Kami kemaskini untuk cara mudah untuk buat design baju, terutamanya untuk buat design baju family day. Masih menggunakan link yang sama, cuma video baru bawah ni, menggunakan PHONE korang.
Selamat Mencuba gaiss…
Jangan risau jika anda tidak tahu menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator, Photoshop dan sebagainya. Kami perkenalkan Customink.com, kini anda boleh cuba design baju secara online. Ikuti paparan di bawah untuk rujukan anda.
Amat sesuai untuk tempahan Cetak Baju sempena program yang anda anjurkan seperti Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang Kahwin, Baju Krew Event dan Macam-macam. (*minimum 20 helai)
Kedai Cetak Baju Untuk Semua
Kami tahu, anda tentu suka kalau kerja mencetak Baju menjadi mudah macam ni:
Anda TAK PERLU keluar rumah untuk mencari kedai Cetak Baju.
Anda TAK PERLU berbelanja besar untuk Cetak Baju untuk dipakai semasa program yang anda rancang tidak kira secara kecil-kecilan atau kumpulan besar.
Anda TAK PERLU mengusung plastik besar yang mengandungi Baju yang ditempah.
Anda TAK PERLU pening kepala dan bazir minyak untuk menghantar kepada penerima Baju tersebut.
Anda TAK PERLU risau kalau tak reti buat design guna perisian komputer, lukis atas kertas pun dah cukup, TIADA CAJ DESIGN.
KAMI BOLEH BANTU ANDA CETAK BAJU PADA HARGA YANG MURAH
Sebelum itu, biarkan kami perkenalkan siapa kami. KilangCetak.com diasaskan oleh Md.Khakiki.
Didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bawah nama perniagaan ASMA TEXTILE.KilangCetak.com merupakan sebuah Kedai Cetak Baju Online sejak Januari 2013. Bermula secara kecil-kecilan di rumah, kini kami mempunyai premis kedai terletak di Station 18, Ipoh PERAK.
Sejak dari itu, kami telah mencetak beribu helai baju dan telah dihantar ke seluruh negeri.
Jika anda jauh daripada kedai kami di Ipoh, Perak, kami sedia membantu dalam pengurusan penghantaran ke pintu rumah anda dengan rakan perkhidmatan penghantaran kami ke rumah/pejabat anda.
Rakan Perkhidmatan Penghantaran: Penghantaran terus ke rumah
Dengan khidmat kurier terbaik, kami berusaha memastikan penghantaran terus di hadapan pintu rumah anda. Sekiranya anda tiada di rumah, pihak kurier akan memaklumkan kepada anda untuk menyerahkan tempahan Baju kepada anda.
Dimiliki Oleh: ASMA TEXTILE (002224436-W)
22 Medan Stesen 19/4
Station 18
31650 Ipoh
Perak
+60 5-321 5848 / 012-6596001
Sukacita kami ingin memaklumkan “No Minimum OrderLAH*” Cetak Baju hanya di KilangCetak.com
Anda boleh buat baju walaupun sehelai. Terjumpa gambar yang berkenan di hati, rasa nak cetak atas baju. Tak jumpa tempat yang buat sehelai, SINI TEMPATNYA.
Harga cetak baju satu (1) helai dari RM18.00 sahaja.
Spesifikasi baju yang digunakan adalah jenama Foursquare 100% Cotton 160gsm Roundneck. (jenama pilihan orang ramai). Pelbagai variasi warna. Warna asas adalah HITAM.
Rasa macam nak guna baju jenama lain, boleh, pilih GILDAN atau ORENSPORT.
Besar mana gambar yang diperlukan? Okay untuk yang full color, size gambar hendaklah lebih dari 1000 pixel x 1000+ pixel. Ini untuk memastikan gambar tidak pecah.
Besar mana gambar pada baju? Gambar anda akan dicetak saiz maksimum 26cm X 20cm (landscape/potrait). Untuk 1 color sahaja lebar maksimum 28.5cm.
Apa pun untuk tetapkan harga, anda perlu Whatsapp kami, 012 659 6001.
Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.
Pelanggan meminta untuk sertakan bendera Malaysia & Jepun pada design baju I AM.
Berminat untuk datang kedai kami? Jemput datang. Alamatnya 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Menghadap Tesco Station 18, sebelah kedai bekalan Bakeri SBH. Boleh tengok sampel baju yang ada disediakan.
Jangan lepaskan peluang ini. Buat baju sempena hari raya, balik kampung raya tahun ni pakai baju I AM senang saudara mara nak kenal nama.
Bulan Ramadhan ni, KilangCetak.com mengucapkan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Juga Salam Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sukacita kami ingin maklumkan bahawa KilangCetak.com telah berpindah ke kedai baru. Betul-betul menghadap Tesco Station 18, Ipoh.
Kini anda boleh melihat sampel baju yang sesuai untuk dipilih dan cetak baju ikut design yang anda inginkan.
