Anda mencari tempat untuk cetak baju?
MOQ 10 helai saja!!

Anda mencari tempat untuk cetak baju?
MOQ 10 helai saja!!
Koleksi Design Family Day yang ada di KilangCetak.com, jom tempah baju sekarang!
Saya nak buat baju tapi belum ada design lagi, macam mana ya??
Soalan Lazim daripada Pelanggan yang nak buat baju family day.
Family Day adalah acara istimewa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga. Salah satu elemen penting yang menjadikan hari tersebut lebih meriah ialah baju khas yang dipakai oleh semua ahli keluarga. Namun, sebelum anda menempah t-shirt Family Day, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan – terutamanya bahan dan jenis cetakan. Artikel ini akan membantu anda memilih antara tiga jenis t-shirt yang paling popular: Microfiber, Cotton, dan Polo.
T-Shirt Microfiber: Keselesaan di Bawah Cuaca Panas
Jika Family Day anda dirancang untuk diadakan di luar rumah atau tempat yang beriklim panas, t-shirt microfiber mungkin pilihan terbaik. Microfiber terkenal dengan sifatnya yang ringan, cepat kering, dan mempunyai penyerapan peluh yang baik. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal seperti sukaneka atau permainan luar.
Siapa yang sesuai memakai Microfiber?
Jika Family Day anda melibatkan aktiviti fizikal seperti bersukan, berkelah di pantai, atau berkhemah, microfiber adalah pilihan yang tepat kerana ia mengekalkan keselesaan dalam keadaan berpeluh.
Berikut adalah antara design family day yang anda boleh pilih sekiranya belum ada design lagi.
Daripada design ini anda boleh ubahsuai, dengan memasukkan nama family, tempat, tarikh/tahun dan sebagainya.
Dengan cara itu, proses lebih mudah.
Jadi, apa yang anda tunggu? Buat keputusan yang bijak dan tempah t-shirt Family Day anda di KilangCetak.com hari ini! Kami menawarkan pelbagai pilihan design dan cetakan untuk memenuhi keperluan anda – sama ada DTF, embroidery, atau full sublimation. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau tempahan custom!
Membuat tempahan di KilangCetak.com sangat mudah. Anda hanya perlu:
Penghantaran ke seluruh Malaysia disediakan melalui J&T Courier yang cepat dan efisien, memastikan tempahan anda sampai tepat pada masanya.
Pilih jenis baju dan kuantiti
Hantar rekaan anda melalui WhatsApp di 011-50700007
Terima sebut harga dalam masa 24 jam
Bayar dan tunggu baju anda siap!
Salam Sejahtera pelanggan yang dihormati.
Ya, menghitung hari kita akan memasuki tahun 2020, tahun wawasan, tahun impian. Rezeki kita bertemu dengan tahun istimewa ini.
Nak jumpa balik tahun 3030 memang tak sampailah. Apa pun, sama-sama kita bersyukur kerana dipanjangkan usia. Mudah-mudahan tahun 2020 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.
Mula tahun baru, cikgu dan anak-anak mula sesi persekolahan. Ada nak buat hari sukan, ada program di sekolah atau kolej. Masa untuk aktiviti setelah lama bercuti.
Bila nak aktiviti ni, pastinya nak buat t-shirt, tak kira untuk tujuan keseragaman mahupun kenangan.
Seronok tau kalau dapat baju ni, lagi-lagi kalau dapat FREE..
Kami faham bajet anda mesti terhad walaupun masih tahun baru.
Ya, kami di KilangCetak, sedia menawarkan harga cetak baju yang berpatutan. Tidak kira di mana anda berada. Tak semestinya anda berapa dekat dengan premis kami baru boleh order. Kami ada sediakan khidmat penghantaran dengan hanya RM20 dalam Semenanjung Malaysia. Tidak kira berat mana tempahan anda, kami hanya kira RM20 saja!!!.
Bang, design takda lah, macam mana ya?
Kami menyediakan khidmat buatkan design* syaratnya cuma buatlah cetak baju dengan KilangCetak.
