Category: Blog

  • Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade

    Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade

    Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade

    Assalamualaikum & salam sejahtera pelanggan KilangCetak yang dihormati. Diharapkan anda semua sihat sentiasa.

    Kini sudah bulan Mac 2019 (dah lama admin tak hantar kiriman di sini, sibuk sikit), Alhamdulillah masa sekejap saja berlalu. Jika dikira, ini masuk tahun ke-6 http://www.kilangcetak.com beroperasi. Bukan kaleng-kaleng, pinjam bahasa orang guna dalam PUBG.

    Sebelum saya nak cerita pasal perkhidmatan kami untuk tahun ni. KilangCetak.com mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang membuat tempahan dengan kami dan mereka yang berkongsi/promote kami pada kenalan masing. Jasamu amat dikenang.

    Okay, kembali pasal topik kita. Baju Sublimation, Jahit Customade & Readymade, apa benda nak dikhabarnya? okay mari baca perlahan-perlahan di bawah.

    Baju Sublimation

    Apakah sublimation? senang kata satu cara teknik mencetak secara digital di atas kain. Print atas kain, lepas tu potong dan jahit jadi baju. Hah, tu info paling ringkas yang senang faham. Nak lebih jelas, ni kami berikan contoh:

    Baju sublimation ni biasa guna material seperti Polyester Interlock atau Mini Eyelet. Jenis kain ni, biasanya pelanggan kami guna yang mini eyelet, katanya taklah terlalu panas berbanding interlock. Tapi sebenarnya bergantung pada keselesaan masing-masing juga. Dua-dua kain memang okay.

    Design boleh letak apa? nak letak apa-apa pun letaklah, warna nak berpuluh-puluh dalam tu pun boleh, logo ada 100 company sponsor pun tiada masalah. Nak letak efek macam shadow, gradient, 3D dan macam-macam boleh saja. Sebab apa ya? Kerana kita guna digital printer lah.

    Daripada kain tu plain (putih saja), kita gunakan printer digital (ni printer besar tau, bukan printer kat rumah tu, mahu 6 kaki punya printer ni), imej akan dicetak atas transfer paper kemudian kita gunakan mesin heat press (ni pun besar, bukan takat A3 tau). Bila dah transfer, potong ikut bentuk baju dan diakhiri dengan proses menjahit.

    Dengar cara kerja tadi nampak pun macam rumit sikit, itu juga sebabkannya lebih mahal berbanding baju-baju jenis lain.

    Tapi jika ada bajet, kami boleh buatkan untuk anda.

    Untuk baju sublimation, minimum order dia kena banyak. Kami terima tempahan 40 helai ke atas sahaja.

    Baju Customade

    Seterusnya kita berbicara tentang baju customade. Baju jenis ni dah lama ada pun. Biasanya sekolah/asrama, syarikat yang sederhana besar, kolej dan macam lagi. Paten baju anda boleh tentukan nak jahit macam mana. Asalkan tukang jahit boleh cantum kain-kainnya. Lagi kompleks, lagi mahal upah jahitnya. Keep it simple & nice to wear.

    Kami di KilangCetak menerima tempahan baju customade (jahit khas) sekurangnya order 30 helai ke atas. Tapi 30 helai pun harga agak tinggi. Lebih elok buat banyak-banyak.

    Jenis kain yang biasa orang panggil ada 3, TC, Microfiber (Eyelet) & Lacoste (Pique). Kadar harga tak sama mengikut jenis kain.

    Sebelum jahit baju, kami kena dapatkan kain dulu. Tak boleh beli sikit-sikit kain, kerugian nanti. Jadi baju customade sesuai ditempah bila kuantiti banyak.

    Okay, hal ni penting. MASA NAK SIAPKAN?. Nak menjahit memang ambil masa, belum dikira masa untuk mencetak lagi. Saranan kami, buat tempahan sekurang-kurangnya 3 minggu bekerja sebelum nak guna. Dapat lagi awal lagi bagus.

    Baju Readymade

    Ya, ini paling banyak orang tempah. Sebabnya pelanggan nak dalam masa yang segera dan kos yang tak terlalu tinggi. Tapi daripada pengalaman kami, lebih kepada nak cepat sebenarnya. Tapi tak mengapa, selagi kami boleh bantu, kami akan bantu sebelum masa baju itu diperlukan.

