Tag: print baju

  • Cetak Baju | T-Shirt Printing Online

    Cetak Baju | T-Shirt Printing Online

    Hai, saya Hakiki, apa yang boleh saya bantu?

    Mencari tempat untuk cetak baju?

    Ramai yang mencari tempat cetak baju yang buat cetak baju dengan HARGA BERPATUTAN, KAIN SEDAP dipakai & ADA KUALITI walaupun harganya MURAH.

    Okay, saya pasti anda mesti dah penat mencari.

    Kami di KilangCetak.com menawarkan harga yang berpatutan, siap boleh hantar tak kira di mana anda berada

    Saya boleh bantu anda! Tak percaya ke?

    pelanggan

    Selamat Datang ke KilangCetak.com
    Mencari tempat untuk cetak baju? untuk program anda seperti acara sukan, marathon, sukan sekolah. Juga cetak baju untuk hari keluarga (family day), reunion, rombongan dan sebagainya.
    Di sinilah tempat cetak baju.

    cetak baju apple run
    baju applerun
    Anda TAK PERLU keluar rumah untuk mencari kedai Cetak Baju.

     

    Anda TAK PERLU berbelanja besar untuk Cetak Baju untuk dipakai semasa program yang anda rancang tidak kira secara kecil-kecilan atau kumpulan besar.

    Anda TAK PERLU mengusung plastik besar yang mengandungi Baju yang ditempah.

    Anda TAK PERLU pening kepala dan bazir minyak untuk menghantar kepada penerima Baju tersebut.

    Anda TAK PERLU risau kalau tak reti buat design guna perisian komputer, lukis atas kertas pun dah cukup, TIADA CAJ DESIGN.

    Amat sesuai untuk tempahan Cetak Baju sempena program yang anda anjurkan seperti Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang Kahwin, Baju Krew Event dan Macam-macam.

    KAMI BOLEH BANTU ANDA CETAK BAJU PADA HARGA YANG MURAH
    baju-cotton

    Kami didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bawah nama perniagaan ASMA TEXTILE.
    KilangCetak.com merupakan sebuah Pusat Cetak Baju Online sejak Januari 2013.

    Bermula daripada hobi, kini kami mempunyai premis kedai terletak di Station 18, Ipoh PERAK.

    Sejak dari itu, kami telah mencetak baju dan telah dihantar ke seluruh negeri malah telah sampai ke luar negara (SINGAPURA, BRUNEI, UK dan lain-lain).

    Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

    Okay kini anda telah serba sedikit mengenali perkhidmatan yang kami sediakan. Izinkan kami berkongsi kepada anda semua TIPS PENTING bagaimana untuk dapatkan harga cetak baju yang ideal untuk anda.
    Untuk pengetahuan anda, tiga perkara utama yang diperlukan sebelum kita dapat mencetak baju; 1. Design Baju (saiz cetak); 2 Design Baju (bilangan warna); 3. Kuantiti Baju yang Hendak Dibuat
    1. Design Baju (saiz cetak)
    Saiz cetakan dapat ditentukan dengan adanya design baju. Cetak saiz A3 adalah lebih TINGGI kosnya berbanding cetak saiz A4. JIKA ANDA MEMPUNYAI BAJET KAMI SARANKAN CETAK SAIZ A4.
    ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT CETAKAN PADA BAHAGIAN BELAKANG, LENGAN BAJU SERTA BAHAGIAN BAWAH BAJU. *Setiap tambahan elemen akan membuatkan kos cetakan baju meningkat.
    2. Design Baju (bilangan warna)
    Ringkasnya, lagi BANYAK warna yang hendak dicetak lagi MAHAL harga baju anda. NAK JIMAT CETAK SAHAJA SATU WARNA.
    ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT CETAKAN PADA BAHAGIAN BELAKANG, LENGAN BAJU SERTA BAHAGIAN BAWAH BAJU. *Setiap tambahan elemen akan membuatkan kos cetakan baju meningkat.
    3. Kuantiti Baju Yang Hendak Dibuat
    SEMAKIN BANYAK ANDA TEMPAH, SEMAKIN MURAH HARGA BAJU ANDA! 
    ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT CETAKAN PADA BAHAGIAN BELAKANG, LENGAN BAJU SERTA BAHAGIAN BAWAH BAJU. *Setiap tambahan elemen akan membuatkan kos cetakan baju meningkat.
    buat-design

    Sebahagian daripada baju yang dicetak di KilangCetak.com Anda boleh ikuti kami di instagram.com/kilangcetak

    Jenis-jenis baju yang biasa pelanggan kami buat:

