Category: Cetak Baju Di Sini

  • Pakej Harga Cetak Baju Cotton & Microfiber

    Anda mencari tempat untuk cetak baju?

    MOQ 10 helai saja!!

  • Koleksi Design Family Day

    Koleksi Design Family Day yang ada di KilangCetak.com, jom tempah baju sekarang!

    Saya nak buat baju tapi belum ada design lagi, macam mana ya??

    Soalan Lazim daripada Pelanggan yang nak buat baju family day.

    Family Day adalah acara istimewa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga. Salah satu elemen penting yang menjadikan hari tersebut lebih meriah ialah baju khas yang dipakai oleh semua ahli keluarga. Namun, sebelum anda menempah t-shirt Family Day, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan – terutamanya bahan dan jenis cetakan. Artikel ini akan membantu anda memilih antara tiga jenis t-shirt yang paling popular: Microfiber, Cotton, dan Polo.

    Siapa yang sesuai memakai Microfiber?
    Jika Family Day anda melibatkan aktiviti fizikal seperti bersukan, berkelah di pantai, atau berkhemah, microfiber adalah pilihan yang tepat kerana ia mengekalkan keselesaan dalam keadaan berpeluh.

    Berikut adalah antara design family day yang anda boleh pilih sekiranya belum ada design lagi.

    design family day

    Daripada design ini anda boleh ubahsuai, dengan memasukkan nama family, tempat, tarikh/tahun dan sebagainya.

    Dengan cara itu, proses lebih mudah.

    Jadi, apa yang anda tunggu? Buat keputusan yang bijak dan tempah t-shirt Family Day anda di KilangCetak.com hari ini! Kami menawarkan pelbagai pilihan design dan cetakan untuk memenuhi keperluan anda – sama ada DTF, embroidery, atau full sublimation. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau tempahan custom!

    Membuat tempahan di KilangCetak.com sangat mudah. Anda hanya perlu:

    Penghantaran ke seluruh Malaysia disediakan melalui J&T Courier yang cepat dan efisien, memastikan tempahan anda sampai tepat pada masanya.

    Pilih jenis baju dan kuantiti

    Hantar rekaan anda melalui WhatsApp di 011-50700007

    Terima sebut harga dalam masa 24 jam

    Bayar dan tunggu baju anda siap!

  • Tahun 2020 – Tempah Cetak Baju Kini Dibuka

    Tahun 2020 – Tempah Cetak Baju Kini Dibuka

    Salam Sejahtera pelanggan yang dihormati.

    Ya, menghitung hari kita akan memasuki tahun 2020, tahun wawasan, tahun impian. Rezeki kita bertemu dengan tahun istimewa ini.

    Nak jumpa balik tahun 3030 memang tak sampailah. Apa pun, sama-sama kita bersyukur kerana dipanjangkan usia. Mudah-mudahan tahun 2020 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

    Mula tahun baru, cikgu dan anak-anak mula sesi persekolahan. Ada nak buat hari sukan, ada program di sekolah atau kolej. Masa untuk aktiviti setelah lama bercuti.

    Bila nak aktiviti ni, pastinya nak buat t-shirt, tak kira untuk tujuan keseragaman mahupun kenangan.

    Seronok tau kalau dapat baju ni, lagi-lagi kalau dapat FREE..

    Kami faham bajet anda mesti terhad walaupun masih tahun baru.

    Ya, kami di KilangCetak, sedia menawarkan harga cetak baju yang berpatutan. Tidak kira di mana anda berada. Tak semestinya anda berapa dekat dengan premis kami baru boleh order. Kami ada sediakan khidmat penghantaran dengan hanya RM20 dalam Semenanjung Malaysia. Tidak kira berat mana tempahan anda, kami hanya kira RM20 saja!!!.

    Bang, design takda lah, macam mana ya?

    Kami menyediakan khidmat buatkan design* syaratnya cuma buatlah cetak baju dengan KilangCetak.

    Ya, memang biasa kami membantu pelanggan yang masih belum mempunyai design. Maksud ada design ni bukan sekadar anda gambar baju tu nak macam mana tau. Maksud ada design ni, mestilah nak ada dalam format perisian Adobe Illustrator.

    Tapi tak perlu gusar pasal design, janji anda ada idea nak design tu macam mana. Beritahu kami butirannya, nak letak apa pada design tu. Ada saja pelanggan datang dengan kertas dan lakaran. Itu sudah cukup bagus dah. YANG PENTING IDEA tu ya.

    Harga macam mana bang?

    Ringkasnya, harga bergantung pada design baju tu dan kuantiti.

    Harga di atas bermula untuk pakej t-shirt cotton dengan cetakan 1 warna 1 bahagian. Setiap tambahan itu bergantung pada permintaan anda.

    Tak perlu pening memahami jadual harga kami. Terus saja hubungi kami. Kami akan bantu anda untuk harga baju yang anda ingin buat.

    Melalui Whatsapp anda nanti kami boleh berikan pilihan baju yang ada. Ada banyak, jadi anda perlu beritahu kami kehendak anda, kami akan berikan yang berkaitan.

    Akhir daripada kami, SELAMAT TAHUN 2020

    Terus mencetak t-shirt bersama KilangCetak.
  • Dirgahayu Tuanku

    Dirgahayu Tuanku

    UCAPAN SEMBAH TAAT SETIA
    SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN
    DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
    SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
    IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH

    Dengan penuh rasa syukur, patik merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

    Rakyat sekalian berdoa agar Tuanku akan terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

  • Buat Baju Bulan Ogos Merdeka

    Buat Baju Bulan Ogos Merdeka

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat tetamu KilangCetak.com

    Kita sudah masuk bulan Ogos, banyak peristiwa yang akan berlangsung pada bulan ini. Maka akan tiba hari-hari cuti sesuai untuk kita buat program bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Okay, apa yang menarik ditawarkan? Buat baju bulan Ogos Merdeka. Kami tawarkan harga berikut:

    Buat tempahan baju dari tarikh 1 Ogos hingga 21 Ogos 2019, kami berikan harga di atas. Harga serendah RM8* sehelai baju.

    Tawaran ini hanya untuk mereka yang ingin menggunakan baju ini selepas 10 hari daripada tarikh bayaran deposit dibuat. Contoh: Anda deposit 1 Ogos, baju anda akan siap pada 11 Ogos 2019.

    Nak URGENT? kena guna harga biasalah.

    Pilihan warna & jenis baju macam di bawah:

    Jangan lepaskan peluang untuk buat baju dalam bulan Ogos Merdeka ini.

    Tidak dilupa, Hari Raya Aidiladha/ Raya Qurban nak dekat, cepat-cepatlah buat tempahan SEKARANG!!!

    Tekan Nombor Di Atas Untuk Terus Disambungkan Melalui Whatsapp

    Okay, jumpa anda nanti dalam Whatsapp. Jangan lupa untuk SHARE & Like Facebook kami dan Instagram.