    Bila baju readymade ni, adalah katalognya. Kita mulakan dengan baju paling HOT dibuat adalah baju cotton.

    Pelbagai pilihan warna untuk baju cotton. Biasanya orang buat baju family day. Jadi nak kena ada lengan pendek, lengan panjang, kanak-kanak dan rompers/ baju baby. Tidak ketinggalan baju cotton roundneck pendek sampai saiz 8XL (besar tu….)

    Baju cotton terpulang kepada anda nak cetak apa di depan mahupun di belakang. Ada juga nak letak nama dan sebagainya.

    Untuk tahun 2019, kami paparkan harga terkini.

    Pasti ada pelanggan yang pernah buat tempahan dengan kami. Yang RM10 dah takda ke bang? Berita baik. Untuk pelanggan yang setia, kami mengekalkan harga asas RM10 macam dulu.

    Pelanggan baru jangan risau, anda pun boleh dapat harga member-member. Whatsapp laju2 kami nanti.

    Kami akan bekalkan kepada anda pautan untuk katalog baju readymade lain yang kami ada.

    Nak buat baju tapi belum ada idea? Anda boleh lihat koleksi gambar baju untuk tahun 2018.

    link galeri gambar 2018>>> https://goo.gl/G97UgV

    Setiap design baju yang selain daripada pakej RM12/RM10, harganya ada berbeza. Itu sebabnya kami akan meminta lakaran baju daripada anda. Ceritakan anda nak baju tu macam mana. Kami akan tengok macam mana dan berikan harga yang terbaik.

    Penghantaran Disediakan Seluruh Negeri

    Tidak kira di mana anda berada. Baju anda boleh dihantar menggunakan khidmat kurier. Jangan risau. 80% pelanggan kami adalah pelanggan dari luar negeri Perak Darul Ridzuan.

    Di akhir kiriman ini, sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami. Jemput hadirkan diri. Boleh lihat contoh baju yang disediakan.

    Sekiranya anda terjumpa kiriman ini dan belum lagi nak buat baju, sila kongsi (share) kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan lain. Kami amat berterima kasih atas usaha anda.

    Sekian, terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua. Teruskan Cetak Baju dengan Kilangcetak.com

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22 Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 012-6596001
    Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
    Sabtu/Ahad/Cuti Umum TUTUP

  • 5 Tahun Cetak Baju Di Sini Promo 2018

    Cetak Baju Di Sini Promo 2018 Tahun ke-5 kini di KilangCetak.com

    Penghargaan untuk semua pelanggan kami yang menyokong KilangCetak.com, sukacita kami ingin menawarkan kembali Promo 2018 yang dahulunya ditawarkan pada tahun 2015. Ya, cetak baju serendah RM9 sehelai dengan kuantiti 20 helai dalam satu tempahan.

    Kami sedar akan kenaikan harga barangan berbeza berbanding tahun 2015, namun kami bersemangat untuk memberikan harga cetak baju serendah RM8 sehelai dengan kuantiti minimum 100 helai.

    Harga cetak baju yang amat berpatutan dan kami pasti sesuai dengan bajet anda samada untuk kegunaan hari keluarga, program kelab, baju jalan-jalan dan sebagainya.

    Kualiti cetakan adalah seperti biasa, kami tidak akan kurangkan penggunaan dakwat/ink yang biasa digunakan ke atas t-shirt anda. Cetakan seperti biasa dengan harga yang betul-betul berpatutan.

    Realisasikan IDEA anda di atas t-shirt/ baju SEKARANG.

    Ingin melihat contoh baju yang pernah kami buat untuk pelanggan kami? Tekan di bawah (tiada akaun Instagram tiada masalah, kami buat ‘public’):

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    Info lain juga dipaparkan dalam Facebook kami, banyak gambar dan info yang kami letakkan di sana. Sehinggakan kebanyakan masa hingga tidak sempat untuk membalas komen/mesej anda di sana. Kami sarankan anda untuk Whatsapp terus ke talian 012-6596001.

