Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Tuanku pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.
Daulat Tuanku. Sembah Takzim daripada KilangCetak.com & Mokaz Niaga.
Salutations and Heartiest Congratulations to His Majesty Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah on the occasion of His Majesty’s Official Birthday on 7 June 2021 (26 Syawal 1442H).
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021M – 1442H bagi negara ini
Keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji (Qurban) tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)
Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (20 Julai) iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Berikut adalah design baju korban baru untuk tahun ini.
Hari ini kami nak kongsikan koleksi baru design baju korban yang boleh anda pilih untuk program korban (qurban) untuk Hari Raya Aidiladha akan datang.
Baju qurban boleh diberikan kepada krew sebagai keseragaman. Malah boleh dijadikan sebagai cenderamata kenangan buat peserta korban.
Baju korban juga boleh dipakai semasa proses melapah daging dilakukan.
Ketika posting ini dibuat, kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 seluruh negeri. Masih belum pasti sama ada kita dapat melaksanakan ibadah korban di masjid mahupun surau seperti tahun-tahun sebelumnya.
Memandangkan angka jangkitan Covid-19 di Malaysia masih lagi tinggi, sama-sama kita berdoa agar angka menunjukkan penurunan serta virus Covid-19 diangkat daripada muka bumi ini.
Sementara itu, sama-sama kita menurut arahan kerajaan serta melaksanakan langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain daripada kain cotton, anda boleh membuat pilihan jenis baju yang lain. Sama ada jenis berkolar, jenis kain microfiber dan sebagainya.
Tidak kira di mana anda berada, tempahan baju anda boleh dihantar menggunakan courier yang berkaitan. Jadi anda tak perlu keluar rumah untuk mencari kedai cetak baju.
Terima kasih kepada pelanggan yang telah membuat tempahan cetak baju dengan KilangCetak.com
Moga kita bertemu lagi di post akan datang. Sekian, terima kasih.
Pengumuman Operasi KilangCetak.com sepanjang PKP 3.0 Full Lock Down & PKPD (Diperketatkan) Mukim Ipoh/Lahat.
Pelanggan yang dihormati,
Kami hanya menerima order melalui ONLINE sahaja (Whatsapp/Shopee/Email). WALK IN TIDAK DIBENARKAN.
Pengumuman Mukim Ipoh/Lahat menjalani PKPD hingga 4 Jun 2021 (sehingga diumumkan oleh kerajaan).
Selesai PKPD, akan bersambung dengan PKP Full Lockdown hingga 14 Jun 2021.
Lead Time (masa production) akan terkesan disebabkan kekangan pergerakan ini. Langkah ini penting bagi menyokong langkah kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19. Kami berharap agar pelanggan bersabar sementara tempahan anda disiapkan.
Sebarang perkembangan akan diumumkan dari semasa ke semasa.