBALOI-BALOI. Baru baca sampai sini dah minat nak tempah baju? Tengok bawah ni.

    telefon cetak baju

    Whatsapp terus design anda untuk dipertimbangkan. KUANTITI jangan lupa.

    t-shirt media carnival UTPCorak yang simple dibuat untuk Media Carnival 2015 di Universiti Teknologi Petronas. Guna t-shirt Foursquare Lengan Pendek dengan printing saiz A3 satu (1) warna Baju Gelap.

    t-shirt aircrew

    Pada asalnya kami hanya terima fail JPEG dengan resolusi amat rendah. Mujurlah kami tahu itu pesawat apa. Anda tahu? ITU adalah pesawat Sukhoi macam yang Malaysia ada tu.

    t-shirt PPIM Kluang

    Satu lagi design yang kami kena lukis semula. Rasanya ini baju untuk program PPIM di Johor.

    Ada beberapa gambar yang tidak dapat dipaparkan di sini. Kami rajin muat naik dalam Instagram, cari @kilangcetak

    Tips Design Baju/ T-Shirt

    Jika anda menggunakan FONT, dapatkan nama FONT tersebut.

    Cara-cara untuk tempah baju, paling utama ada design & kuantiti.

    1. Whatsapp 012 659 6001 atau Emel kilangcetak@gmail.com

    2. Kalau urgent boleh call tapi pada waktu operasi 10 pagi – 6 petang sahaja. Waktu lain kami nak berehat, OK. Lepas call masih kena buat langkah 1.

    Cetak t-shirt di sini.

  • Cetak T-Shirt Murah Di Sini

    Cetak T-Shirt Murah Di KilangCetak.com

    Realisasikan idea design anda di atas baju atau t-shirt pilihan anda. Cetak t-shirt design sendiri SEKARANG.

    Cari idea, susun idea & cetak pada t-shirt untuk kegunaan sendiri, kumpulan atau untuk program.

    cetak t-shirt murah

    Nak Cetak t-shirt, mesti ada lakaran (design)!

    Bila anda menghubungi kami, pastikan ada design yang anda inginkan. Tidak kira bagaimana rupanya, sama ada fail gambar (jpeg, gif atau bmp) atau fail asal (psd, pdf atau .ai) mesti ada. Tak ada juga? Seperti sebelum ini, kami ada maklumkan macam mana kalau nak cetak baju anda mesti paling tidak ada lakaran walaupun hanya ada lukisan tangan.

    Nak Cetak t-shirt tapi tak tahu nak design.

    Jangan gusar. Mulakan lakaran anda walaupun dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Tak semestinya kena reti Adobe Illustrator untuk cetak baju.

    Sekarang juga, ada laman web yang sediakan platform untuk anda buat design baju sendiri secara online. Cuba tengok SpreadShirt.com

    Nak Cetak t-shirt, macam mana nak buat bayaran dengan KilangCetak.com

    Selepas anda pasti dengan design yang hendak dibuat dan bersetuju dengan harga yang diberikan untuk mengesahkan deposit hendaklah dibuat. Pada masa kini, pilihan bank utama adalah CIMB Bank. Jika anda inginkan pilihan bank lain sila maklumkan kepada kami.

    Segala butiran berkaitan akan diberikan melalui perbualan Whatsapp, 012-659 6001.

    Setelah t-shirt anda siap dicetak, kami akan maklumkan pada anda. (Gambar t-shirt siap adalah atas permintaan)
    cetak t-shirt
    Nak Cetak t-shirt, Jauh Pula dari Kedai Kami.

    Tak perlu sampai gundah gulana. Dah jumpa tempat cetak t-shirt murah tapi jauh pula. Di manakah anda? Selagi dalam Malaysia baju anda boleh sampai.

    Kalau dekat, boleh datang. Tetapkan temujanji anda dengan kami.

    Nak Cetak t-shirt, Biasa Ambil Masa Berapa Lama?

    Pelanggan yang dihormati. Kebiasaannya proses mengambil masa satu (1) minggu bekerja untuk menyiapkan baju anda. Namun, tempoh masa cetak t-shirt akan dilanjutkan bergantung giliran produksi. Amnya ambil masa 1-2 minggu bekerja*. (*tidak terpakai pada baju customade). Apapun kami akan maklumkan jangkaan siap baju anda.

    Nak Cetak t-shirt, TAPI ada nak tanya lagi?

    telefon cetak baju

    Petua mencetak t-shirt design sendiri:

    1. Mulakan berwhatsapp dengan kami, 012-659 6001.
    2. Berikan terus butiran seperti nama dan lokasi anda.
    3. Ada design? Kalau ada terus attach
    4. Berapa helai nak tempah? ada kuantiti lebih memudahkan pengiraan. Tempahan minimum adalah 20 helai. Wajib lebih 20 helai. Kurang daripada itu, maaf tak dapat ambil.
    5. Tunggu balasan daripada kami.