Category: Informasi

  • Cetak Baju Murah RM11 Sehelai

    Cetak Baju Murah RM11 Sehelai

    Cetak Baju Murah RM11 Sehelai SEKARANG, T-Shirt Kain Microfiber Sedap Dipakai Cepat Kering sekali dengan printing LOGO.

    Cetak Baju Murah RM11 Sehelai

    Anda mencari tempat untuk cetak baju sekali dengan LOGO syarikat, jabatan, sekolah dan sebagainya? di KilangCetak.com tempatnya.

    Kami tawarkan kepada anda, kain 100% Microfiber jenis mini eyelet yang selesa dipakai, cepat kering dan sesuai untuk aktiviti luar dan dalam, bawa untuk masuk kolam, tema air, sungai mahupun pantai.

    Anda boleh membuat pilihan warna baju yang cukup banyak mengikut kesesuaian dan citarasa anda.

    Bukan itu saja, pilihan saiz baju juga banyak, daripada kanak-kanak hingga ke dewasa. Anda boleh campur asalkan melepasi minimum total order 20 helai. Badan besar perlukan big size sampai 7XL ada caj tambahan buat yang istimewa 4XL hingga 7XL.

    Jika anda perlukan lengan panjang ataupun baju Muslimah, tiada masalah. PUN ADA. Caj tambahan sila rujuk En. Hakiki.

    Apa tunggu lagi, jom buat tempahan dengan KilangCetak.com! Whatsapp SEKARANG

  • Doa Solat Tahajjud Qiamullail

    Doa Solat Tahajjud Qiamullail

    Tahajjud ialah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat secara bersendirian dan lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

    Fadilat Solat Tahajjud

    • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
    • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
    • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
    • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang Mahsyar.
    • Dimudahkan hisab ke atasnya.
    • Senang melalui titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
    • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
    • Jauh daripada kebinasaan.

    Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

    Lafaz niat:

    Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”

    Bacaan:

    Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

    Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

    Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

    Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

    Sumber rujukan: Panduan Qiamullail Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Ketigabelas, 2013

    Semoga Bermanfaat.

  • Tempat Menarik di Perak Dicadangkan Oleh CHATGPT

    Jika anda bertanya kepada CHATGPT, tempat menarik di Perak. Beliau akan memberikan jawapan berikut:

    Jawapan ChatGPT untuk tempat menarik di Perak

    “Perak, yang terletak di Malaysia, adalah sebuah permata yang mempesona dengan keindahan alam yang luar biasa, sejarah yang kaya, dan budaya yang beragam. Melangkah ke dalam Kota Lama Kuala Kangsar, Anda akan merasakan diri Anda seperti mengunjungi kembali masa lalu dengan arsitektur kolonial yang megah. Tempat-tempat bersejarah seperti Ubudiah Mosque, Istana Iskandariah, dan Sayong Old House akan membawa Anda kembali ke era kerajaan yang gemilang. Di Galeri Sultan Azlan Shah, Anda dapat merenungkan sejarah Perak yang menakjubkan melalui koleksi artefak dan benda-benda bersejarah yang menarik.

    Sementara itu, Taiping, kota yang damai, menawarkan Taman Tasik Taiping, taman terkenal yang sering dianggap sebagai taman tertua di Malaysia. Anda dapat berjalan-jalan di antara taman-taman hijau yang menenangkan dan danau-danau yang cantik. Sementara di sini, kunjungi juga Muzium Taiping, yang menyajikan koleksi yang mendalam tentang sejarah alam, budaya, dan arkeologi kota ini.

    tempat menarik di perak

    Namun, pengalaman sejati Perak tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Kuil Kek Lok Si di Air Itam. Kuil ini adalah salah satu kuil terbesar di Asia Tenggara dengan arsitektur Tiongkok yang megah dan keramahan rohani yang menawan. Pulau Pangkor, yang terletak di lepas pantai Perak, adalah surganya para pecinta pantai dengan pasir putih yang bersih, air biru yang jernih, dan hidangan laut yang lezat.

    Perak juga menyajikan petualangan bawah tanah yang memukau di Gua Tempurung, salah satu gua terbesar di dunia. Anda dapat menjelajahi jajaran stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan serta formasi batu lainnya yang unik. Jika Anda adalah pencinta alam, Hutan Belum adalah destinasi wajib dengan hutan hujan tertua yang menawarkan keanekaragaman hayati yang kaya.

