Tag: bulan ramadhan

  • Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M.

    “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

    Surah al-Baqarah: ayat 183

    Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW, bersabda:

    “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

    (Hadis riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759)

    AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN (sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

    Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan, antaranya ialah:

    • Solat sunat Tarawih
    • Solat-solat sunat yang lain
    • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
    • Memberikan hidangan berbuka puasa
    • Banyakkan membaca tahlil
    • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
    • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
    • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
    • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

    Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

  • Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

    Pada Ramadhan kali ini, amat berbeza dengan yang sebelumnya. Kita menghadapi cabaran penularan pandemik Covid-19 bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), norma biasa ketika bulan Ramadhan seperti ke Masjid menunaikan solat tarawih tidak dapat dilakukan.

    Kita perlu sama-sama sabar dan redha dalam menghadapi cabaran ini serta berdoa agar penularan virus ini berakhir. In Sya Allah.

    Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri kita semalam (23 April 2020), perintah PKP dilanjutkan lagi.

    PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).

    Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

    “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

    Surah al-Baqarah: 183

    Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

    Teruskan melawat laman web kami, untuk maklumat terkini. Juga ikuti kami di Facebook.

    Jom tengok koleksi katalog kami, jenama OrenSport, Microfiber, Cotton, Honey Comb & Corporate Shirt.

  • Cetak Baju RM9 Bulan Puasa Tahun 2019

    Cetak Baju RM9 Bulan Puasa Tahun 2019

    RM9 SEHELAI? T-SHIRT #FAMILYDAY

    Bulan Puasa dah nak dekat. Sekarang persiapan raya lagi awal, ada sebelum puasa dah setel. Raya 1st & 2nd pakai baju raya, hari seterusnya macam mana? Apa kata pakai t-shirt family day pula. Jalan2 siar2 di lokasi riadah yang ada di #Malaysia. Masa sama mengeratkan hubungan, mungkin dah lama tak jumpa. Ini masanya.

    Cerita pasal baju RM9 ni lama dah tau, ni tahun 2013 punya harga! Mana yang dapat anak masa tu, mahu dah nak masuk #sekolah rendah dah wei!! Harga barang dulu dengan sekarang lain sangat. TAPI, khas utk bulan Puasa ni kami #kilangcetak tawarkan harga ini!!!

    Pilihan Warna Baju Cotton 100% 160gsm

    YA! RM9 sehelai. Kain ni cotton yang biasa org guna buat baju family day di sini. Bukan kain nipis macam baju pagoda/singlet tau. In sya Allah selesa.

    Nak tempah dah? tekan ni >> http://wasap.my/60126596001

    Apa tunggu lagi? Tempah awal2, tarikh promosi ni dari 1 Mei sampai 29 Mei 2019 sahaja. Risau kalau lambat, production sesak, melepas nanti. Setel awal, senang hati nak jalani ibadah, #terawih dan sebagainya. kan2?

    Bukan sahaja untuk pakai masa RAYA, jika anda ada program selepas raya, tak kira program perkhemahan ke, jalan-jalan rombongan ke, bersukan ke, boleh buat tempahan masa ni.

    Nak datang kedai? moh le
    ASMA TEXTILE – 22 Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 #Ipoh, #Perak.

    web kami: http://www.kilangcetak.com

    #cetakbaju #buatbaju #tshirt #cetaktshirt

    Akhir kata daripada kami, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Mudah-mudahan kita diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjalani ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. In sya Allah.

    Niat puasa ingat lagi? moh kita ulangkaji. maklumlah setahun sekali.

    Okay, jangan lepaskan peluang harga best ini ya. Berjumpa kita lagi dalam Whatsapp nanti. In sya Allah walaupun bulan Puasa, kami akan balas secepat mungkin. Belah malam mungkin tak berapa reply, malam kita beribadah dulu ya.

    Sekian dari kami. Cetak Baju Di Sini Kilangcetak.com