    Jenis Baju
    Apa keistimewaannya?
    Baju Gathering/ Reunion/ Family DaySekian lama tak berjumpa, tidak salah jika anda cetak baju sempena gathering/ reunion/ family day. Boleh dijadikan kenangan. Design boleh disesuaikan dengan meletakkan nama group, malah jika ada bajet tambahan boleh letak nama masing-masing pada setiap baju.
    Baju I AMBaju I AM ni pernah famous pada tahun 2013-2014 namun masih ramai yang meminati paten tersebut. Apakan tidak, kalau pakai waktu balik kampung, jarang jumpa kan, tengok baju sahaja dah kenal semula. SENANG. Di KilangCetak, anda nak buat sehelai pun kami boleh buatkan.
    Baju Rewang/ Kenduri KahwinTahukah anda, majlis perkahwinan anda akan lebih menarik dan dihargai oleh sanak saudara serta jiran-jiran apabila anda memberi kepada merekan sehelai baju tanda terima kasih atas memastikan majlis perkahwinan anda lancar dan meriah.
    Baju Program/ SukanPelbagai perancangan program dibuat tidak kira oleh pihak kementerian, jabatan, organisasi, syarikat swasta mahupun perseorangan. Sehelai baju sebagai token cenderahati kepada semua peserta yang turut menjayakan program itu.
    Baju SyarikatSebuah syarikat tidak kira besar mahupun baru buka, bos pasti inginkan anda berpakaian seragam (sama) supaya sedap mata memandang. Anda boleh sulam logo syarikat pada baju serta sulam nama anda pada baju.
    Baju Kelas / Baju KelabNak buat baju kelas setiap tahun pun boleh. Nama pun kenang-kenangan. Nanti dah habis sekolah tiada kenangan baju waktu sekolah dulu.

    JOM CETAK BAJU DENGAN KILANGCETAK.COM


    Untuk memudahkan proses sebut harga, berikan kami design dan kuantiti. Whatsapp atau EMEL.

    Jika anda jauh daripada kedai kami di Ipoh, Perak, kami sedia membantu dalam pengurusan penghantaran ke pintu rumah anda dengan rakan perkhidmatan penghantaran kami ke rumah/pejabat anda.

    Penghantaran terus ke rumah
    Dengan khidmat kurier terbaik, kami berusaha memastikan penghantaran terus di hadapan pintu rumah anda. Sekiranya anda tiada di rumah, pihak kurier akan memaklumkan kepada anda untuk menyerahkan tempahan Baju kepada anda.

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22 Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 011-50700 007
    Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 10.00 pagi hingga 6.00 petang
    Sabtu 10.00 pagi hingga 1.00 petang
    Ahad/Cuti Umum TUTUP

  • Orensport dah keluar baju Microfiber BARU…jom tengok

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Selamat datang sekali lagi ke www.KilangCetak.com. Saya nak memaklumkan kepada anda bahawa OrenSport telah mengeluarkan katalog baru (Vol.16) dan antara yang terbaharu adalah baju jenis kain jersi/microfiber.

    orensport_vol.16-page-001

    Okay, jom kita lihat apa yang terbaharu kali ni. Mana lah tahu korang dah boring dengan design lama, apa kata cuba design baru.

    Pertamanya,

    orensport_vol.16-page-012 orensport_vol.16-page-013

    sedikit info ingin saya kongsikan kepada anda tentang baju KOD QD48 & QD49. ada 2 varian iaitu lengan pendek dan lengan panjang. paten ni ala2 design raglan gitu. jenis kain? dekat katalog tulis: 100% cationic polyester interlock. apa tu? cationic

    ada effect gitu pada baju ni. berminat? boleh cuba

    seterusnya, QD46, jenis kain 100% polyester interlock. terdapat 5 jenis warna yang korang boleh pilih.

    orensport_vol.16-page-015

    orang tanya, bang baju kolar baru takda ke? tahun ni sama macam sebelum2 ni, ada paten baru. tengok bawah ni:

    orensport_vol.16-page-024 orensport_vol.16-page-025

    kod baju QD47, jenis kain juga 100% polyester cotton. nampaknya Orensport dah mula kreatif sikit. sejajar dengan teknologi sublimation sekarang.

    jadi, di atas adalah baju-baju baru keluaran Orensport pada tahun ni. korang boleh cuba.

    korang mungkin nak tanya, harga berapa bang? okay, harga dia adalah…. (tak sesuai saya letak di sini)..

    JIKA NAK SENARAI HARGA MEMBER, emelkan butiran korang ke kilangcetak@gmail.com

    1. TAJUK EMEL: SAYA NAK JADI MEMBER BOLEH?
    2. nama korang
    3. alamat surat menyurat/ pos
    4. no.telefon yang ada Whatsapp
    5. nama syarikat & no pendaftaran (jika ada)

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

  • Station 18 – KilangCetak.com kini di 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh Perak.

