baju korban

Baju Korban tahun 2023 kini dibuka untuk tempahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

Berikut adalah design terkini daripada KilangCetak.com untuk tahun ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 29 Jun 2023 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2023M – 1444H bagi negara ini

Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2023 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Nak buat baju korban 2023 untuk masjid, surau ataupun keluarga?

Pasti dengan adanya baju korban dapat memeriahkan lagi suasana buat AJK mahupun peserta Korban yang turut serta pada tahun ini. Program korban di masjid atau di surau memiliki beberapa kelebihan.

Pertama, program ini meningkatkan kebersamaan umat Muslim, memperkuat ikatan sosial dan persaudaraan. Kedua, program ini berfungsi membantu umat Muslim beramal dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Selain itu, program korban di masjid juga memberikan pendidikan nilai-nilai keagamaan, meningkatkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kesedaran tentang penyembelihan halal, memperkuat identiti keagamaan, dan meningkatkan hubungan dalam komuniti.

Alhamdulillah, program seumpama program korban tahun ini pasti mendapat sambutan meriah serta membolehkan orang ramai turut melihat ibadah ini dilaksanakan.

Wajarlah program seperti ini dimeriahkan lagi dengan adanya baju korban.

Macam mana nak order?

Untuk peringkat awal, anda perlukan design, nak rupa mana baju korban tersebut. Sejak tahun lepas, kami cuba untuk keluarkan design baru untuk anda pilih. Lainlah sikit daripada orang lain kan, atau taklah asyik design tu saja.

Selanjutnya, perlu dikumpulkan saiz-saiz baju yang hendak dibuat. Peserta lelaki pasti dengan lengan pendek, manakala yang wanita, pasti inginkan lengan panjang.

Anda tak perlu risau kalau ada yang memerlukan baju yang extra size, kami ada sediakan saiz hingga 7XL. In Sya Allah, semua boleh seragam.

Ingin cuba jenis baju yang lebih ceria? jom buat jersi korban.

baju korban

Penutup

Saya berharap agar program korban di setiap masjid, surau mahupun persendirian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

In Sya Allah.

‎ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير