• Pembentangan Bajet 2022 Parlimen

    Pembentangan Bajet 2022 Parlimen

    Mari ikuti pembentangan BAJET 2022 secara langsung dari Parlimen Malaysia, 29 Oktober 2021, Jumaat. Pembentangan Bajet 2022 dikenali sebagai Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022.

    Pembentangan BAJET 2022 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sekitar jam 4 petang.

    Menteri Kewangan akan membentangkan bajet/ belanjawan Tahun 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas Sidang Dewan Rakyat.

    Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen pada 13 September 2021 (Isnin) di Bangunan Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah disambut oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    Bajet 2022 yang dirangka dengan penekanan daripada rakyat untuk rakyat itu, usaha memperkasa pendigitalan sangat penting berdasarkan kepada pengalaman sepanjang pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai rakyat beralih kepada perkhidmatan secara dalam talian terutama golongan peniaga.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

    Tahun lepas, Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahun lepas dengan perbelanjaan bernilai RM322.5 bilion, terbesar dalam sejarah negara.

    Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi perhatian dan tidak akan dilupakan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat

    Perdana Menteri
    bajet 2022

    “Secara keseluruhan, Bajet 2022 adalah usaha untuk menggambarkan tekad negara, membangunkan ekonomi dengan lebih lestari dan terangkum serta menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini destinasi pelaburan utama,”

    Perdana Menteri

    Pasti pembentangan bajet ini akan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri kita memperkenalkan konsep “KELUARGA MALAYSIA”.

    Setelah sekian lama dibelenggu dengan perintah kawalan pergerakan, kini aktiviti rentas negeri pun telah dibenarkan. Sampai masa untuk kita meluangkan masa dengan keluarga dan kenalan.

    Kini masa untuk Family Day !!!! Berminat untuk buat baju Family Day? Jom cuba kain jersey (microfiber) pula.

    Kami di KilangCetak.com menerima tempahan baju family day kain jersi microfiber. Jom meriahkan aktiviti anda bersama keluarga. T-shirt sebagai kenangan bersama. Bila lagi nak jalan-jalan dengan keluarga? Lagi best siap ada baju family day.

    Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

    nak tempah baju
  • Salam Maulidur Rasulullah S.A.W.

    Salam Maulidur Rasulullah S.A.W.

    KilangCetak.com mengucapkan Salam Maulidur Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

    Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Mekah.

    “Perfect model for human life.”

    K.S Ramakrishna Rao, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, (“Muhammad, The Prophet of Islam”)

    “My choice of Muhammad (pbuh) to lead the list of world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in the history who was supremely successful on both the secular and religious level. It is probable that the relative influence of Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. It is this unparalleled combination of the secular and religious influence which I feel entitles Muhammad (pbuh) to be considered to be the most influential single figure in human history.”

    Michael Hart in “The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in the History,” New York, 1978., p. 33

    I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind……….I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and his mission.

    These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was no more for me to read of that great life.”

    M.K Gandhi, statement published in “Young India,” 1924
    nak tempah baju
  • Aset Digital Jual Beli Tokenize Malaysia

    Aset Digital Jual Beli Tokenize Malaysia

    Kenali Aset Digital & Jual Beli melalui Tokenize XChange Malaysia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

    Berbeza sedikit perkongsian saya untuk hari ini. Perkongsian kali ini berkaitan aset digital serta jual beli melalui Tokenize XChange Malaysia.

    Buat masa ini, KilangCetak.com masih belum menerima bayaran menggunakan aset digital atau ada orang panggil token digital.

    Apa itu aset digital?

    Berbeza dengan aset nyata seperti EMAS, HARTANAH, SAHAM dan lain-lain, aset digital adalah aset yang berbentuk binari/ kod atau senang kata digital komputer.

    Aset digital yang dimaksudkan dipanggil aset kripto. Ada yang guna aset ini untuk buat transaksi bayaran. Ada juga yang buat sebagai pelaburan.

    Terdapat banyak aset kripto yang dipasarkan di pasaran digital dunia. BitCoin adalah yang paling popular dan yang pertama. Kemudian berbagai aset kripto wujud.

