Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami doakan semua berada dalam keadaan yang sihat. Paling utama, bersabarlah menghadapi cabaran Covid-19. Bukan kata risau nak jalan-jalan, paling mencabar buat mereka yang kehilangan sumber pendapatan, samada diberhentikan kerja atau kemerosotan perniagaan.

Buat mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan, tempat kunjungan sepi tanpa pengunjung. Nak rentas daerah susah, nak rentas negeri lagi payah.

Tempat kunjungan tepi pantai, bot-bot pisang tak dapat beraksi untuk membuatkan pengunjung yang menaikinya tergolek, tercampak di pesisir pantai. Sorak tawa yang biasa memeriahkan kawasan tepi pantai, SEPI.

Alhamdulillah, kita diberi khabar baik daripada kerajaan. DAH BOLEH RENTAS NEGERI, RENTAS DAERAH. Sekatan Jalan Raya (SJR) sudah dihentikan.

Dah lama tak balik kampung?

Dah lama tak jalan-jalan dengan keluarga atau rakan-rakan?

Ini peluangnya.

Tapi, dalam pos ni, kami nak kongsikan kepada anda 3 perkara PENTING untuk buat FAMILY DAY sepanjang tempoh PKPB.

1.Rancang FAMILY DAY Anda Dengan BERHATI-HATI!

Kali ni jika nak buat Family Day bukan sekadar kena pilih TEMPAT/LOKASI, TARIKH, TENTATIF dan sebagainya.

Sekarang, untuk pilih TEMPAT. Anda perlu buat sedikit home work, antaranya, status semasa kes Covid-19 di lokasi yang ingin dituju.

Kat mana boleh dapatkan info-info ni?

Mudah! Anda boleh rujuk Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap hari mereka bagi update.

Satu lagi, kenal pasti kawasan yang kena PKPD. Jangan pula tempat yang anda nak tuju tu dalam PKPD, memang kena patah balik atau tukar plan nanti.

Berkaitan dengan TEMPAT, ada beberapa tempat tumpuan yang masih BELUM DIBUKA untuk dikunjungi. Sebagai contoh, taman tema air, atau tempat-tempat tema yang tertutup. PENTING untuk anda kenal pasti.

Jika tak pasti juga, kami sarankan anda untuk call dulu tempat yang nak dituju untuk tanya sama ada mereka BUKA atau TUTUP.

Dari segi TARIKH, rasanya tak jadi masalah sangat, ikut kesesuaian MASA anda. Anak-anak memang tak pergi sekolah, tapi ada yang buat kelas online guna Zoom atau Google Meet. Itu boleh bincang sesama ahli keluarga dan rakan-rakan.

2.Ikuti SOP Yang Telah Ditetapkan Oleh Kerajaan

Dah biasa guna app MYSEJAHTERA? Pastikan anda gunakan untuk scan bila tiba di lokasi. Dalam app tu boleh masukkan nama ahli keluarga anda. PENTING. Kemaskini!!!

Kemaskini free je daripada kena kompaun/saman RM1000.00. Tak tahu macam mana, tanya dengan kawan-kawan atau En. Google.

PAKAI FACE MASK. Ya, pakai face mask. Pakai tu satu hal. Jangan lupa bawa bekalan face mask yang mencukupi. Face mask untuk dewasa, malah saiz untuk kanak-kanak JANGAN DILUPAKAN.

norma baharu yang perlu ingat masa family day

Elakkan berada di tempat yang SESAK. Tempat yang SEMPIT dan TERTUTUP serta elak BERSEMBANG DEKAT-DEKAT.

STANDBY HAND SANITIZER. Pergi berjalan ni pastu singgah mana-mana, pegang itu dan ini. Sebelum buat apa-apa, gunakan hand sanitizer atau cuci tangan anda guna sabun.

Bukan takat nak elak Covid-19, malah untuk elak kuman dan bakteria. Macam-macam penyakit ada yang kita tak nampak. Elok kita jaga kebersihan.

3.Buatlah Baju Family Day Untuk Kenangan

Ya, ini paling PENTING. Sebagai kenangan buatlah baju family day. Meriah nanti bila jalan-jalan. Bila dah jarak-jarak, kenal lah daripada belakang. Taklah hilang pula. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Elok biar sedondon. Sama warna semua.

Pasal Baju Family Day. Kami menawarkan promosi bulan Disember 2020, PROMO1212. Buat Baju Family Day kain jersi Microfiber, harga HANYA dari RM12 sehelai.

harga family day PROMO1212

Ada banyak pilihan warna boleh anda pilih. TAKDA DESIGN? No Problem. Boleh pilih template design family day yang kami ada. Yang JAUH, boleh dipos tak kira di mana anda berada.

pilihan warna baju family day
size microfiber family day

Untuk SIZE yang ada, daripada saiz kanak-kanak 1 tahun+ hingga dewasa sebesar 5XL. Boleh pilih lengan pendek atau lengan panjang.

Apa yang lebih menarik? MINIMUM ORDER 10 helai. Boleh campur saiz, boleh campur pendek dan panjang.

Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kenali ASMA TEXTILE.

Okay, kami di KilangCetak ingin mendoakan agar perjalanan family day selamat dan dihindari daripada Covid-19. Sekian lama tak dapat berjalan. Kali ini, jalan-jalan sedikit berbeza, ikuti panduan yang disarankan kerajaan.

BAGAIMANA UNTUK ANDA TEMPAH BAJU FAMILY DAY?

Whatsapp kami, En. Hakiki akan membantu anda. 01150700007.

Sekian saja daripada kami. Moga kita berjumpa lagi akan datang. Salam Muhibah. Selamat Family Day.

One thought on “3 Perkara PENTING Untuk Buat Family Day Sepanjang PKPB”

Leave a Reply