    Station 18 – KilangCetak.com kini Berpindah

    station 18

    Sukacita kami ingin maklumkan bahawa KilangCetak.com telah berpindah ke kedai baru. Betul-betul menghadap Tesco Station 18, Ipoh.

    Kini anda boleh melihat sampel baju yang sesuai untuk dipilih dan cetak baju ikut design yang anda inginkan.

    kedai baru

    Butiran seperti berikut:

    • ASMA TEXTILE (002224436-w)
    • 22 MEDAN STESEN 19/6, STATION 18, 31650 IPOH, PERAK.
    • KOORDINAT 4.544588, 101.067139
    • WAKTU OPERASI ISNIN – KHAMIS (10AM – 6PM)
    • WAKTU OPERASI JUMAAT (10AM – 6PM) (REHAT 12.30 – 3.00PM)
    • WAKTU OPERASI SABTU (10AM-2PM)

    Sekarang juga telah keluar koleksi baru daripada OrenSport. Koleksi terbaru merangkumi baju jenis Quick Dry (Microfiber), Honey Comb (Polo), Cotton Interlock, Single Jersey dan paling menarik kini ada pilihan baru untuk t-shirt Muslimah. Tekan menu OrenSport di atas untuk melihat lebih banyak koleksi baru.

    oren sport SK02

    Penjelasan cara-cara untuk membuat tempahan cetak baju:

    • Pelanggan Walk-In

    Sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami, jemput hadir untuk melihat sampel baju yang disediakan. Boleh terus bincang tentang nak jenis baju yang macam mana, bincang harga malah deal  terus.

    • Pelanggan Online/Whatsapp

    Mungkin anda jauh, ada yang dari Sarawak, ada yang Sabah, ada yang Johor, ada juga yang dari Perlis. Untuk pengetahuan anda, kami telah menghantar tempahan cetak baju ke semua negeri dalam Malaysia. Macam mana? Hantar dengan courier. Caj penghantaran dijamin tak mahal.

    Okay, jauhkan? Anda boleh hantar whatsapp  kepada kami, save nombor telefon ni, 0126596001. Kemudian mula mesej kami di Whatsapp. Apa butiran penting  yang perlu anda hantar kepada kami?

    1. Nama anda? Dari mana (boleh kami tentukan kadar penghantaran)
    2. Attach design anda. Kalau ada gambar rupa baju yang anda nak buat hantarkan. Tak ada? boleh lakar atas kertas, lukis asalkan kami boleh tahu anda nak baju tu macam mana. **jangan main attach je gambar banyak-banyak, jelaskan sikit anda nak macam mana.
    3. Beritahu kami kuantiti, berapa helai anda nak buat baju tersebut? Kalau banyak contoh lebih 100 lain harganya, kurang daripada 20 helai lagi lain harganya.

    Tiga butiran di atas amat penting untuk kami tentukan harga baju yang anda hendak buat.

    Adakalanya pelanggan menyatakan yang design  belum dimuktamadkan, nak tahu anggaran. Memang sukar bagi kami untuk berikan harga. Dah muktamad ke tidak design anda, hantar je dulu. Kami berikan anggaran. Kalau ada perubahan ketara harga boleh di adjust.

    Anda nak harga anggaran? kena juga berikan design.

    Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.

    Okay begitulah penjelasan tentang nak buat tempahan cetak baju di KilangCetak.com. Sebelum ini mungkin anda ada menghantar whatsapp kepada kami dan tidak dapat reply kepada kami. Kami mohon maaf, adakalanya disebabkan kesibukan di sini. Pasti akan ada yang terlepas. Kami cuba balas semua whatsapp  yang sampai kepada kami.

    promo

    Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Moga lebih banyak baju anda cetak di sini.

  • Cetak Baju Design Sendiri

    Cetak Baju Design Sendiri di KilangCetak.com

    Realisasikan idea design anda di atas baju atau t-shirt pilihan anda. Cetak baju design sendiri SEKARANG.

