Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 hingga 26 Januari 2021
Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Perlis dan Sarawak

Kami di KilangCetak.com mendoakan anda semua dalam keadaan yang baik bersama keluarga serta dilindungi daripada pandemik Covid-19. Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, langkah PKP, PKPB dan PKPP telah dikuatkuasakan hari ini, 13 Januari 2021.

kilang cetak baju

Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List) PKPB

Berikut adalah senarai aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB merujuk kepada SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DIKEMASKINI: 12 JANUARI 2021. Senarai penuh anda boleh rujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

1. TIADA Penganjuran Majlis Keramaian

Secara ringkasnya, kami nak highlight Majlis Sosial TIDAK DIBENARKAN seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain
majlis sosial.

2. TIADA Seminar/ Bengkel /Kursus/ Latihan/ Persidangan/ Ceramah/ Pameran Perdagangan

3. TIADA Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan.

Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal
penjarakan fizikal.

Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.

4. TIADA Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan di kawasan PKPD

5. TIADA Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara

Seperti biasa, pihak kerajaan akan mengemaskini SOP mengikut keadaan semasa Covid-19. Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak ini dapat dibendung dengan jayanya.

Adakah KilangCetak.com beroperasi sepanjang tempoh PKPB?

Untuk makluman pelanggan yang dihormati, KilangCetak.com akan beroperasi seperti biasa mengikut ketetapan SOP seperti pakai face mask, cek suhu badan, rekod kehadiran serta scan MySejahtera.

Juga, bagi yang tidak tahu, KilangCetak.com beroperasi di Mukim Lahat, Perak. Maka kami menjalani PKPB. Lokasi kedai boleh dirujuk di sini.

order baju pkpb

Tidak kira di mana anda berada, tak semestinya perlu ke kedai kami. Tempahan anda boleh dihantar menggunakan syarikat courier.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan tempahan baju serta khidmat cetak yang lain seperti banner, bunting, kad bisnes, stiker produk dan macam-macam lagi.

Nak Bina Identiti Company Anda? Jom Buat Baju Kerja

Kami menerima tempahan baju untuk company anda serendah RM19 sehelai. Jenis baju berkolar. Pelbagai pilihan corak baju.

Boleh juga dapatkan katalog melalui saluran Telegram kami, tekan link ini untuk ke telegram, kilangcetak.my

Sekiranya anda tiada Telegram, boleh minta melalui Whatsapp.

baju company walaupun pkpb

Pesanan daripada KilangCetak.com

Teruskan dengan norma baharu yang telah disarankan seperti pakai face mask, basuh tangan kerap dengan sabun, guna hand sanitizer, imbas kod MySejahtera, jaga jarak fizikal dan lain-lain.

Bersama-sama kita memutuskan rantai jangkitan Covid-19. Turunkan kadar jangkitan. Kita pasti menang.

Akhir kata, KilangCetak.com mendoakan kesejahteraan anda semua. Sama kita bertabah mengharungi dugaan ini.

One thought on “Aktiviti Yang TIDAK DIBENARKAN PKPB PKP 2.0”

Comments are closed.