Month: June 2017

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

    Kami warga kerja KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Muslimin & Muslimat tidak kira di mana anda berada.

    Mudah-mudahan kedatangan Syawal kali ini memberi erti yang bermakna untuk kita semua.

    selamat-hari-raya

    Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Suasana ziarah sanak saudara patut disambut dengan keriangan.

    Anak-anak kecil mahupun yang dah besar, elak bermain mercun serta hati-hati bermain bunga api. Balik sekolah nanti, orang putih kata “back in one piece” ya.

    Okay, untuk makluman semua. Kami akan bercuti dari 24 Jun hingga 2 Julai 2017. Buka seperti biasa bermula 3 Julai 2017. Walau bagaimanapun, jika anda ada nak tanya berkaitan cetak baju, boleh Whatsapp cuma mungkin anda akan menerima “reply” lambat, maklumlah tengah mood raya.

    Pelanggan yang ingin berkunjung ke kedai kami, anda boleh mula datang dari 3 Julai 2017 juga. Alamat kami 22A, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Lokasi terletak di belakang Tesco Station 18 dan sederet dengan Restoran Nur Imam.

    whatsapp

    In Sya Allah, berjumpa lagi kita lepas menyambut Hari Raya nanti. Pasti banyak rancangan untuk membuat baju untuk pelbagai program dan projek.

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    Sekian daripada saya.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

  • Orensport dah keluar baju Microfiber BARU…jom tengok

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Selamat datang sekali lagi ke www.KilangCetak.com. Saya nak memaklumkan kepada anda bahawa OrenSport telah mengeluarkan katalog baru (Vol.16) dan antara yang terbaharu adalah baju jenis kain jersi/microfiber.

    orensport_vol.16-page-001

    Okay, jom kita lihat apa yang terbaharu kali ni. Mana lah tahu korang dah boring dengan design lama, apa kata cuba design baru.

    Pertamanya,

    orensport_vol.16-page-012 orensport_vol.16-page-013

    sedikit info ingin saya kongsikan kepada anda tentang baju KOD QD48 & QD49. ada 2 varian iaitu lengan pendek dan lengan panjang. paten ni ala2 design raglan gitu. jenis kain? dekat katalog tulis: 100% cationic polyester interlock. apa tu? cationic

    ada effect gitu pada baju ni. berminat? boleh cuba

    seterusnya, QD46, jenis kain 100% polyester interlock. terdapat 5 jenis warna yang korang boleh pilih.

    orensport_vol.16-page-015

    orang tanya, bang baju kolar baru takda ke? tahun ni sama macam sebelum2 ni, ada paten baru. tengok bawah ni:

    orensport_vol.16-page-024 orensport_vol.16-page-025

    kod baju QD47, jenis kain juga 100% polyester cotton. nampaknya Orensport dah mula kreatif sikit. sejajar dengan teknologi sublimation sekarang.

    jadi, di atas adalah baju-baju baru keluaran Orensport pada tahun ni. korang boleh cuba.

    korang mungkin nak tanya, harga berapa bang? okay, harga dia adalah…. (tak sesuai saya letak di sini)..

    JIKA NAK SENARAI HARGA MEMBER, emelkan butiran korang ke kilangcetak@gmail.com

    1. TAJUK EMEL: SAYA NAK JADI MEMBER BOLEH?
    2. nama korang
    3. alamat surat menyurat/ pos
    4. no.telefon yang ada Whatsapp
    5. nama syarikat & no pendaftaran (jika ada)
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.