    Petua mencetak baju design sendiri:

    Mulakan berwhatsapp dengan kami, 012-659 6001.
    2. Berikan terus butiran seperti nama dan lokasi anda.
    3. Ada design? Kalau ada terus attach
    4. Berapa helai nak tempah? ada kuantiti lebih memudahkan pengiraan. Tempahan minimum adalah 20 helai. Wajib lebih 20 helai. Kurang daripada itu, maaf tak dapat ambil.
    5. Tunggu balasan daripada kami.
    Penetapan harga bergantung kepada design & kuantiti yang hendak ditempah.

    Jika ada kelapangan boleh datang ke kedai kami yang terletak di Station 18, Ipoh, Perak. Kini di buka Isnin hingga Sabtu. Sabtu buka 9 pagi hingga 1 petang sahaja ya.

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22A Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 012-6596001
    Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
    Sabtu 9.00 pagi hingga 1.00 petang
    Ahad/Cuti Umum TUTUP

  • Promo Cetak Baju Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia & Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

    Promo Cetak Baju Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia & Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

    promo-merdekaSempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-60 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, KilangCetak ingin memaklumkan promosi sempena dua acara pada kali ini.

    Harga RM9 sehelai. YA. Jika dahulu, harga ini selalu dapat sebelum mulanya GST. Kini kembali semula. Ala2 kami belanja sempena bulan yang penuh semangat kenegaraan.

    whatsapp

    Mungkin dalam bulan ini, anda merancang dengan keluarga ataupun rakan-rakan untuk buat program di hujung minggu. Buat baju untuk program anda, SATU IDEA yang MENARIK.

    Boleh buat baju untuk ‘family day’, reunion sekolah, acara sukan dan sebagainya.

    warna baju cotton

    Pilihan warna baju untuk disesuaikan dengan tema atau pilihan warna acara atau program yang ingin dianjurkan.

    Jenis kain baju adalah ‘100% Cotton’, kainnya lembut dan selesa dipakai untuk cuaca di Malaysia. Tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu tebal.

    TAK PERLU KELUAR RUMAH PERGI KEDAI. Baju boleh sampai ke rumah atau pejabat anda. Penghantaran disediakan untuk seluruh negeri di Malaysia.

    Sertai #promoMERDEKAKL2017 dan sampaikan kepada rakan-rakan anda.

    buat-design

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    cetak baju

    Sebahagian daripada baju yang dicetak di KilangCetak.com Anda boleh ikuti kami di instagram.com/kilangcetak

    Promo ini akan dibuka sepanjang bulan Kemerdekaan iaitu sehingga 31 Ogos 2017. Harga mengikut spesifikasi yang dinyatakan. Sebarang tambahan spesifikasi akan dikenakan caj tambahan; tambahan warna, tambahan tempat cetak dan jenis baju yang lain.

    SALAM KEMERDEKAAN daripada KilangCetak.com

    Ikhlas daripada,
    m.khakiki
    founder KilangCetak.com

  • Cetak Baju Online Malaysia

    Cetak Baju Online Malaysia

    Cetak Baju Online Malaysia
    cari-cetak-baju

    Nak cetak baju program seperti acara sukan? Marathon, Senamrobik, Hari Sukan. PENGHANTARAN SEMENANJUNG MALAYSIA ADALAH PERCUMA. *tertakluk pada terma dan syarat

    whatsapp

    Amat sesuai untuk tempahan Cetak Baju sempena program yang anda anjurkan seperti
    Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang Kahwin, Baju Krew Event dan Macam-macam.

    cetak baju apple run baju applerun

     *tertakluk pada terma dan syarat

    Kedai Cetak Baju Untuk Semua

    Kami tahu, anda tentu suka kalau kerja mencetak Baju menjadi mudah macam ni:

    Anda TAK PERLU keluar rumah untuk mencari kedai Cetak Baju.Anda TAK PERLU berbelanja besar untuk Cetak Baju untuk dipakai semasa program yang anda rancang tidak kira secara kecil-kecilan atau kumpulan besar.Anda TAK PERLU mengusung plastik besar yang mengandungi Baju yang ditempah.Anda TAK PERLU pening kepala dan bazir minyak untuk menghantar kepada penerima Baju tersebut.Anda TAK PERLU risau kalau tak reti buat design guna perisian komputer, lukis atas kertas pun dah cukup, TIADA CAJ DESIGN.

