Month: April 2024

  • Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

    Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Berikut adalah design terkini daripada KilangCetak.com untuk tahun ini.

    Umat Islam di Malaysia dengan izin-Nya akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada 10 Zulhijjah 1445 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam.

    Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

    Nak buat baju korban 2024 untuk masjid, surau ataupun keluarga?

    Pasti dengan adanya baju korban dapat memeriahkan lagi suasana buat AJK mahupun peserta Korban yang turut serta pada tahun ini. Program korban di masjid atau di surau memiliki beberapa kelebihan.

    Pertama, program ini meningkatkan kebersamaan umat Muslim, memperkuat ikatan sosial dan persaudaraan. Kedua, program ini berfungsi membantu umat Muslim beramal dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Selain itu, program korban di masjid juga memberikan pendidikan nilai-nilai keagamaan, meningkatkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kesedaran tentang penyembelihan halal, memperkuat identiti keagamaan, dan meningkatkan hubungan dalam komuniti.

    Alhamdulillah, program seumpama program korban tahun ini pasti mendapat sambutan meriah serta membolehkan orang ramai turut melihat ibadah ini dilaksanakan.

    Wajarlah program seperti ini dimeriahkan lagi dengan adanya baju korban.

    Macam mana nak order?

    Untuk peringkat awal, anda perlukan design, nak rupa mana baju korban tersebut. Sejak tahun lepas, kami cuba untuk keluarkan design baru untuk anda pilih. Lainlah sikit daripada orang lain kan, atau taklah asyik design tu saja.

    Boleh campur Roundneck Lengan Pendek, Lengan Panjang, Baju Kanak-kanak pun ada. Baju Muslimah kini sudah ada 14 warna yang boleh dipilih. AJK Lelaki nak baju berkolar pun boleh!

    Selanjutnya, perlu dikumpulkan saiz-saiz baju yang hendak dibuat. Peserta lelaki pasti dengan lengan pendek, manakala yang wanita, pasti inginkan lengan panjang.

    Anda tak perlu risau kalau ada yang memerlukan baju yang extra size, kami ada sediakan saiz hingga 7XL. In Sya Allah, semua boleh seragam.

    Ingin cuba jenis baju yang lebih ceria? jom buat jersi korban.

    Baju Korban Corak Jersi Sublimation Ready Made Ready STOCK Pun Boleh.

    baju korban

    Penutup

    Saya berharap agar program korban di setiap masjid, surau mahupun persendirian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

    In Sya Allah.

    ‎ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

  • Doa Solat Tahajjud Qiamullail

    Doa Solat Tahajjud Qiamullail

    Tahajjud ialah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat secara bersendirian dan lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

    Fadilat Solat Tahajjud

    • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
    • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
    • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
    • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang Mahsyar.
    • Dimudahkan hisab ke atasnya.
    • Senang melalui titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
    • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
    • Jauh daripada kebinasaan.

    Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

    Lafaz niat:

    Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”

    Bacaan:

    Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

    Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

    Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

    Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

    Sumber rujukan: Panduan Qiamullail Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Ketigabelas, 2013

    Semoga Bermanfaat.