Butiran seperti berikut:
ASMA TEXTILE (002224436-w)
22 MEDAN STESEN 19/6, STATION 18, 31650 IPOH, PERAK.
KOORDINAT 4.544588, 101.067139
WAKTU OPERASI ISNIN – KHAMIS (10AM – 6PM)
WAKTU OPERASI JUMAAT (10AM – 6PM) (REHAT 12.30 – 3.00PM)
WAKTU OPERASI SABTU (10AM-2PM)
Sekarang juga telah keluar koleksi baru daripada OrenSport. Koleksi terbaru merangkumi baju jenis Quick Dry (Microfiber), Honey Comb (Polo), Cotton Interlock, Single Jersey dan paling menarik kini ada pilihan baru untuk t-shirt Muslimah. Tekan menu OrenSport di atas untuk melihat lebih banyak koleksi baru.
Penjelasan cara-cara untuk membuat tempahan cetak baju:
Pelanggan Walk-In
Sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami, jemput hadir untuk melihat sampel baju yang disediakan. Boleh terus bincang tentang nak jenis baju yang macam mana, bincang harga malah deal terus.
Pelanggan Online/Whatsapp
Mungkin anda jauh, ada yang dari Sarawak, ada yang Sabah, ada yang Johor, ada juga yang dari Perlis. Untuk pengetahuan anda, kami telah menghantar tempahan cetak baju ke semua negeri dalam Malaysia. Macam mana? Hantar dengan courier. Caj penghantaran dijamin tak mahal.
Okay, jauhkan? Anda boleh hantar whatsapp kepada kami, save nombor telefon ni, 0126596001. Kemudian mula mesej kami di Whatsapp. Apa butiran penting yang perlu anda hantar kepada kami?
Nama anda? Dari mana (boleh kami tentukan kadar penghantaran)
Attach design anda. Kalau ada gambar rupa baju yang anda nak buat hantarkan. Tak ada? boleh lakar atas kertas, lukis asalkan kami boleh tahu anda nak baju tu macam mana. **jangan main attach je gambar banyak-banyak, jelaskan sikit anda nak macam mana.
Beritahu kami kuantiti, berapa helai anda nak buat baju tersebut? Kalau banyak contoh lebih 100 lain harganya, kurang daripada 20 helai lagi lain harganya.
Tiga butiran di atas amat penting untuk kami tentukan harga baju yang anda hendak buat.
Adakalanya pelanggan menyatakan yang design belum dimuktamadkan, nak tahu anggaran. Memang sukar bagi kami untuk berikan harga. Dah muktamad ke tidak design anda, hantar je dulu. Kami berikan anggaran. Kalau ada perubahan ketara harga boleh di adjust.
Anda nak harga anggaran? kena juga berikan design.
Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.
Okay begitulah penjelasan tentang nak buat tempahan cetak baju di KilangCetak.com. Sebelum ini mungkin anda ada menghantar whatsapp kepada kami dan tidak dapat reply kepada kami. Kami mohon maaf, adakalanya disebabkan kesibukan di sini. Pasti akan ada yang terlepas. Kami cuba balas semua whatsapp yang sampai kepada kami.
Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Moga lebih banyak baju anda cetak di sini.
Tulisan NAMA anda boleh pilih font ikut citarasa anda. Bagi tahu nama FONT yang anda inginkan.
KOTAK I AM KAMI ADALAH SEPERTI DI ATAS.
Tiada tarikh tutup untuk baju I AM. Tempahan dibuka sepanjang hari.
Berapa lama proses? Lazimnya proses mengambil masa 1-2 minggu namum bergantung kepada giliran ‘production’.
Kami akan cuba mempercepatkan semua tempahan yang ada.
Kembali kepada baju I AM. Berapa harga kalau nak buat?
Amnya kami menetapkan minimum kuantiti tempahan adalah 5 helai.
Bagi pilihan saiz pula lebih banyak. Kini ada dari UMUR 5/6 TAHUN ke XXXL. *BERGANTUNG PADA STOK
Ada 3 varian utama untuk Baju I AM, lengan pendek dewasa, lengan pendek kanak-kanak dan lengan panjang. Anda juga boleh pilih baju jenama lain seperti OrenSport, Enzo & Rightway
Anda boleh memilih jenis baju serta warna yang disediakan.
Kami menggalakkan anda untuk menyediakan senarai yang mengandungi NAMA, JENIS BAJU, WARNA BAJU dan SAIZ untuk semakan stok baju.
Penghantaran macam mana? Ok, caj penghantaran adalah sama seperti khidmat cetak baju design sendiri, tiada caj tambahan untuk penghantaran kecuali anda hendak kami pos ke Sabah/Sarawak.
Bagaimana dengan bayaran? Bayaran boleh terus dibuat ke akaun bank kami atas nama ASMA TEXTILE, CIMB Bank. (sila dapatkan nombor akaun bank selepas anda memberikan butiran tempahan)
Jom tempah baju I AM
Baju I AM ni jenis baju personalised (setiap satu lain-lain). Kini kami juga buat baju dengan NAMA dan NOMBOR.
Untuk baju jersey, boleh pilih kain jenis Microfiber. Anda boleh pilih baju jenama seperti OrenSport, Enzo & Rightway