Ya, memang biasa kami membantu pelanggan yang masih belum mempunyai design. Maksud ada design ni bukan sekadar anda gambar baju tu nak macam mana tau. Maksud ada design ni, mestilah nak ada dalam format perisian Adobe Illustrator.
Tapi tak perlu gusar pasal design, janji anda ada idea nak design tu macam mana. Beritahu kami butirannya, nak letak apa pada design tu. Ada saja pelanggan datang dengan kertas dan lakaran. Itu sudah cukup bagus dah. YANG PENTING IDEA tu ya.
Harga macam mana bang?
Ringkasnya, harga bergantung pada design baju tu dan kuantiti.
Harga di atas bermula untuk pakej t-shirt cotton dengan cetakan 1 warna 1 bahagian. Setiap tambahan itu bergantung pada permintaan anda.
Tak perlu pening memahami jadual harga kami. Terus saja hubungi kami. Kami akan bantu anda untuk harga baju yang anda ingin buat.
Melalui Whatsapp anda nanti kami boleh berikan pilihan baju yang ada. Ada banyak, jadi anda perlu beritahu kami kehendak anda, kami akan berikan yang berkaitan.
Akhir daripada kami, SELAMAT TAHUN 2020
Terus mencetak t-shirt bersama KilangCetak.
UCAPAN SEMBAH TAAT SETIA
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH
Dengan penuh rasa syukur, patik merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Rakyat sekalian berdoa agar Tuanku akan terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat tetamu KilangCetak.com
Kita sudah masuk bulan Ogos, banyak peristiwa yang akan berlangsung pada bulan ini. Maka akan tiba hari-hari cuti sesuai untuk kita buat program bersama keluarga dan rakan-rakan.
Okay, apa yang menarik ditawarkan? Buat baju bulan Ogos Merdeka. Kami tawarkan harga berikut:
Buat tempahan baju dari tarikh 1 Ogos hingga 21 Ogos 2019, kami berikan harga di atas. Harga serendah RM8* sehelai baju.
Tawaran ini hanya untuk mereka yang ingin menggunakan baju ini selepas 10 hari daripada tarikh bayaran deposit dibuat. Contoh: Anda deposit 1 Ogos, baju anda akan siap pada 11 Ogos 2019.
Nak URGENT? kena guna harga biasalah.
Pilihan warna & jenis baju macam di bawah:
Jangan lepaskan peluang untuk buat baju dalam bulan Ogos Merdeka ini.
Tidak dilupa, Hari Raya Aidiladha/ Raya Qurban nak dekat, cepat-cepatlah buat tempahan SEKARANG!!!
Okay, jumpa anda nanti dalam Whatsapp. Jangan lupa untuk SHARE & Like Facebook kami dan Instagram.
Daulat Tuanku
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., P.A.T.
Sempena Pertabalan Tuanku Sebagai
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
Sembah Takzim Daripada
KilangCetak.com
Ya, kami cuba tawarkan harga cetak baju janji mampu milik. Sebarang perubahan harga akan kami letak di laman Senarai Harga Cetak Baju.
Untuk makluman juga, harga yang dipaparkan jika anda ingin memilih untuk mencetak baju 100% cotton roundneck lengan pendek.
Sekiranya anda terjumpa harga-harga lama dalam pos/entri terdahulu dalam web ini, ia perlu diabaikan. Perlu ikut kiraan terkini.
Kami amat berbesar hati untuk menawarkan harga yang termurah namun perlu kita ambil kira cabaran masa kini dan kos-kos lain yang perlu ditanggung.
Assalamualaikum w.b.t. buat semua pengunjung KilangCetak.com
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019, maaf zahir dan batin.
Bagi mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, sila memandu kereta dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Mudah-mudahan semuanya selamat disamping kita mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan handai.
Hah, nak makan tu pun jaga-jaga ya. puasa dah sebulan, berat banyak turun, bila raya, baru dua tiga hari lebur berat badan. hehe~
Okay, sambil-sambil beraya ni, kami ingin war-warkan harga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ni. moh tengok gambar bawah ni
Ya, RM9 sehelai* untuk saiz-saiz tertentu. Buat tempahan anda dari 7 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019 untuk dapatkan harga yang menarik ini.
