KilangCetak.com berbesar hati untuk mengumumkan khidmat cetakan baju CMYK akan dibuka dalam masa terdekat. Kami masih lagi melaksanakan R&D untuk memastikan kualiti paparan serta HARGA TERMURAH yang dapat kami tawarkan.
Kenapa CMYK?
Dengan kaedah ini, anda dapat mencetak gambar keluarga, kereta, pemandangan dan lain-lain di atas t-shirt.
Kenapa kebiasaannya saya lihat syarikat lain menggunakan HEAT PRESS untuk tujuan mencetak gambar BERWARNA?
Kaedah Heat Press menggunakan peralatan seperti mesin cetak (printer) dan mesin heat press. Suatu grafik hendaklah dicetak dahulu pada Kertas Heat Transfer menggunakan mesin cetak (inkjet) kemudian barulah dilekatkan pada t-shirt menggunakan mesin Heat Press.
Kenapa mesti pilih CETAKAN (SILKSCREEN) CMYK, bukannya HEAT PRESS?
Anda boleh memilih sama ada cetakan biasa atau heat press. Masing-masing ada pro dan kontranya. Untuk Heat Press, bergantung kepada kualiti kertas Heat Transfer yang digunakan. Semakin tinggi kualiti kertas semakin lama grafik akan bertahan. Kemudian penggunaan dakwat mesin cetak, lama kelamaan warna grafik akan luntur.
Berbeza dengan cetakan biasa. Dakwat adalah water-based & terus melekat pada t-shirt. Membuatkan ianya mampu tahan lebih lama berbanding HEAT TRANSFER/PRESS.
NANTIKAN KEMUNCULANNYA.