Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade

Assalamualaikum & salam sejahtera pelanggan KilangCetak yang dihormati. Diharapkan anda semua sihat sentiasa.

Kini sudah bulan Mac 2019 (dah lama admin tak hantar kiriman di sini, sibuk sikit), Alhamdulillah masa sekejap saja berlalu. Jika dikira, ini masuk tahun ke-6 http://www.kilangcetak.com beroperasi. Bukan kaleng-kaleng, pinjam bahasa orang guna dalam PUBG.

Sebelum saya nak cerita pasal perkhidmatan kami untuk tahun ni. KilangCetak.com mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang membuat tempahan dengan kami dan mereka yang berkongsi/promote kami pada kenalan masing. Jasamu amat dikenang.

Okay, kembali pasal topik kita. Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade, apa benda nak dikhabarnya? okay mari baca perlahan-perlahan di bawah.

Baju Sublimation

Apakah sublimation? senang kata satu cara teknik mencetak secara digital di atas kain. Print atas kain, lepas tu potong dan jahit jadi baju. Hah, tu info paling ringkas yang senang faham. Nak lebih jelas, ni kami berikan contoh:

Baju sublimation ni biasa guna material seperti Polyester Interlock atau Mini Eyelet. Jenis kain ni, biasanya pelanggan kami guna yang mini eyelet, katanya taklah terlalu panas berbanding interlock. Tapi sebenarnya bergantung pada keselesaan masing-masing juga. Dua-dua kain memang okay.

Design boleh letak apa? nak letak apa-apa pun letaklah, warna nak berpuluh-puluh dalam tu pun boleh, logo ada 100 company sponsor pun tiada masalah. Nak letak efek macam shadow, gradient, 3D dan macam-macam boleh saja. Sebab apa ya? Kerana kita guna digital printer lah.

Daripada kain tu plain (putih saja), kita gunakan printer digital (ni printer besar tau, bukan printer kat rumah tu, mahu 6 kaki punya printer ni), imej akan dicetak atas transfer paper kemudian kita gunakan mesin heat press (ni pun besar, bukan takat A3 tau). Bila dah transfer, potong ikut bentuk baju dan diakhiri dengan proses menjahit.

Dengar cara kerja tadi nampak pun macam rumit sikit, itu juga sebabkannya lebih mahal berbanding baju-baju jenis lain.

Tapi jika ada bajet, kami boleh buatkan untuk anda.

Untuk baju sublimation, minimum order dia kena banyak. Kami terima tempahan 40 helai ke atas sahaja.

Baju Customade

Seterusnya kita berbicara tentang baju customade. Baju jenis ni dah lama ada pun. Biasanya sekolah/asrama, syarikat yang sederhana besar, kolej dan macam lagi. Paten baju anda boleh tentukan nak jahit macam mana. Asalkan tukang jahit boleh cantum kain-kainnya. Lagi kompleks, lagi mahal upah jahitnya. Keep it simple & nice to wear.

Kami di KilangCetak menerima tempahan baju customade (jahit khas) sekurangnya order 30 helai ke atas. Tapi 30 helai pun harga agak tinggi. Lebih elok buat banyak-banyak.

Jenis kain yang biasa orang panggil ada 3, TC, Microfiber (Eyelet) & Lacoste (Pique). Kadar harga tak sama mengikut jenis kain.

Sebelum jahit baju, kami kena dapatkan kain dulu. Tak boleh beli sikit-sikit kain, kerugian nanti. Jadi baju customade sesuai ditempah bila kuantiti banyak.

Okay, hal ni penting. MASA NAK SIAPKAN?. Nak menjahit memang ambil masa, belum dikira masa untuk mencetak lagi. Saranan kami, buat tempahan sekurang-kurangnya 3 minggu bekerja sebelum nak guna. Dapat lagi awal lagi bagus.

Baju Readymade

Ya, ini paling banyak orang tempah. Sebabnya pelanggan nak dalam masa yang segera dan kos yang tak terlalu tinggi. Tapi daripada pengalaman kami, lebih kepada nak cepat sebenarnya. Tapi tak mengapa, selagi kami boleh bantu, kami akan bantu sebelum masa baju itu diperlukan.

Bila baju readymade ni, adalah katalognya. Kita mulakan dengan baju paling HOT dibuat adalah baju cotton.

Pelbagai pilihan warna untuk baju cotton. Biasanya orang buat baju family day. Jadi nak kena ada lengan pendek, lengan panjang, kanak-kanak dan rompers/ baju baby. Tidak ketinggalan baju cotton roundneck pendek sampai saiz 8XL (besar tu….)

Baju cotton terpulang kepada anda nak cetak apa di depan mahupun di belakang. Ada juga nak letak nama dan sebagainya.

Untuk tahun 2019, kami paparkan harga terkini.

Pasti ada pelanggan yang pernah buat tempahan dengan kami. Yang RM10 dah takda ke bang? Berita baik. Untuk pelanggan yang setia, kami mengekalkan harga asas RM10 macam dulu.

Pelanggan baru jangan risau, anda pun boleh dapat harga member-member. Whatsapp laju2 kami nanti.

Kami akan bekalkan kepada anda pautan untuk katalog baju readymade lain yang kami ada.

Nak buat baju tapi belum ada idea? Anda boleh lihat koleksi gambar baju untuk tahun 2018.

link galeri gambar 2018>>> https://goo.gl/G97UgV

Setiap design baju yang selain daripada pakej RM12/RM10, harganya ada berbeza. Itu sebabnya kami akan meminta lakaran baju daripada anda. Ceritakan anda nak baju tu macam mana. Kami akan tengok macam mana dan berikan harga yang terbaik.

Penghantaran Disediakan Seluruh Negeri

Tidak kira di mana anda berada. Baju anda boleh dihantar menggunakan khidmat kurier. Jangan risau. 80% pelanggan kami adalah pelanggan dari luar negeri Perak Darul Ridzuan.

Di akhir kiriman ini, sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami. Jemput hadirkan diri. Boleh lihat contoh baju yang disediakan.

Sekiranya anda terjumpa kiriman ini dan belum lagi nak buat baju, sila kongsi (share) kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan lain. Kami amat berterima kasih atas usaha anda.

Sekian, terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua. Teruskan Cetak Baju dengan Kilangcetak.com

Dimiliki Oleh:
ASMA TEXTILE (002224436-W)
22 Medan Stesen 19/4
Station 18
31650 Ipoh
Perak
+60 5-321 5848 / 012-6596001
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum TUTUP