    Di Malaysia, aset digital kripto dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah kategori bursa aset digital (DAX). Hanya ada 4 syarikat yang diakui iaitu Luno Malaysia, MX Global, Sinegy Technologies dan Tokenize Technology.

    Biasa kita faham aset ini seperti wang tunai, aset tanah, aset saham, emas, perak dan lain-lain. Dengan era digital yang makin pesat, wujudlah aset-aset digital dalam bentuk kripto (cryptocurrency). Ada banyak aset digital tapi melalui Tokenize, kita boleh jual beli 4 aset digital berikut:

    1. BITCOIN (BTC) – dicipta pada 2008 oleh individu/kumpulan yang gunakan nama Satoshi Nakamoto. Nilainya 1 BTC adalah paling mahal jika dibandingkan dengan aset kripto yang lain.
    2. ETHEREUM (ETH) – kripto ke-2 terbesar selepas Bitcoin, diperkenal oleh Vitalik Buterin pada 2013. Dikatakan fungsi Ethereum adalah lebih bagus berbanding Bitcoin.
    3. LITECOIN (LTC) – diperkenal oleh Charlie Lee pada 2011. Litecoin hampir sama dengan Bitcoin namun ianya lebih mahal untuk dihasilkan.
    4. RIPPLE (XRP) – Aset kripto paling murah yang ada dalam Tokenize.
    tokenize

    Apa kata Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan aset digital?

    Keputusan Mesyuarat Penasihat Syariah Suruhanjaya Malaysia (SC) Kali ke-233 dan ke-234 iaitu pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 boleh rujuk di sini.

    Tuan/ Puan boleh rujuk artikel penuh dengan tekan link yang saya berikan di atas. Artikel dia panjang jadi saya tak dapat nak masuk semua dalam artikel ini.

    Apa yang penting saya highlight di sini berkaitan keputusan mesyuarat berikut adalah:

    Keputusan ini tidak terpakai kepada mana-mana Aset Digital yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti.

    Mesyuarat Penasihat Syariah SC.

    MPS juga telah memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat di atas dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan.

    Hanya DAX yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah sah dan patuh syariah menurut keputusan Majlis Penasihat tersebut. Maka Tokenize Malaysia adalah berdaftar dengan SC dan patuh syariah.

    Berdasarkan fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.

    Apa itu Tokenize XChange Malaysia?

    Tokenize Malaysia adalah pengendali pasaran aset digital yang diiktiraf di Malaysia. Tokenize atau nama penuh syarikatnya, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    Aset Digital Jual Beli Tokenize

    Laman web Tokenize Malaysia adalah www.tokenizemalaysia.com. Tekan saja link berikut, saya dah siapkan untuk anda tekan.

    Daftar sekarang untuk dapatkan 15 Tokenize Point (RM15) PERCUMA! dengan point ini saja anda dah boleh beli aset digital.

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kami akan kembali dalam pos akan datang untuk berkongsi sebarang informasi yang menarik. Juga kami akan maklumkan berkaitan perkhidmatan KilangCetak.com

    Dikesempatan ini, kami ingin memaklumkan pelanggan yang ingin walk in ke kedai, sila set appoinment anda sebelum tiba. Langkah ini kami ambil sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19.

    header kilangcetak cetak baju

    Anda juga dikehendaki lengkap 2 dos vaksinasi sebelum memasuki kedai kami. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Moga kita bertemu lagi. Sekian, terima kasih.

  • Selamat Menyambut Hari Merdeka 31 Ogos 2021

    Selamat Menyambut Hari Merdeka 31 Ogos 2021

    Selamat Menyambut Hari Merdeka daripada KilangCetak.com

    Selamat Menyambut Hari Merdeka

    Ayuh kita sama-sama mengibarkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di rumah masing-masing. Semarakkan semangat kemerdekaan anda tidak kira apa jua halangan yang sedang kita hadapi.

    header kilangcetak cetak baju
  • Salam Maal Hijrah 1443H

    Salam Maal Hijrah 1443H

    Salam Maal Hijrah 1443H daripada KilangCetak.com.

    Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.