baju korban

Baju Korban tahun 2022 kini dibuka untuk tempahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

Berikut adalah design terkini daripada KilangCetak.com untuk tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2022M – 1443H bagi negara ini

Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2022 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Nak buat baju korban 2022 untuk masjid, surau ataupun keluarga?

Pasti dengan adanya baju korban dapat memeriahkan lagi suasana buat AJK mahupun peserta Korban yang turut serta pada tahun ini. Manakan tidak, sejak penularan Covid-19 menyebabkan semua aktiviti yang hendak dilaksanakan terpaksa ditangguhkan serta terpaksa dilaksana dengan pematuhan SOP yang agak ketat.

Namun kini, Alhamdulillah, memasuki fasa endemik, program seumpama program korban tahun ini pasti mendapat sambutan meriah serta membolehkan orang ramai turut melihat ibadah ini dilaksanakan.

Macam mana nak order?

Untuk peringkat awal, anda perlukan design, nak rupa mana baju korban tersebut. Sejak tahun lepas, kami cuba untuk keluarkan design baru untuk anda pilih. Lainlah sikit daripada orang lain kan, atau taklah asyik design tu saja.

Selanjutnya, perlu dikumpulkan saiz-saiz baju yang hendak dibuat. Peserta lelaki pasti dengan lengan pendek, manakala yang wanita, pasti inginkan lengan panjang.

Anda tak perlu risau kalau ada yang memerlukan baju yang extra size, kami ada sediakan saiz hingga 7XL. In Sya Allah, semua boleh seragam.

HakikiSaman
nak tempah baju korban

Anda mungkin perlukan butiran di bawah untuk rujukan. Penting seperti pilihan warna yang ada serta carta saiz.

Soalan yang juga kerap saya terima, “Adik, baju kain macam mana yang tak mahal (kira nak murah lah) tapi sedap pakai?” Jawapan saya, sekarang baju cotton lebih mahal daripada baju kain jenis microfiber.

HakikiSaman

Penutup

Saya berharap agar program korban di setiap masjid, surau mahupun persendirian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Juga patuhi apa jua SOP yang telah atau akan ditetapkan oleh kerajaan.

In Sya Allah.

‎ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير