baju korban

Baju Korban, design baru tahun 2021, 1442H.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021M – 1442H bagi negara ini

Keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji (Qurban) tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (20 Julai) iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Berikut adalah design baju korban baru untuk tahun ini.

Hari ini kami nak kongsikan koleksi baru design baju korban yang boleh anda pilih untuk program korban (qurban) untuk Hari Raya Aidiladha akan datang.

Baju qurban boleh diberikan kepada krew sebagai keseragaman. Malah boleh dijadikan sebagai cenderamata kenangan buat peserta korban.

Baju korban juga boleh dipakai semasa proses melapah daging dilakukan.

Anda boleh memilih baju 100% cotton jenama Rians dengan harga yang berpatutan.

nak tempah baju korban

Ketika posting ini dibuat, kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 seluruh negeri. Masih belum pasti sama ada kita dapat melaksanakan ibadah korban di masjid mahupun surau seperti tahun-tahun sebelumnya.

Memandangkan angka jangkitan Covid-19 di Malaysia masih lagi tinggi, sama-sama kita berdoa agar angka menunjukkan penurunan serta virus Covid-19 diangkat daripada muka bumi ini.

Sementara itu, sama-sama kita menurut arahan kerajaan serta melaksanakan langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain daripada kain cotton, anda boleh membuat pilihan jenis baju yang lain. Sama ada jenis berkolar, jenis kain microfiber dan sebagainya.

Tidak kira di mana anda berada, tempahan baju anda boleh dihantar menggunakan courier yang berkaitan. Jadi anda tak perlu keluar rumah untuk mencari kedai cetak baju.

delivery cetak baju
testimoni pelanggan cetak baju

Terima kasih kepada pelanggan yang telah membuat tempahan cetak baju dengan KilangCetak.com

Moga kita bertemu lagi di post akan datang. Sekian, terima kasih.

One thought on “Baju Korban T-Shirt Geng Qurban Cetak Design 1442H 2021”

Comments are closed.