    Bagi mereka yang mencari wawasan sejarah yang mendalam, Lenggong adalah tempat yang sempurna. Diakui sebagai Status Warisan Dunia UNESCO, daerah ini menjadi tuan rumah Muzium Arkeologi Lenggong dengan koleksi yang memaparkan sejarah manusia dan budaya di wilayah ini. Bukit Larut (Maxwell Hill) adalah destinasi lain yang wajib dikunjungi, menawarkan petualangan alam dengan pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian.

    tempat menarik di perak

    Kota Tanjung Malim memiliki warisan pertambangan yang kaya yang dapat Anda telusuri, sementara di Kuala Sepetang, desa nelayan yang menarik, Anda dapat menjelajahi hutan mangrove dan menyaksikan berbagai jenis burung yang eksotis. Jangan lupa mengunjungi Air Terjun Telaga Tujuh, yang menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dengan air terjun yang indah dan kolam-kolam yang segar.

    Selain tempat-tempat ini, Perak juga menawarkan makanan lezat, seni jalanan yang menarik, dan berbagai festival budaya sepanjang tahun. Dengan keindahan alam yang mempesona, warisan sejarah yang kaya, dan budaya yang beragam, Perak adalah destinasi wisata yang memukau bagi siapa saja yang mengunjunginya.”

    Pilihan saiz yang pelbagai lebih memudahkan semua ahli keluarga boleh memakai baju family day tanpa kena cari baju yang seakan sama untuk bagi padan (match) dengan lain.

    Saiz kanak-kanak pun ada. Paling kecil adalah saiz 22″, lebih kurang umur anak dalam 9 bulan-12 bulan dah boleh pakai.

    Bagi yang dewasa, tidak perlu risau bagi yang memerlukan extra size, pilihan saiz sehingga 7XL. Untuk dewasa, anda boleh pilih lengan pendek mahupun lengan panjang.

    Setiap tambahan caj adalah mengikut pilihan senarai saiz yang anda berikan kepada kami.

    Anda boleh campur semuanya asalkan design yang hendak dicetak adalah sama.

    Bagaimana untuk anda buat tempahan baju family day?

    Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui aplikasi Whatsapp ke nombor yang tertera di bawah. Encik Hakiki akan membantu menjawab pertanyaan anda berkaitan tempahan ini.

    Tidak kira di mana anda berada, tempahan boleh dibuat dan boleh dipos selepas sudah siap. Kami menggunakan J&T Express untuk menghantara pesanan anda.

    Akhir kata, kami berharap agar anda berbahagia di samping keluarga tercinta. Tempah baju family day untuk memeriahkan lagi suasana.

    Moga kita ketemu, sekian.

  • Baju Family Day

    Tempahan Baju Family Day boleh dibuat di KilangCetak.com

    Apa yang anda perlukan untuk membuat tempahan family day?

    Pertamanya, anda pasti memerlukan design baju family day yang hendak dicetak atas t-shirt tersebut. Kami ada menyediakan beberapa pilihan design baju family day yang anda boleh pilih. Tak perlu tercari-cari design, boleh ubah suai daripada contoh yang disediakan.

    Di atas adalah sebahagian design baju family day yang boleh dipilih. Anda juga boleh lihat koleksi yang lain di Telegram kami.

    baju family day

    Keduanya, senarai saiz baju untuk setiap ahli keluarga anda. Di KilangCetak.com, anda boleh campur jenis baju yang terdiri daripada lengan pendek, lengan panjang, muslimah, kanak-kanak dan juga baju berkolar.

    Masa kini, kami akan mencadangkan anda untuk memilih kain jenis microfiber. Jenis kain ini amat sesuai untuk pemakaian aktiviti di luar (outdoor). Bila dipakai tidaklah panas seperti kain cotton. Jenis ini juga sesuai sekiranya program family day anda di tempat yang ada kolam renang mahu pun laut sebab kain microfiber lebih ringan berbanding yang lain.

    Pilihan warna yang paling banyak adalah untuk jenis t-shirt roundneck lengan pendek.

    Pilihan saiz yang pelbagai lebih memudahkan semua ahli keluarga boleh memakai baju family day tanpa kena cari baju yang seakan sama untuk bagi padan (match) dengan lain.

    Saiz kanak-kanak pun ada. Paling kecil adalah saiz 22″, lebih kurang umur anak dalam 9 bulan-12 bulan dah boleh pakai.

    Bagi yang dewasa, tidak perlu risau bagi yang memerlukan extra size, pilihan saiz sehingga 7XL. Untuk dewasa, anda boleh pilih lengan pendek mahupun lengan panjang.

    Setiap tambahan caj adalah mengikut pilihan senarai saiz yang anda berikan kepada kami.

    Anda boleh campur semuanya asalkan design yang hendak dicetak adalah sama.

    Bagaimana untuk anda buat tempahan baju family day?

    Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui aplikasi Whatsapp ke nombor yang tertera di bawah. Encik Hakiki akan membantu menjawab pertanyaan anda berkaitan tempahan ini.

