cetak t-shirt rians

Rians T-Shirt ada di sini & anda boleh buat tempahan cetak t-shirt dari harga RM9.90 sehelai dengan minimum order 20 helai ke atas.

cetak t-shirt rians

Assalamualaikum tuan/puan.

KilangCetak.com ingin memperkenalkan harga cetak t-shirt dengan jenama t-shirt RIANS. Harga BAJET plus kualiti.

Sesuai untuk kegunaan pelbagai acara seperti hari keluarga (family day), hari sukan, program bulanan/tahunan, baju kelas, baju staf dan sebagainya.

Pengenalan kepada t-shirt roundneck RIANS Basic.

JENIS KAIN100% COTTON
BERAT/KETEBALAN160 GSM
JENIS BAJU1. ROUNDNECK LENGAN PENDEK DEWASA
SAIZ: XS-2XL | 3XL (+RM1) | 4XL/5XL (+RM5)

2. ROUNDNECK LENGAN PENDEK KANAK-KANAK
SAIZ: 1/2Y, 3/4Y, 5/6Y, 7/8Y, 9/11Y, 12/14Y

3. ROUNDNECK LENGAN PANJANG DEWASA
SAIZ: XS-2XL | 3XL (+RM1) | 4XL/5XL (+RM5)

Warna Baju RIANS yang Boleh Anda Pilih

Pilihan warna berikut ada untuk dewasa serta kanak-kanak. Sesuai jika hendak buat tempahan cetak baju family day. Kanak-kanak dari umur 1 tahun pun boleh ada baju. Amat manis bila bergambar beramai-ramai.

Saiz Baju RIANS yang Ada Tertakluk Pada Stok

Pelbagai saiz boleh dicampur mengikut keperluan anda. Kami memahami ada juga mereka yang berbadan sedikit besar dan perlukan baju yang lebih besar. Saiz yang paling besar dapat kami sediakan adalah hingga saiz 5XL.

Bagi kanak-kanak, kami hanya dapat sediakan jenis lengan pendek sahaja. Label saiz mengikut julat umur kanak-kanak. Untuk lebih kepastian, kami sarankan untuk anda mengukur badan dan merujuk pada jadual yang diberikan.

Design Macam Mana?

Tuan/Puan, untuk design yang hendak dicetak pada t-shirt tersebut. Anda perlu membuat sedikit lakaran apa yang nak dicetak pada baju? supaya kami dapat gambaran apa yang anda inginkan.

Kami juga mempunyai pilihan design untuk BAJU FAMILY DAY, boleh rujuk dengan khidmat pelanggan melalui Whatsapp.

Jika anda mempunyai contoh atau pilihan design sendiri. Anda boleh tunjukkan kepada kami. Kami menggalakkan anda untuk menyediakan file dalam format .Ai sekiranya anda ingin buat sendiri design guna Adobe Illustrator.

Kalau Jauh Boleh Hantar Ke?

Tidak kira di mana anda berada, khidmat penghantaran turut boleh disediakan. Caj penghantaran akan dikenakan mengikut sama ada anda berada di Semenanjung Malaysia atau Sabah/ Sarawak/ Labuan.

Sekiranya anda berada di Singapura atau Brunei, perbincangan lanjut diperlukan untuk tetapkan lokasi penghantaran supaya dapat kurangkan kos penghantaran yang akan ditanggung.

Macam mana nak tempah?

nak tempah baju rians

Anda boleh berurusan dengan kami melalui Whatsapp, 011-50700 007. Lakaran design boleh dilampirkan melalui WS. Anda juga boleh menerangkan apa yang anda inginkan. Kami akan berikan maklum balas sebaik mungkin.

Saya nak Datang Kedai Boleh ke?

KilangCetak.com mengalu-alukan kehadiran anda ke kedai kami sekiranya anda berdekatan. Memandangkan kini kita masih dalam PKP/PKPB, anda disarankan untuk memaklumkan kehadiran anda serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka & scan MySejahtera.

Untuk mengetahui lanjut tentang kedai kami, sila rujuk HUBUNGI KAMI.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK CETAK T-SHIRT RIANS. SESUAI UNTUK KEGUNAAN PELBAGAI ACARA. HARGA BAJET + KUALITI KAIN RIANS. PENGHANTARAN DISEDIAKAN TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA.

2 thoughts on “Rians Cetak T-Shirt Dari RM9.90 Sehelai”

Comments are closed.