bangkit 2021

Tahun 2020 telah meninggalkan kita. Kini AYUH Bangkit 2021. Selamat Tahun Baru 2021 buat pengunjung KilangCetak.com

Kami mendoakan agar anda berada dalam kesihatan yang baik bersama keluarga tercinta.

Apa yang anda harapkan untuk tahun 2021 ini? Sudah pasti mengharapkan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Dalam entri kami pada kali ini, Kami ingin berkongsi 4 Perkara PENTING yang AMAT Diharapkan pada tahun 2021.

Bangkit 2021: 1. Penularan Covid-19 Dapat Dibendung

Tahun 2020 menyaksikan seluruh DUNIA digembarkan dengan penularan virus Covid-19. Setiap hari kita dimaklumkan jumlah pesakit yang sembuh serta jumlah yang dijangkiti malah lebih menyedihkan angka korban akibat virus ini.

Status Terakhir untuk tahun 2020. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Di penghujung tahun 2020, kita dimaklumkan tentang VAKSIN yang mampu melawan virus ini. Mudah-mudahan dengan izin-Nya, kita berjaya melawan virus ini, pada masa sama mencatatkan penurunan kes sehingga ke angka sifar.

Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kesihatan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November 2020 untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

27 November 2020, Kenyataan Media PERDANA MENTERI mengenai Pembekalan Vaksin COVID-19

Apa yang diharapkan usaha-usaha ini dapat memberikan impak positif dalam menangani pandemik ini.

Sementara itu, adalah amat digalakkan untuk kita terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

bangkit 2021 elak 3s

Bangkit 2021: 2. Aktiviti Sosial Kembali Rancak

Masih segar dalam ingatan bila dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dikehendaki berada di rumah masing-masing. Tak dapat PERGI KERJA. Tak dapat PERGI BERSUKAN. Paling SEDIH, TAK DAPAT BALIK RAYA.

Kini, kerajaan telah memberikan kelonggaran melalui PKPP. Boleh pergi KERJA, RIADAH, BALIK KAMPUNG dan lain-lain dengan mematuhi standard operation prosedure (SOP) yang ditetapkan.

Nak buat family day? Lihat juga ini, 3 Perkara PENTING Untuk Buat Family Day Sepanjang PKPB

bangkit 2021 promo 1212
Promo Baju Family Day Microfiber hingga 31 Januari 2020

Promosi 12.12 disambung hingga 31 Januari 2020 untuk memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan harga terbaik ini.

Kami amat berharap dengan penurunan kes Covid-19, dapat memberi ruang kepada kita semua untuk berkumpul dalam skala yang lebih besar. Namun menitik beratkan soal kesihatan.

Bangkit 2021: 3.Peningkatan Jualan Dalam Sektor Ekonomi

Tahun 2020 menyaksikan beberapa pengusaha kedai terpaksa gulung tikar. Juga ada yang beralih penjualan melalui platform online, seperti Lazada, Shopee, untuk makanan Food Panda, Grab Food dan sebagainya.

Kesan Covid-19, membuatkan pengusaha atau peniaga terpaksa mencari peluang untuk meningkatkan jualan. Demi meneruskan periuk nasi mereka.

Walau bagaimanapun, setiap perusahaan atau perniagaan mempunyai identiti sendiri. Sempena tahun 2021, eloklah untuk menyediakan baju company untuk diri anda mahupun staf.

Kami di KilangCetak.com sedia menawarkan pilihan baju untuk anda.

Semua sedia maklum pintu sempadan negara masih ditutup. Ini masanya untuk kita melancong dalam negara. Banyak tempat menarik yang ada, ada PANTAI, ada PULAU, ada TEMPAT SEJARAH dan macam-macam lagi.

Pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada pendapatan sektor pelancongan. Pasti pendapatan mereka terjejas teruk akibat pandemik. Manakan kita semua tidak boleh keluar rumah sebelum ini.

Boleh kita guna motto ni, CUTI-CUTI MALAYSIA, SOP JAGA JANGAN LUPA.

4.Kestabilan Politik Malaysia

Bukan nak cerita siapa yang disokong. Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mengharapkan kestabilan. Juga mengharapkan kerajaan yang tidak membebankan rakyatnya.

Dengar juga ura-ura Pilihan Raya Umum mungkin akan diadakan pada tahun ini. Benarkah?

Jika benar, dikala pandemik, janganlah kita leka tatkala sibuk berkempen dan sebagainya. Seeloknya kekal disiplin menjaga SOP yang telah ditetapkan. Sama-sama kita elak kesan Piliharaya Sabah tahun lepas berulang.

bangkit 2021 baju pilihanraya

Semua Mengharapkan Yang Lebih Baik Pada Tahun 2021

Tidak kira sesiapa saja, semua mengharapkan terbaik. Tahun lepas pasti ramai yang diduga dan dicabar dengan pelbagai ujian. Mudah-mudahan tahun 2021 merupakan tahun untuk mereka bangkit. Moga urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Kami di KilangCetak.com mendoakan yang baik-baik untuk anda semua. Mohon juga yang baik-baik untuk kami dan staf-staf.

BAGAIMANA UNTUK ANDA TEMPAH BAJU?

Whatsapp kami, En. Hakiki akan membantu anda. 01150700007.

Sekian saja daripada kami. Moga kita berjumpa lagi akan datang.

Salam Muhibah. Selamat Tahun Baru 2021