Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

Pada Ramadhan kali ini, amat berbeza dengan yang sebelumnya. Kita menghadapi cabaran penularan pandemik Covid-19 bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), norma biasa ketika bulan Ramadhan seperti ke Masjid menunaikan solat tarawih tidak dapat dilakukan.

Kita perlu sama-sama sabar dan redha dalam menghadapi cabaran ini serta berdoa agar penularan virus ini berakhir. In Sya Allah.

Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri kita semalam (23 April 2020), perintah PKP dilanjutkan lagi.

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).

Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

Surah al-Baqarah: 183

Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Teruskan melawat laman web kami, untuk maklumat terkini. Juga ikuti kami di Facebook.

Jom tengok koleksi katalog kami, jenama OrenSport, Microfiber, Cotton, Honey Comb & Corporate Shirt.