Tag: cetak baju

  • Salam Ramadan 1446 | 2025

    Selamat Menunaikan Puasa dan Ibadat sepanjang bulan Ramadan 1446 tahun ini.

    Tempahan t-shirt dibuka seperti biasa sepanjang bulan ini. Akan datang Koleksi T-Shirt Baju Korban Hari Aidiladha akan dikeluarkan untuk persiapan ibadah korban pada tahun ini.

    Teruskan ikuti kami di KilangCetak.com

  • Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

    Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Berikut adalah design terkini daripada KilangCetak.com untuk tahun ini.

    Umat Islam di Malaysia dengan izin-Nya akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada 10 Zulhijjah 1445 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam.

    Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

    Nak buat baju korban 2024 untuk masjid, surau ataupun keluarga?

    Pasti dengan adanya baju korban dapat memeriahkan lagi suasana buat AJK mahupun peserta Korban yang turut serta pada tahun ini. Program korban di masjid atau di surau memiliki beberapa kelebihan.

    Pertama, program ini meningkatkan kebersamaan umat Muslim, memperkuat ikatan sosial dan persaudaraan. Kedua, program ini berfungsi membantu umat Muslim beramal dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Selain itu, program korban di masjid juga memberikan pendidikan nilai-nilai keagamaan, meningkatkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kesedaran tentang penyembelihan halal, memperkuat identiti keagamaan, dan meningkatkan hubungan dalam komuniti.

    Alhamdulillah, program seumpama program korban tahun ini pasti mendapat sambutan meriah serta membolehkan orang ramai turut melihat ibadah ini dilaksanakan.

    Wajarlah program seperti ini dimeriahkan lagi dengan adanya baju korban.

    Macam mana nak order?

    Untuk peringkat awal, anda perlukan design, nak rupa mana baju korban tersebut. Sejak tahun lepas, kami cuba untuk keluarkan design baru untuk anda pilih. Lainlah sikit daripada orang lain kan, atau taklah asyik design tu saja.

    Boleh campur Roundneck Lengan Pendek, Lengan Panjang, Baju Kanak-kanak pun ada. Baju Muslimah kini sudah ada 14 warna yang boleh dipilih. AJK Lelaki nak baju berkolar pun boleh!

    Selanjutnya, perlu dikumpulkan saiz-saiz baju yang hendak dibuat. Peserta lelaki pasti dengan lengan pendek, manakala yang wanita, pasti inginkan lengan panjang.

    Anda tak perlu risau kalau ada yang memerlukan baju yang extra size, kami ada sediakan saiz hingga 7XL. In Sya Allah, semua boleh seragam.

    Ingin cuba jenis baju yang lebih ceria? jom buat jersi korban.

    Baju Korban Corak Jersi Sublimation Ready Made Ready STOCK Pun Boleh.

    baju korban

    Penutup

    Saya berharap agar program korban di setiap masjid, surau mahupun persendirian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

    In Sya Allah.

    ‎ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

  • PROMO T-SHIRT PRINTING FEBRUARI 2024

    18% off PROMO T-Shirt Printing bulan Februari 2024

    NAK ORDER, wasap SEGERA

  • Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang optimis buat semua tak kira siapa anda dan di mana jua berada.

    KilangCetak.com mengucapkan Selamat datang tahun 2022. Selesai lembaran tahun 2021 yang penuh cabaran buat rakyat Malaysia khususnya dan seluruh umat manusia amnya.

    Life must go on. All challenges must be met to the best of our ability.

    Pada tahun 2022 ini, KilangCetak.com masih beroperasi seperti mana fasa Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kami masih menerima tempahan secara atas talian melalui Whatsapp.

    nak tempah baju

    Memahami situasi semasa dengan kekangan untuk mengadakan family day atau gathering. Tidak menghalang bagi mereka cukup bersemangat untuk bersama-sama keluarga dan kenalan. Pada masa kini, yang utama adalah mematuhi SOP yang ditetapkan, teruskan pemakaian face mask dan amalkan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer tak kira di mana anda berada.

    Nak order baju? Apa yang ada ditawarkan?

    Baju Material Cotton
    Baju Material Microfiber

    Nak order baju tapi design belum ada? Ada ke pilihan design template? YA ADA!

    https://t.me/kilangcetak/58

    https://t.me/kilangcetak/58

    Anda boleh rujuk link di atas untuk ke Telegram rasmi KilangCetak.com untuk melihat pilihan design family day yang ada. Jika tiada yang berkenan di hati, anda boleh dapatkan melalui Google Search. Nanti kita tengok macam mana design itu.

    Harga macam mana ya?

    Harga untuk baju bergantung pada design yang anda hajati, di muka depan website ini ada menjelaskan kriteria design yang mempengaruhi harga baju. Boleh rujuk semula sini, MUKA DEPAN.

    nak tempah baju

    Akhir kata daripada KilangCetak.com, SELAMAT DATANG TAHUN 2022. Sama-sama kita berdoa agar tahun mendatang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. In Sya Allah.

    Semoga kita bertemu lagi dalam pos yang akan datang. Terima kasih.