• Kembara Sentuhan Kasih Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

    Terima kasih buat pelanggan kami dari Kluang, Johor atas tempahan t-shirt Kembara Sentuhan Kasih, Machap Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. T-Shirt warna biru turqoise menjadi pilihan, kuantiti 40 helai termasuk sekali POSLAJU ke alamat pelanggan.

    Alhamdulillah…

    T-Shirt Kembara Sentuhan Kasih, Machap, Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
    T-Shirt Kembara Sentuhan Kasih, Machap, Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
  • Team LARONG Kahang

    Jumaat lepas kami baru sahaja menerima pengesahan tempahan untuk t-shirt Team LARONG Kahang, jumlahnya 30 helai. T-Shirt warna merah dan cetakan depan belakang. Bila nak guna? Sabtu!!! Dengan cergasnya disiapkan. Alhamdulillah, job done. Selamat dihantar pada pagi Sabtu sebelum jam 10 pagi.

    teamlarong

  • Projek Liverpool Shirt

    Setiap minggu kami akan mengendalikan Projek Liverpool Shirt untuk peminat-peminat Liverpool di Malaysia. Kenapa Liverpool? Sebab utamanya Admin adalah peminat tegar Liverpool FC. Tapi ini tidak bermakna kami tidak menerima tempahan dari peminat pasukan lain. Tanpa pasukan lain, Liverpool tak akan ke mana-mana dan dikenali seantero dunia.

    2013-10-30 16.21.33

    Gambar di atas anda produk Projek Liverpool Shirt. Telah dihantar untuk batch penghantaran bertarikh 30 Oktober 2013.

    Anda juga peminat Liverpool? Temui kami di http://www.facebook.com/liverpoolshirt

    YNWA~

  • Otai Saleem Family Day

    Siap bahagian belakang t-shirt OTAI SALEEM. T-shirt jenis 100% cotton jenama Le Fonse 160 lengan pendek HITAM. Cetakan belakang PUTIH, bahagian depan LOGO KUCING berwarna MERAH.

    Otai Saleem atas meja flat silkscreen
    Otai Saleem atas meja flat silkscreen

    Bahagian DEPAN
    Bahagian DEPAN

    Dikhabarkan t-shirt ini hendak dipakai oleh penanggah bakal pengantin lelaki. 60 helai kesemuanya. BEST PRICE. Nak tempah? Emelkan kami design anda.

  • Branded Collection T-Shirt

    Alhamdulillah selesai cetakan untuk brandedcollection. Dalam kesesakan production, semua mengejar dateline. Orang tua kata pelan-pelan kayuh. Tapi tak boleh pelan sangat. Sedikit info tentang baju ni. Kain cotton 100% 160 jenama le fonse. Ya! Le Fonse. Tempahan yang melibatkan warna seperti MERAH, HITAM, ROYAL& APPLE GREEN akan dicetak atas baju jenama ini.

    Pada pemerhatian kami, jenama Le Fonse lebih selesa berbanding FourSquare. Nak Cuba? EMEL KAMI.

    Ini gambarnya.

    Bahagian BELAKANG
    Bahagian BELAKANG

    Bahagian DEPAN
    Bahagian DEPAN