Jenis baju yang digunakan adalah 100% cotton lengan pendek Roundneck. Cotton yang digunakan tidak panas, sesuai dengan suhu di Malaysia ni.
Anda boleh cetak design pilihan sama ada di depan atau belakang 1 warna cetakan.
Harga di atas merangkumi t-shirt bersaiz S-2XL sahaja. Untuk saiz-saiz lain, sila rujuk senarai harga di bawah:
Terdapat 17 pilihan warna t-shirt yang boleh dipilih (tertakluk pada stok). Kebiasaan untuk mereka yang inginkan baju family day, ada nak baju dewasa pendek/panjang, nak baju kanak-kanak, malah nakkan baju untuk baby yang baru bersalin. Maka kami sediakan untuk anda 7 kategori harga (termasuk harga raya RM9).
Inginkan carta saiz?
Ingin membuat tempahan? Apa yang perlu anda sediakan?
Pertamanya, design baju yang anda inginkan, ada boleh buat lakaran atas kertas atau dapatkan contoh daripada laman pencarian (En. Google Image), kami boleh bantu untuk ubah ikut yang anda inginkan. Jika anda ingin mencuba design sendiri, boleh gunakan software berkaitan seperti Adobe Illustrator atau software atas talian seperti Customink.
Keduanya, dapatkan senarai saiz baju yang diperlukan. Dengan adanya senarai ini, kami akan membuat semakan stok, Setelah stok disahkan, barulah anda boleh teruskan untuk membuat bayaran deposit.
Di atas adalah panduan ringkas untuk anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus Whatsapp kami: tekan link di bawah
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
http://wasap.my/601150700007
Begitulah tadi makluman yang kami ingin sampaikan dalam pos ini. Sekali lagi kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.
Anda juga berminat dengan keluaran terkini baju jersey kami. Tekan gambar di bawah ya.~
Sekian daripada kami KilangCetak.com
Admin.
Assalamualaikum & salam sejahtera pelanggan KilangCetak yang dihormati. Diharapkan anda semua sihat sentiasa.
Kini sudah bulan Mac 2019 (dah lama admin tak hantar kiriman di sini, sibuk sikit), Alhamdulillah masa sekejap saja berlalu. Jika dikira, ini masuk tahun ke-6 http://www.kilangcetak.com beroperasi. Bukan kaleng-kaleng, pinjam bahasa orang guna dalam PUBG.
Sebelum saya nak cerita pasal perkhidmatan kami untuk tahun ni. KilangCetak.com mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang membuat tempahan dengan kami dan mereka yang berkongsi/promote kami pada kenalan masing. Jasamu amat dikenang.
Apakah sublimation? senang kata satu cara teknik mencetak secara digital di atas kain. Print atas kain, lepas tu potong dan jahit jadi baju. Hah, tu info paling ringkas yang senang faham. Nak lebih jelas, ni kami berikan contoh:
Baju sublimation ni biasa guna material seperti Polyester Interlock atau Mini Eyelet. Jenis kain ni, biasanya pelanggan kami guna yang mini eyelet, katanya taklah terlalu panas berbanding interlock. Tapi sebenarnya bergantung pada keselesaan masing-masing juga. Dua-dua kain memang okay.
Design boleh letak apa? nak letak apa-apa pun letaklah, warna nak berpuluh-puluh dalam tu pun boleh, logo ada 100 company sponsor pun tiada masalah. Nak letak efek macam shadow, gradient, 3D dan macam-macam boleh saja. Sebab apa ya? Kerana kita guna digital printer lah.
Daripada kain tu plain (putih saja), kita gunakan printer digital (ni printer besar tau, bukan printer kat rumah tu, mahu 6 kaki punya printer ni), imej akan dicetak atas transfer paper kemudian kita gunakan mesin heat press (ni pun besar, bukan takat A3 tau). Bila dah transfer, potong ikut bentuk baju dan diakhiri dengan proses menjahit.
