bajet 2022

Mari ikuti pembentangan BAJET 2022 secara langsung dari Parlimen Malaysia, 29 Oktober 2021, Jumaat. Pembentangan Bajet 2022 dikenali sebagai Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022.

Pembentangan BAJET 2022 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sekitar jam 4 petang.

Menteri Kewangan akan membentangkan bajet/ belanjawan Tahun 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas Sidang Dewan Rakyat.

Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen pada 13 September 2021 (Isnin) di Bangunan Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah disambut oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bajet 2022 yang dirangka dengan penekanan daripada rakyat untuk rakyat itu, usaha memperkasa pendigitalan sangat penting berdasarkan kepada pengalaman sepanjang pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai rakyat beralih kepada perkhidmatan secara dalam talian terutama golongan peniaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tahun lepas, Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahun lepas dengan perbelanjaan bernilai RM322.5 bilion, terbesar dalam sejarah negara.

Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi perhatian dan tidak akan dilupakan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat

Perdana Menteri
bajet 2022

“Secara keseluruhan, Bajet 2022 adalah usaha untuk menggambarkan tekad negara, membangunkan ekonomi dengan lebih lestari dan terangkum serta menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini destinasi pelaburan utama,”

Perdana Menteri

Pasti pembentangan bajet ini akan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri kita memperkenalkan konsep “KELUARGA MALAYSIA”.

Setelah sekian lama dibelenggu dengan perintah kawalan pergerakan, kini aktiviti rentas negeri pun telah dibenarkan. Sampai masa untuk kita meluangkan masa dengan keluarga dan kenalan.

Kini masa untuk Family Day !!!! Berminat untuk buat baju Family Day? Jom cuba kain jersey (microfiber) pula.

Kami di KilangCetak.com menerima tempahan baju family day kain jersi microfiber. Jom meriahkan aktiviti anda bersama keluarga. T-shirt sebagai kenangan bersama. Bila lagi nak jalan-jalan dengan keluarga? Lagi best siap ada baju family day.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

nak tempah baju