selamat hari raya aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 1443H 2022 daripada saya, en.Hakiki daripada KilangCetak.com

Ramadhan menghampiri penghujungnya, mudah-mudahan amal yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah s.w.t. In Sya Allah.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan pesanan buat semua untuk raya kali ini.

Pertamanya, utamakan keselamatan di jalan raya dan berhati-hati dalam pemanduan anda. Jangan lupa tagline “Ingatlah Orang Yang Tersayang”. Peluang untuk raya tahun ini lepas kurangnya meriah akibat Covid-19 beberapa tahun sebelum, janganlah dipersiakan dengan tragedi yang tidak diingini di jalan raya.

Cerita pasal jalan raya, mereka yang balik kampung, pastikan anda persiapkan diri, kenderaan serta keluarga sebelum memulakan perjalanan. Tahu sajalah, bila semua nak balik kampung, jalan pun jam. Dia punya jam bukan “biashe-biashe” ye. Jadi take note untuk itu. Selalu dapatkan update daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

https://twitter.com/LLMinfotrafik

Meriahnya Hari Raya Aidilfitri juga dapat dilihat bila anak-anak seronok bermain bunga api. Pastikan yang dewasa perhatikan elok-elok. Mohon dihindari sebarang kecederaan dan sebagainya. Mana yang terlebih berani main mercun, sila minta jasa baik be carefull guys, its so dangerous.

baju family day jersi

Saya mendoakan anda semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta. Mungkin ada yang dah lama tak balik kampung. Mungkin ada yang giliran balik lambat sikit. Tenang. Kat Malaysia kan sampai sebulan raya.

Moga anda semua diberikan limpah rahmat daripada Allah Yang Esa. Diberikan kesihatan yang baik. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. In Sya Allah. Amiinn.

Makluman KilangCetak.com akan bercuti sepanjang seminggu raya. Kiranya 9 Mei 2022 baru onz. Tapi kalau nak tanya apa-apa boleh whatsapp saya directly.

en.Hakiki @kilangcetak
nak tempah baju

Sekali lagi, saya doakan semua bergembira di Hari Raya Aidilfitri kali ini, saya menyusun 10 jari mohon kemaafan andai ada kekhilafan dan kekurangan sepanjang mendapatkan khidmat daripada KilangCetak.com

Maaf Zahir & Batin. Moga kita bertemu lagi.

Printing Non Woven Bag Untuk Madrasah
hari raya aidilfitri
Family Day masa Raya, apa salahnya kan. Jalan-jalan di hari raya bersama keluarga.