Dengar cara kerja tadi nampak pun macam rumit sikit, itu juga sebabkannya lebih mahal berbanding baju-baju jenis lain.
Tapi jika ada bajet, kami boleh buatkan untuk anda.
Untuk baju sublimation, minimum order dia kena banyak. Kami terima tempahan 40 helai ke atas sahaja.
Seterusnya kita berbicara tentang baju customade. Baju jenis ni dah lama ada pun. Biasanya sekolah/asrama, syarikat yang sederhana besar, kolej dan macam lagi. Paten baju anda boleh tentukan nak jahit macam mana. Asalkan tukang jahit boleh cantum kain-kainnya. Lagi kompleks, lagi mahal upah jahitnya. Keep it simple & nice to wear.
Kami di KilangCetak menerima tempahan baju customade (jahit khas) sekurangnya order 30 helai ke atas. Tapi 30 helai pun harga agak tinggi. Lebih elok buat banyak-banyak.
Jenis kain yang biasa orang panggil ada 3, TC, Microfiber (Eyelet) & Lacoste (Pique). Kadar harga tak sama mengikut jenis kain.
Sebelum jahit baju, kami kena dapatkan kain dulu. Tak boleh beli sikit-sikit kain, kerugian nanti. Jadi baju customade sesuai ditempah bila kuantiti banyak.
Okay, hal ni penting. MASA NAK SIAPKAN?. Nak menjahit memang ambil masa, belum dikira masa untuk mencetak lagi. Saranan kami, buat tempahan sekurang-kurangnya 3 minggu bekerja sebelum nak guna. Dapat lagi awal lagi bagus.
Ya, ini paling banyak orang tempah. Sebabnya pelanggan nak dalam masa yang segera dan kos yang tak terlalu tinggi. Tapi daripada pengalaman kami, lebih kepada nak cepat sebenarnya. Tapi tak mengapa, selagi kami boleh bantu, kami akan bantu sebelum masa baju itu diperlukan.
Bila baju readymade ni, adalah katalognya. Kita mulakan dengan baju paling HOT dibuat adalah baju cotton.
Pelbagai pilihan warna untuk baju cotton. Biasanya orang buat baju family day. Jadi nak kena ada lengan pendek, lengan panjang, kanak-kanak dan rompers/ baju baby. Tidak ketinggalan baju cotton roundneck pendek sampai saiz 8XL (besar tu….)
Baju cotton terpulang kepada anda nak cetak apa di depan mahupun di belakang. Ada juga nak letak nama dan sebagainya.
Untuk tahun 2019, kami paparkan harga terkini.
Pasti ada pelanggan yang pernah buat tempahan dengan kami. Yang RM10 dah takda ke bang? Berita baik. Untuk pelanggan yang setia, kami mengekalkan harga asas RM10 macam dulu.
Pelanggan baru jangan risau, anda pun boleh dapat harga member-member. Whatsapp laju2 kami nanti.
Nak buat baju tapi belum ada idea? Anda boleh lihat koleksi gambar baju untuk tahun 2018.
link galeri gambar 2018>>> https://goo.gl/G97UgV
Setiap design baju yang selain daripada pakej RM12/RM10, harganya ada berbeza. Itu sebabnya kami akan meminta lakaran baju daripada anda. Ceritakan anda nak baju tu macam mana. Kami akan tengok macam mana dan berikan harga yang terbaik.
Tidak kira di mana anda berada. Baju anda boleh dihantar menggunakan khidmat kurier. Jangan risau. 80% pelanggan kami adalah pelanggan dari luar negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekiranya anda terjumpa kiriman ini dan belum lagi nak buat baju, sila kongsi (share) kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan lain. Kami amat berterima kasih atas usaha anda.
Sekian, terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua. Teruskan Cetak Baju dengan Kilangcetak.com
Dimiliki Oleh:
ASMA TEXTILE (002224436-W)
22 Medan Stesen 19/4
Station 18
31650 Ipoh
Perak
+60 5-321 5848 / 012-6596001
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum TUTUP