Tempahan Baju Family Day boleh dibuat di KilangCetak.com

Apa yang anda perlukan untuk membuat tempahan family day?

Pertamanya, anda pasti memerlukan design baju family day yang hendak dicetak atas t-shirt tersebut. Kami ada menyediakan beberapa pilihan design baju family day yang anda boleh pilih. Tak perlu tercari-cari design, boleh ubah suai daripada contoh yang disediakan.

Di atas adalah sebahagian design baju family day yang boleh dipilih. Anda juga boleh lihat koleksi yang lain di Telegram kami.

baju family day

Keduanya, senarai saiz baju untuk setiap ahli keluarga anda. Di KilangCetak.com, anda boleh campur jenis baju yang terdiri daripada lengan pendek, lengan panjang, muslimah, kanak-kanak dan juga baju berkolar.

Masa kini, kami akan mencadangkan anda untuk memilih kain jenis microfiber. Jenis kain ini amat sesuai untuk pemakaian aktiviti di luar (outdoor). Bila dipakai tidaklah panas seperti kain cotton. Jenis ini juga sesuai sekiranya program family day anda di tempat yang ada kolam renang mahu pun laut sebab kain microfiber lebih ringan berbanding yang lain.

Pilihan warna yang paling banyak adalah untuk jenis t-shirt roundneck lengan pendek.

Pilihan saiz yang pelbagai lebih memudahkan semua ahli keluarga boleh memakai baju family day tanpa kena cari baju yang seakan sama untuk bagi padan (match) dengan lain.

Saiz kanak-kanak pun ada. Paling kecil adalah saiz 22″, lebih kurang umur anak dalam 9 bulan-12 bulan dah boleh pakai.

Bagi yang dewasa, tidak perlu risau bagi yang memerlukan extra size, pilihan saiz sehingga 7XL. Untuk dewasa, anda boleh pilih lengan pendek mahupun lengan panjang.

Setiap tambahan caj adalah mengikut pilihan senarai saiz yang anda berikan kepada kami.

Anda boleh campur semuanya asalkan design yang hendak dicetak adalah sama.

Bagaimana untuk anda buat tempahan baju family day?

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui aplikasi Whatsapp ke nombor yang tertera di bawah. Encik Hakiki akan membantu menjawab pertanyaan anda berkaitan tempahan ini.

Tidak kira di mana anda berada, tempahan boleh dibuat dan boleh dipos selepas sudah siap. Kami menggunakan J&T Express untuk menghantara pesanan anda.

Akhir kata, kami berharap agar anda berbahagia di samping keluarga tercinta. Tempah baju family day untuk memeriahkan lagi suasana.

Moga kita ketemu, sekian.