Cetak Baju Super May RM50 OFF Promotion
Sukacita kami memaklumkan sepanjang bulan Mei 2015 ini, promosi diskaun RM50 diaktifkan untuk tempahan baju 50 helai dan ke atas.
Anda kini dapat berjimat RM50 daripada tempahan anda. Harga baju dan cetakan adalah kiraan yang sama. Tiada kenaikan harga. Bukan diskaun saja-saja lepas naikkan harga. Memang betul-betul diskaun.
Kenapa tiba-tiba ada promosi ni? Kami ingin memberi penghargaan kepada semua pelanggan yang selama ini memilih KilangCetak.com sebagai kilang cetak baju mereka.
Bulan Mei, pelbagai hari keraian yang bakal disambut seperti Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir, Hari Jururawat dan macam-macam hari lagi. Apalah kiranya dengan tempahan baju anda dapat memeriahkan suasana tersebut.
Terdahulu, bulan April, bulan yang agak padat untuk kami. Bukan saja perihal mencetak baju saja. Perihal luar pun membuatkan kami sedikit ‘kelam kabut’ tapi Alhamdulillah segalanya lancar. Jom kita lihat apa yang dicetak bulan lepas.
Sampai ke malam kami mengerjakan baju ni. Baju warna apple green, warna cetakan di bahagian hadapan ada 4 warna dalam saiz A3. Manakala belakang saiz A4 dengan tulisan PTPL Shah Alam.
Aktiviti mencetak diteruskan lagi dengan pelbagai bentuk design baju yang diminta oleh pelanggan.
Selain dari perihal design, pemilihan jenis baju juga berlainan bagi setiap tempahan baju. Ada yang memilih option biasa iaitu baju Foursquare. Ada bajet, nak lagi sedap mereka pilih Gildan. Lain daripada tu, mereka pilih Enzo, tak pun Oren Sport.
Semua pilihan adalah di tangan anda.
Baju di atas ni guna baju Oren Sport CT01 warna Royal Blue. Baju bawah ni, guna Gildan Premium 76000 warna Heliconia. Print warna light apple green depan dan belakang.
Sekarang heatpress pun kami buat. Macam baju bawah ni, guna baju brand ENZO, patern baju raglan, warna base kuning, lengan warna hitam. Ala-ala warna Perak gitu.
Gambar akhir yang sempat dikongsi baju Alor Staq, guna baju brand Gildan juga. Ada lagi satu design yang guna baju Gildan warna hitam, tapi tiada gambar di sini.
Berbalik kepada promosi yang sedang KilangCetak.com jalankan. Super May RM50 OFF.
Tempah baju sekurang-kurangnya 50 helai, layak untuk dapat diskaun tersebut. Apa yang kena anda lakukan?
1. Print post/entry ni dengan printer anda. Tak perlu cetak berwarna. HITAM saja pun boleh.
2. Dah print, ambil gambar & attach pada Whatsapp ketika bersembang dengan kami.
Bila kami dapat gambar daripada anda. Anda bakal menikmati diskaun RM50 tersebut. MUDAH sahaja.
Promosi ni tak terhad pada satu tempahan sahaja. Kalau dalam bulan ni anda order lagi sekali design yang lain, masih layak dapat diskaun ni.
Pos ini adalah dikeluarkan pada 4 Mei 2015.
Talian sama untuk menghubungi kami di Whatsapp, 012 659 6001.
Kalau dekat, moh ler datang kedai kami. Kot nak tengok baju yang ada. Set appoinment dengan kami.
ASMA TEXTILE (002224436-W)
3A, Medan Stesen 19/6, Station 18, 31650 Ipoh, Perak.
Tel: 05 321 5848
Whatsapp: 012 659 6001
Emel: kilangcetak@gmail.com