Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum w.b.t. buat semua pengunjung KilangCetak.com
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019, maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya

Bagi mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, sila memandu kereta dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Mudah-mudahan semuanya selamat disamping kita mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan handai.

Hah, nak makan tu pun jaga-jaga ya. puasa dah sebulan, berat banyak turun, bila raya, baru dua tiga hari lebur berat badan. hehe~

Okay, sambil-sambil beraya ni, kami ingin war-warkan harga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ni. moh tengok gambar bawah ni

Ya, RM9 sehelai* untuk saiz-saiz tertentu. Buat tempahan anda dari 7 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019 untuk dapatkan harga yang menarik ini.

Jenis baju yang digunakan adalah 100% cotton lengan pendek Roundneck. Cotton yang digunakan tidak panas, sesuai dengan suhu di Malaysia ni.

Anda boleh cetak design pilihan sama ada di depan atau belakang 1 warna cetakan.

Harga di atas merangkumi t-shirt bersaiz S-2XL sahaja. Untuk saiz-saiz lain, sila rujuk senarai harga di bawah:

Terdapat 17 pilihan warna t-shirt yang boleh dipilih (tertakluk pada stok). Kebiasaan untuk mereka yang inginkan baju family day, ada nak baju dewasa pendek/panjang, nak baju kanak-kanak, malah nakkan baju untuk baby yang baru bersalin. Maka kami sediakan untuk anda 7 kategori harga (termasuk harga raya RM9).

Inginkan carta saiz?

Ingin membuat tempahan? Apa yang perlu anda sediakan?

Pertamanya, design baju yang anda inginkan, ada boleh buat lakaran atas kertas atau dapatkan contoh daripada laman pencarian (En. Google Image), kami boleh bantu untuk ubah ikut yang anda inginkan. Jika anda ingin mencuba design sendiri, boleh gunakan software berkaitan seperti Adobe Illustrator atau software atas talian seperti Customink.

Keduanya, dapatkan senarai saiz baju yang diperlukan. Dengan adanya senarai ini, kami akan membuat semakan stok, Setelah stok disahkan, barulah anda boleh teruskan untuk membuat bayaran deposit.

Di atas adalah panduan ringkas untuk anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus Whatsapp kami: tekan link di bawah

http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007

Begitulah tadi makluman yang kami ingin sampaikan dalam pos ini. Sekali lagi kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

Anda juga berminat dengan keluaran terkini baju jersey kami. Tekan gambar di bawah ya.~

Sekian daripada kami KilangCetak.com

Admin.