Kenali Aset Digital & Jual Beli melalui Tokenize XChange Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com
Berbeza sedikit perkongsian saya untuk hari ini. Perkongsian kali ini berkaitan aset digital serta jual beli melalui Tokenize XChange Malaysia.
Buat masa ini, KilangCetak.com masih belum menerima bayaran menggunakan aset digital atau ada orang panggil token digital.
Apa itu aset digital?
Berbeza dengan aset nyata seperti EMAS, HARTANAH, SAHAM dan lain-lain, aset digital adalah aset yang berbentuk binari/ kod atau senang kata digital komputer.
Aset digital yang dimaksudkan dipanggil aset kripto. Ada yang guna aset ini untuk buat transaksi bayaran. Ada juga yang buat sebagai pelaburan.
Terdapat banyak aset kripto yang dipasarkan di pasaran digital dunia. BitCoin adalah yang paling popular dan yang pertama. Kemudian berbagai aset kripto wujud.
Di Malaysia, aset digital kripto dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah kategori bursa aset digital (DAX). Hanya ada 4 syarikat yang diakui iaitu Luno Malaysia, MX Global, Sinegy Technologies dan Tokenize Technology.
Biasa kita faham aset ini seperti wang tunai, aset tanah, aset saham, emas, perak dan lain-lain. Dengan era digital yang makin pesat, wujudlah aset-aset digital dalam bentuk kripto (cryptocurrency). Ada banyak aset digital tapi melalui Tokenize, kita boleh jual beli 4 aset digital berikut:
- BITCOIN (BTC) – dicipta pada 2008 oleh individu/kumpulan yang gunakan nama Satoshi Nakamoto. Nilainya 1 BTC adalah paling mahal jika dibandingkan dengan aset kripto yang lain.
- ETHEREUM (ETH) – kripto ke-2 terbesar selepas Bitcoin, diperkenal oleh Vitalik Buterin pada 2013. Dikatakan fungsi Ethereum adalah lebih bagus berbanding Bitcoin.
- LITECOIN (LTC) – diperkenal oleh Charlie Lee pada 2011. Litecoin hampir sama dengan Bitcoin namun ianya lebih mahal untuk dihasilkan.
- RIPPLE (XRP) – Aset kripto paling murah yang ada dalam Tokenize.
Apa kata Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan aset digital?
Keputusan Mesyuarat Penasihat Syariah Suruhanjaya Malaysia (SC) Kali ke-233 dan ke-234 iaitu pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 boleh rujuk di sini.
Tuan/ Puan boleh rujuk artikel penuh dengan tekan link yang saya berikan di atas. Artikel dia panjang jadi saya tak dapat nak masuk semua dalam artikel ini.
Apa yang penting saya highlight di sini berkaitan keputusan mesyuarat berikut adalah:
Keputusan ini tidak terpakai kepada mana-mana Aset Digital yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti.
Mesyuarat Penasihat Syariah SC.
MPS juga telah memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat di atas dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan.
Hanya DAX yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah sah dan patuh syariah menurut keputusan Majlis Penasihat tersebut. Maka Tokenize Malaysia adalah berdaftar dengan SC dan patuh syariah.
Berdasarkan fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.
Apa itu Tokenize XChange Malaysia?
Tokenize Malaysia adalah pengendali pasaran aset digital yang diiktiraf di Malaysia. Tokenize atau nama penuh syarikatnya, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Laman web Tokenize Malaysia adalah www.tokenizemalaysia.com. Tekan saja link berikut, saya dah siapkan untuk anda tekan.
Daftar sekarang untuk dapatkan 15 Tokenize Point (RM15) PERCUMA! dengan point ini saja anda dah boleh beli aset digital.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kami akan kembali dalam pos akan datang untuk berkongsi sebarang informasi yang menarik. Juga kami akan maklumkan berkaitan perkhidmatan KilangCetak.com
Dikesempatan ini, kami ingin memaklumkan pelanggan yang ingin walk in ke kedai, sila set appoinment anda sebelum tiba. Langkah ini kami ambil sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19.
Anda juga dikehendaki lengkap 2 dos vaksinasi sebelum memasuki kedai kami. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Moga kita bertemu lagi. Sekian, terima kasih.