    Tidak kira di mana anda berada, tempahan boleh dibuat dan boleh dipos selepas sudah siap. Kami menggunakan J&T Express untuk menghantara pesanan anda.

    Akhir kata, kami berharap agar anda berbahagia di samping keluarga tercinta. Tempah baju family day untuk memeriahkan lagi suasana.

    Moga kita ketemu, sekian.

  • Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M

    KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan 1443H/2022M.

    “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

    Surah al-Baqarah: ayat 183

    Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW, bersabda:

    “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

    (Hadis riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759)

    AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN (sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

    Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan, antaranya ialah:

    • Solat sunat Tarawih
    • Solat-solat sunat yang lain
    • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
    • Memberikan hidangan berbuka puasa
    • Banyakkan membaca tahlil
    • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
    • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
    • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
    • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

    Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

  • Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang optimis buat semua tak kira siapa anda dan di mana jua berada.

    KilangCetak.com mengucapkan Selamat datang tahun 2022. Selesai lembaran tahun 2021 yang penuh cabaran buat rakyat Malaysia khususnya dan seluruh umat manusia amnya.

    Life must go on. All challenges must be met to the best of our ability.

    Pada tahun 2022 ini, KilangCetak.com masih beroperasi seperti mana fasa Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kami masih menerima tempahan secara atas talian melalui Whatsapp.

    nak tempah baju

    Memahami situasi semasa dengan kekangan untuk mengadakan family day atau gathering. Tidak menghalang bagi mereka cukup bersemangat untuk bersama-sama keluarga dan kenalan. Pada masa kini, yang utama adalah mematuhi SOP yang ditetapkan, teruskan pemakaian face mask dan amalkan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer tak kira di mana anda berada.

    Nak order baju? Apa yang ada ditawarkan?

    Baju Material Cotton
    Baju Material Microfiber

    Nak order baju tapi design belum ada? Ada ke pilihan design template? YA ADA!

    https://t.me/kilangcetak/58

    https://t.me/kilangcetak/58

    Anda boleh rujuk link di atas untuk ke Telegram rasmi KilangCetak.com untuk melihat pilihan design family day yang ada. Jika tiada yang berkenan di hati, anda boleh dapatkan melalui Google Search. Nanti kita tengok macam mana design itu.

    Harga macam mana ya?

    Harga untuk baju bergantung pada design yang anda hajati, di muka depan website ini ada menjelaskan kriteria design yang mempengaruhi harga baju. Boleh rujuk semula sini, MUKA DEPAN.

    nak tempah baju

    Akhir kata daripada KilangCetak.com, SELAMAT DATANG TAHUN 2022. Sama-sama kita berdoa agar tahun mendatang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. In Sya Allah.

    Semoga kita bertemu lagi dalam pos yang akan datang. Terima kasih.

  • Pembentangan Bajet 2022 Parlimen

    Pembentangan Bajet 2022 Parlimen

    Mari ikuti pembentangan BAJET 2022 secara langsung dari Parlimen Malaysia, 29 Oktober 2021, Jumaat. Pembentangan Bajet 2022 dikenali sebagai Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022.

    Pembentangan BAJET 2022 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sekitar jam 4 petang.

    Menteri Kewangan akan membentangkan bajet/ belanjawan Tahun 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas Sidang Dewan Rakyat.

    Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen pada 13 September 2021 (Isnin) di Bangunan Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah disambut oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    Bajet 2022 yang dirangka dengan penekanan daripada rakyat untuk rakyat itu, usaha memperkasa pendigitalan sangat penting berdasarkan kepada pengalaman sepanjang pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai rakyat beralih kepada perkhidmatan secara dalam talian terutama golongan peniaga.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

    Tahun lepas, Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahun lepas dengan perbelanjaan bernilai RM322.5 bilion, terbesar dalam sejarah negara.

    Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi perhatian dan tidak akan dilupakan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat

    Perdana Menteri
    bajet 2022

    “Secara keseluruhan, Bajet 2022 adalah usaha untuk menggambarkan tekad negara, membangunkan ekonomi dengan lebih lestari dan terangkum serta menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini destinasi pelaburan utama,”

    Perdana Menteri

    Pasti pembentangan bajet ini akan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri kita memperkenalkan konsep “KELUARGA MALAYSIA”.

    Setelah sekian lama dibelenggu dengan perintah kawalan pergerakan, kini aktiviti rentas negeri pun telah dibenarkan. Sampai masa untuk kita meluangkan masa dengan keluarga dan kenalan.

    Kini masa untuk Family Day !!!! Berminat untuk buat baju Family Day? Jom cuba kain jersey (microfiber) pula.

