Tag: cetak baju

  • Otai Saleem Family Day

    Siap bahagian belakang t-shirt OTAI SALEEM. T-shirt jenis 100% cotton jenama Le Fonse 160 lengan pendek HITAM. Cetakan belakang PUTIH, bahagian depan LOGO KUCING berwarna MERAH.

    Otai Saleem atas meja flat silkscreen
    Otai Saleem atas meja flat silkscreen

    Bahagian DEPAN
    Bahagian DEPAN

    Dikhabarkan t-shirt ini hendak dipakai oleh penanggah bakal pengantin lelaki. 60 helai kesemuanya. BEST PRICE. Nak tempah? Emelkan kami design anda.

  • Branded Collection T-Shirt

    Alhamdulillah selesai cetakan untuk brandedcollection. Dalam kesesakan production, semua mengejar dateline. Orang tua kata pelan-pelan kayuh. Tapi tak boleh pelan sangat. Sedikit info tentang baju ni. Kain cotton 100% 160 jenama le fonse. Ya! Le Fonse. Tempahan yang melibatkan warna seperti MERAH, HITAM, ROYAL& APPLE GREEN akan dicetak atas baju jenama ini.

    Pada pemerhatian kami, jenama Le Fonse lebih selesa berbanding FourSquare. Nak Cuba? EMEL KAMI.

    Ini gambarnya.

    Bahagian BELAKANG
    Bahagian BELAKANG

    Bahagian DEPAN
    Bahagian DEPAN

  • Cetakan Baju CMYK Akan Datang

    cetakanCMYK

    KilangCetak.com berbesar hati untuk mengumumkan khidmat cetakan baju CMYK akan dibuka dalam masa terdekat. Kami masih lagi melaksanakan R&D untuk memastikan kualiti paparan serta HARGA TERMURAH yang dapat kami tawarkan. (more…)

  • Bahasa Melayu Kini Pilihan Kami

    KilangCetak.com mengambil inisiatif untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di laman kami. Kami berbesar hati menyambut pelanggan yang kesemuanya adalah dari Malaysia dan semestinya warganegara.

    Namun begitu, terdapat beberapa bahagian yang menggunakan bahasa Inggeris atas sebab  istilah biasa yang digunakan dalam bidang ini.

    Anda juga mungkin menyedari bahawa paparan muka depan laman KilangCetak.com telah berubah konsep. Pihak kami mencuba sedaya upaya untuk menyediakan paparan yang lebih kreatif serta ringkas. Paling utama mesej yang ingin disampaikan diterima oleh semua pengunjung.

    Sebelum mengakhiri ucapan ini, kesudian anda semua untuk berkongsi KilangCetak.com kepada rakan-rakan anda amat kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sampai berjumpa lagi.

    Admin, KilangCetak.com