Doa Solat Tahajjud Qiamullail

Tahajjud ialah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat secara bersendirian dan lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Fadilat Solat Tahajjud

  • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang Mahsyar.
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  • Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

Lafaz niat:

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”

Bacaan:

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Sumber rujukan: Panduan Qiamullail Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Ketigabelas, 2013

Semoga Bermanfaat.