    Cari idea, susun idea & cetak pada baju untuk kegunaan sendiri, kumpulan atau untuk program.

    cetak baju design sendiri

    Jangan risau. Sebahagian tempahan yang diterima hanya memberikan gambar sahaja. Biarkan kami yang pening melukisnya semula. Tapi jangan kami terlalu pening, YA.

    cetakbaju_feb2015 (2)

    Alhamdulillah. T-Shirt yang dicetak di KilangCetak.com sudah menakluk GUNUNG KINABALU. woww.

    cetakbaju_feb2015 (3)

    Petua mencetak baju design sendiri:

    1. Mulakan berwhatsapp dengan kami, 012-659 6001.
    2. Berikan terus butiran seperti nama dan lokasi anda.
    3. Ada design? Kalau ada terus attach
    4. Berapa helai nak tempah? ada kuantiti lebih memudahkan pengiraan. Tempahan minimum adalah 20 helai. Wajib lebih 20 helai. Kurang daripada itu, maaf tak dapat ambil.
    5. Tunggu balasan daripada kami.

    Penetapan harga bergantung kepada design & kuantiti  yang hendak ditempah.

    banner-kedai-2015

    Nak Cetak Baju Design Sendiri, macam mana nak buat bayaran dengan KilangCetak.com

    Selepas anda pasti dengan design yang hendak dibuat dan bersetuju dengan harga yang diberikan untuk mengesahkan deposit hendaklah dibuat. Pada masa kini, pilihan bank utama adalah CIMB Bank. Jika anda inginkan pilihan bank lain sila maklumkan kepada kami.

    Segala butiran berkaitan akan diberikan melalui perbualan Whatsapp, 012-659 6001.

    Setelah baju anda siap dicetak, kami akan maklumkan pada anda. (Gambar baju siap adalah atas permintaan)
    mencetak baju feb
    Nak Cetak Baju Design Sendiri, Jauh Pula dari Kedai Kami.

    Tak perlu sampai gundah gulana. Dah jumpa tempat cetak baju murah tapi jauh pula. Di manakah anda? Selagi dalam Malaysia baju anda boleh sampai.

    Kalau dekat, boleh datang. Tetapkan temujanji anda dengan kami.

    Nak Cetak Baju Design Sendiri, Biasa Ambil Masa Berapa Lama?

    Pelanggan yang dihormati. Kebiasaannya proses mengambil masa satu (1) minggu bekerja untuk menyiapkan baju anda. Namun, tempoh masa cetak baju akan dilanjutkan bergantung giliran produksi serta masa untuk melukis semula design anda.

    Amnya ambil masa 1-2 minggu bekerja*. (*tidak terpakai pada baju customade). Apapun kami akan maklumkan jangkaan siap baju anda.

    Nak Cetak Baju, TAPI ada nak tanya lagi?

    telefon cetak baju

  • Jom Cetak Baju RM8.00 Sehelai

    Selamat Tahun Baru 2015 untuk semua pengunjung KilangCetak.com

    Syukur kepada Ilahi, Alhamdulillah kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan pada tahun yang seterusnya, 2015. Kami juga berterima kasih atas sokongan yang telah anda berikan sepanjang tahun.

    IZINKAN KAMI UNTUK MENJADI LEBIH SEMPOI…=)

    Seperti pos yang terdahulu, kami telah membuat entri cetak baju dengan harga RM8.00 sehelai. YA MEMANG BETUL.*itu yang kuantiti 100 helai ke atas.

    RM9.00 sehelai untuk kuantiti dari 20 helai hingga 99 helai.

    cetak baju promo
    Promosi Bulan Januari 2015

    Baju pilihan ramai FOURSQUARE akan digunakan untuk tujuan ini.

    Jika anda rasa nak cetak baju lebih banyak warna, JANGAN RISAU, biasalah untuk cetak baju banyak warna. BERIKAN SAHAJA design anda kepada kami untuk penilaian.

    Jadi, macam mana nak mulakan cetak baju? Ada pilihan 1. Whatsapp 2. Email

    contact-us

    Kebiasaanya ramai yang Whatsapp, memang lebih mudah sebenarnya. SEBAB SEMUA DAH MEMILIKI SMARTPHONE berinternet. =)

    Sedikit perkongsian admin, kami galakan anda untuk terus berikan design & kuantitinya. Sebab kami akan tanya juga, BAYANGKAN KALAU 100 orang bagi salam sahaja. Banyak kali juga kami menaip. Tapi tak apa, mungkin ada yang tak biasa. Yang pentingnya anda nak cetak baju.

    design-baju

    Jadi, nak tempah baju? cetak baju?

    WHATSAPP 012 659 6001

    Masa? selagi mampu kami balas, kami cuba balas. Kalau lambat maafkan.

    Agak-agak tempahan cetak baju siapa yang memulakan tahun 2015? Terima kasih kepada pelanggan kami dari Terengganu. T-Shirt anda mendahului tahun ini.

    cetak-baju-2015cetak-baju-2015-3cetak-baju-2015-4

    OK, jom cetak baju.

    JUMPA LAGI..