    Kami di KilangCetak.com menerima tempahan baju family day kain jersi microfiber. Jom meriahkan aktiviti anda bersama keluarga. T-shirt sebagai kenangan bersama. Bila lagi nak jalan-jalan dengan keluarga? Lagi best siap ada baju family day.

    Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

    nak tempah baju
  • Aset Digital Jual Beli Tokenize Malaysia

    Aset Digital Jual Beli Tokenize Malaysia

    Kenali Aset Digital & Jual Beli melalui Tokenize XChange Malaysia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

    Berbeza sedikit perkongsian saya untuk hari ini. Perkongsian kali ini berkaitan aset digital serta jual beli melalui Tokenize XChange Malaysia.

    Buat masa ini, KilangCetak.com masih belum menerima bayaran menggunakan aset digital atau ada orang panggil token digital.

    Apa itu aset digital?

    Berbeza dengan aset nyata seperti EMAS, HARTANAH, SAHAM dan lain-lain, aset digital adalah aset yang berbentuk binari/ kod atau senang kata digital komputer.

    Aset digital yang dimaksudkan dipanggil aset kripto. Ada yang guna aset ini untuk buat transaksi bayaran. Ada juga yang buat sebagai pelaburan.

    Terdapat banyak aset kripto yang dipasarkan di pasaran digital dunia. BitCoin adalah yang paling popular dan yang pertama. Kemudian berbagai aset kripto wujud.

    Di Malaysia, aset digital kripto dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah kategori bursa aset digital (DAX). Hanya ada 4 syarikat yang diakui iaitu Luno Malaysia, MX Global, Sinegy Technologies dan Tokenize Technology.

    Biasa kita faham aset ini seperti wang tunai, aset tanah, aset saham, emas, perak dan lain-lain. Dengan era digital yang makin pesat, wujudlah aset-aset digital dalam bentuk kripto (cryptocurrency). Ada banyak aset digital tapi melalui Tokenize, kita boleh jual beli 4 aset digital berikut:

    1. BITCOIN (BTC) – dicipta pada 2008 oleh individu/kumpulan yang gunakan nama Satoshi Nakamoto. Nilainya 1 BTC adalah paling mahal jika dibandingkan dengan aset kripto yang lain.
    2. ETHEREUM (ETH) – kripto ke-2 terbesar selepas Bitcoin, diperkenal oleh Vitalik Buterin pada 2013. Dikatakan fungsi Ethereum adalah lebih bagus berbanding Bitcoin.
    3. LITECOIN (LTC) – diperkenal oleh Charlie Lee pada 2011. Litecoin hampir sama dengan Bitcoin namun ianya lebih mahal untuk dihasilkan.
    4. RIPPLE (XRP) – Aset kripto paling murah yang ada dalam Tokenize.
    tokenize

    Apa kata Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan aset digital?

    Keputusan Mesyuarat Penasihat Syariah Suruhanjaya Malaysia (SC) Kali ke-233 dan ke-234 iaitu pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 boleh rujuk di sini.

    Tuan/ Puan boleh rujuk artikel penuh dengan tekan link yang saya berikan di atas. Artikel dia panjang jadi saya tak dapat nak masuk semua dalam artikel ini.

    Apa yang penting saya highlight di sini berkaitan keputusan mesyuarat berikut adalah:

    Keputusan ini tidak terpakai kepada mana-mana Aset Digital yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti.

    Mesyuarat Penasihat Syariah SC.

    MPS juga telah memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat di atas dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan.

    Hanya DAX yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah sah dan patuh syariah menurut keputusan Majlis Penasihat tersebut. Maka Tokenize Malaysia adalah berdaftar dengan SC dan patuh syariah.

    Berdasarkan fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.

    Apa itu Tokenize XChange Malaysia?

    Tokenize Malaysia adalah pengendali pasaran aset digital yang diiktiraf di Malaysia. Tokenize atau nama penuh syarikatnya, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    Aset Digital Jual Beli Tokenize

    Laman web Tokenize Malaysia adalah www.tokenizemalaysia.com. Tekan saja link berikut, saya dah siapkan untuk anda tekan.

    Daftar sekarang untuk dapatkan 15 Tokenize Point (RM15) PERCUMA! dengan point ini saja anda dah boleh beli aset digital.

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kami akan kembali dalam pos akan datang untuk berkongsi sebarang informasi yang menarik. Juga kami akan maklumkan berkaitan perkhidmatan KilangCetak.com

    Dikesempatan ini, kami ingin memaklumkan pelanggan yang ingin walk in ke kedai, sila set appoinment anda sebelum tiba. Langkah ini kami ambil sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19.

    header kilangcetak cetak baju

    Anda juga dikehendaki lengkap 2 dos vaksinasi sebelum memasuki kedai kami. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Moga kita bertemu lagi. Sekian, terima kasih.