Tag: ramadhan

  • Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M.

    “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

    Surah al-Baqarah: ayat 183

    Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW, bersabda:

    “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

    (Hadis riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759)

    AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN (sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

    Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan, antaranya ialah:

    • Solat sunat Tarawih
    • Solat-solat sunat yang lain
    • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
    • Memberikan hidangan berbuka puasa
    • Banyakkan membaca tahlil
    • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
    • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
    • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
    • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

    Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

  • Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

    Pada Ramadhan kali ini, amat berbeza dengan yang sebelumnya. Kita menghadapi cabaran penularan pandemik Covid-19 bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), norma biasa ketika bulan Ramadhan seperti ke Masjid menunaikan solat tarawih tidak dapat dilakukan.

    Kita perlu sama-sama sabar dan redha dalam menghadapi cabaran ini serta berdoa agar penularan virus ini berakhir. In Sya Allah.

    Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri kita semalam (23 April 2020), perintah PKP dilanjutkan lagi.

    PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).

    Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

    “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

    Surah al-Baqarah: 183

    Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

    Teruskan melawat laman web kami, untuk maklumat terkini. Juga ikuti kami di Facebook.

    Jom tengok koleksi katalog kami, jenama OrenSport, Microfiber, Cotton, Honey Comb & Corporate Shirt.

  • 5 Tahun Cetak Baju Di Sini Promo 2018

    Cetak Baju Di Sini Promo 2018 Tahun ke-5 kini di KilangCetak.com

    Penghargaan untuk semua pelanggan kami yang menyokong KilangCetak.com, sukacita kami ingin menawarkan kembali Promo 2018 yang dahulunya ditawarkan pada tahun 2015. Ya, cetak baju serendah RM9 sehelai dengan kuantiti 20 helai dalam satu tempahan.

    Kami sedar akan kenaikan harga barangan berbeza berbanding tahun 2015, namun kami bersemangat untuk memberikan harga cetak baju serendah RM8 sehelai dengan kuantiti minimum 100 helai.

    Harga cetak baju yang amat berpatutan dan kami pasti sesuai dengan bajet anda samada untuk kegunaan hari keluarga, program kelab, baju jalan-jalan dan sebagainya.

    Kualiti cetakan adalah seperti biasa, kami tidak akan kurangkan penggunaan dakwat/ink yang biasa digunakan ke atas t-shirt anda. Cetakan seperti biasa dengan harga yang betul-betul berpatutan.

    Realisasikan IDEA anda di atas t-shirt/ baju SEKARANG.

    Ingin melihat contoh baju yang pernah kami buat untuk pelanggan kami? Tekan di bawah (tiada akaun Instagram tiada masalah, kami buat ‘public’):

    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.

    Info lain juga dipaparkan dalam Facebook kami, banyak gambar dan info yang kami letakkan di sana. Sehinggakan kebanyakan masa hingga tidak sempat untuk membalas komen/mesej anda di sana. Kami sarankan anda untuk Whatsapp terus ke talian 012-6596001.

    Petua mencetak baju design sendiri:

    Mulakan berwhatsapp dengan kami, 012-659 6001.
    2. Berikan terus butiran seperti nama dan lokasi anda.
    3. Ada design? Kalau ada terus attach
    4. Berapa helai nak tempah? ada kuantiti lebih memudahkan pengiraan. Tempahan minimum adalah 20 helai. Wajib lebih 20 helai. Kurang daripada itu, maaf tak dapat ambil.
    5. Tunggu balasan daripada kami.
    Penetapan harga bergantung kepada design & kuantiti yang hendak ditempah.

    Jika ada kelapangan boleh datang ke kedai kami yang terletak di Station 18, Ipoh, Perak. Kini di buka Isnin hingga Sabtu. Sabtu buka 9 pagi hingga 1 petang sahaja ya.

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22A Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 012-6596001
    Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang
    Sabtu 9.00 pagi hingga 1.00 petang
    Ahad/Cuti Umum TUTUP

  • Salam Ramadhan Al Mubarak dari KilangCetak.com

    banner-bulan-ramadhan2

    Salam Ramadhan Al-Mubarak dari KilangCetak.com

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

    Sempena bulan Ramadhan ini, waktu operasi kami akan berubah sedikit bagi memberi ruang kepada staf untuk pulang berbuka bersama keluarga dan beribadat di malam hari.

    Waktu operasi bulan Ramadhan:
    ISNIN – JUMAAT
    9.00 pg – 5.30ptg

    Rehat 1.30-2.00ptg (Isnin-Khamis) | Jumaat 12.15-2.30ptg

    TARIKH AKHIR TEMPAHAN : 24 JUN 2016
    TARIKH KEDAI TUTUP: 2-10 JULAI 2016

    Katalog Baru Dah Keluar!!!!JOM JADI MEMBER

    Megahtex Buyer s Guide 2016-2017 (Low Resolution) (2)-page-001orensport_vol.15-page-001




    Banyak juga paten baru dimasukkan dalam edisi tahun ini. Anda juga boleh lihatnya di sini:

    Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

    Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.