KilangCetak.com mengambil inisiatif untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di laman kami. Kami berbesar hati menyambut pelanggan yang kesemuanya adalah dari Malaysia dan semestinya warganegara.

Namun begitu, terdapat beberapa bahagian yang menggunakan bahasa Inggeris atas sebab  istilah biasa yang digunakan dalam bidang ini.

Anda juga mungkin menyedari bahawa paparan muka depan laman KilangCetak.com telah berubah konsep. Pihak kami mencuba sedaya upaya untuk menyediakan paparan yang lebih kreatif serta ringkas. Paling utama mesej yang ingin disampaikan diterima oleh semua pengunjung.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, kesudian anda semua untuk berkongsi KilangCetak.com kepada rakan-rakan anda amat kami dahulukan ucapan terima kasih.

Sampai berjumpa lagi.

Admin, KilangCetak.com

Leave a Reply