    KAMI BOLEH BANTU ANDA CETAK BAJU PADA HARGA YANG MURAHbaju-cotton

    Didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bawah nama perniagaan ASMA TEXTILE.KilangCetak.com merupakan sebuah Kedai Cetak Baju Online sejak Januari 2013. Bermula secara kecil-kecilan di rumah, kini kami mempunyai premis kedai terletak di Station 18, Ipoh PERAK.Sejak dari itu, kami telah mencetak baju dan telah dihantar ke seluruh negeri.

    pelanggan
    NEW-CATALOGUEUntuk memudahkan proses sebut harga, berikan kami design dan kuantiti. Whatsapp atau EMEL.

    buat-design

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    cetak baju

    Sebahagian daripada baju yang dicetak di KilangCetak.com Anda boleh ikuti kami di instagram.com/kilangcetak

    cetak bajupic cetak baju 3
    Jika anda jauh daripada kedai kami di Ipoh, Perak, kami sedia membantu dalam pengurusan penghantaran ke pintu rumah anda dengan rakan perkhidmatan penghantaran kami ke rumah/pejabat anda.

    Rakan Perkhidmatan Penghantaran:
    penghantaran
    Penghantaran terus ke rumah
    Dengan khidmat kurier terbaik, kami berusaha memastikan penghantaran terus di hadapan pintu rumah anda. Sekiranya anda tiada di rumah, pihak kurier akan memaklumkan kepada anda untuk menyerahkan tempahan Baju kepada anda.

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22 Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 012-6596001
    Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
    Sabtu/Ahad/Cuti Umum TUTUP
    PERHATIAN:
    **Kami menggalakkan semua pelanggan untuk Whatsapp dan berurusan melalui emel bagi memudahkan rujukan.
    **Kami tidak menggalakkan anda telefon untuk tanya harga baju. Ini kerana harga baju hanya boleh diberikan selepas merujuk pada lakaran/design yang diberikan oleh anda.
    **Sila bekalkan kepada kami fail dalam format .Ai atau .psd untuk memudahkan produksi.
    **Waktu produksi biasa kami adalah 14 hari  (2 minggu) sekiranya pelanggan memberikan fail .Ai (Adobe Illustrator).
    **Kami tidak bertanggungjawab sebarang kerosakan/kesilapan untuk tempahan yang tergesa-gesa (urgent). Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan seawal mungkin sebelum tarikh baju tersebut hendak digunakan. MAKLUMKAN KAMI TARIKH BAJU TERSEBUT UNTUK DIGUNAKAN.
    ***PENTING!!! Sekiranya mesej anda tidak DIBALAS, panggilan anda tidak DIJAWAB. Jangan MARAH. Kami cuba sedaya upaya untuk membalas dan menjawab. Kami juga manusia biasa yang perlukan rehat serta ada tugasan yang dilaksanakan.

    flyers-pemasaran

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

    Kami warga kerja KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Muslimin & Muslimat tidak kira di mana anda berada.

    Mudah-mudahan kedatangan Syawal kali ini memberi erti yang bermakna untuk kita semua.

    selamat-hari-raya

    Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Suasana ziarah sanak saudara patut disambut dengan keriangan.

    Anak-anak kecil mahupun yang dah besar, elak bermain mercun serta hati-hati bermain bunga api. Balik sekolah nanti, orang putih kata “back in one piece” ya.

    Okay, untuk makluman semua. Kami akan bercuti dari 24 Jun hingga 2 Julai 2017. Buka seperti biasa bermula 3 Julai 2017. Walau bagaimanapun, jika anda ada nak tanya berkaitan cetak baju, boleh Whatsapp cuma mungkin anda akan menerima “reply” lambat, maklumlah tengah mood raya.

    Pelanggan yang ingin berkunjung ke kedai kami, anda boleh mula datang dari 3 Julai 2017 juga. Alamat kami 22A, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Lokasi terletak di belakang Tesco Station 18 dan sederet dengan Restoran Nur Imam.

    whatsapp

    In Sya Allah, berjumpa lagi kita lepas menyambut Hari Raya nanti. Pasti banyak rancangan untuk membuat baju untuk pelbagai program dan projek.

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    Sekian daripada saya.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin