Bersabar ya semua. Tempahan sedang diproses. Bermula petang tadi, proses untuk Johor Courts berlangsung. KilangCetak mengucapkan terima kasih buat Pn Ain kerana sudi memberi ruang kepada kami untuk menghasilkan baju tersebut.
Petang tadi mula, ni nak hantar bila pula?
Baju ni kena siap untuk pickup esok. Ya, ESOK. Memang kena keep calm.Pn Ain memilih pakej print RM11 sehelai, untuk kuantiti 30 helai. Semua warna HITAM. Cotton 100% 160. Cuma XXXL guna Cotton 100% 200.
Untuk tempahan ini, beliau telah meminta kami design baju mereka. Maka terjadilah design di atas. Tema tulisan yang dikehendaki adalah Font Army, dapat la corak ni.
Ok, esok apa lagi ye? In Sya Allah menyusul lagi esok. Sekian.