Category: Blog

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H 2023

    Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 1444H 2023 daripada saya, en.Hakiki daripada KilangCetak.com

    Ramadhan menghampiri penghujungnya, mudah-mudahan amal yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah s.w.t. In Sya Allah.

    Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan pesanan buat semua untuk raya kali ini.

    Pertamanya, utamakan keselamatan di jalan raya dan berhati-hati dalam pemanduan anda. Jangan lupa tagline “Ingatlah Orang Yang Tersayang”. Peluang untuk raya tahun ini janganlah dipersiakan dengan tragedi yang tidak diingini di jalan raya.

    Cerita pasal jalan raya, mereka yang balik kampung, pastikan anda persiapkan diri, kenderaan serta keluarga sebelum memulakan perjalanan. Tahu sajalah, bila semua nak balik kampung, jalan pun jam. Dia punya jam bukan “biashe-biashe” ye. Jadi take note untuk itu. Selalu dapatkan update daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

    https://twitter.com/LLMinfotrafik

    Meriahnya Hari Raya Aidilfitri juga dapat dilihat bila anak-anak seronok bermain bunga api. Pastikan yang dewasa perhatikan elok-elok. Mohon dihindari sebarang kecederaan dan sebagainya. Mana yang terlebih berani main mercun, sila minta jasa baik be carefull guys, its so dangerous.

    baju family day jersi

    Saya mendoakan anda semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta. Mungkin ada yang dah lama tak balik kampung. Mungkin ada yang giliran balik lambat sikit. Tenang. Kat Malaysia kan sampai sebulan raya.

    Moga anda semua diberikan limpah rahmat daripada Allah Yang Esa. Diberikan kesihatan yang baik. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. In Sya Allah. Amiinn.

    Makluman KilangCetak.com akan bercuti lebih kurang macam tempat-tempat lain.
    Kiranya 27 April 2023 baru onz. Tapi kalau nak tanya apa-apa boleh whatsapp saya directly.

    en.Hakiki @kilangcetak
    nak tempah baju

    Sekali lagi, saya doakan semua bergembira di Hari Raya Aidilfitri kali ini, saya menyusun 10 jari mohon kemaafan andai ada kekhilafan dan kekurangan sepanjang mendapatkan khidmat daripada KilangCetak.com

    Maaf Zahir & Batin. Moga kita bertemu lagi.

    Printing Non Woven Bag Untuk Madrasah
    hari raya aidilfitri
    Family Day masa Raya, apa salahnya kan. Jalan-jalan di hari raya bersama keluarga.
  • T-Shirt Company Dengan Logo Promosi Ramadan Mubarak

    Dapatkan t-shirt company dengan promosi sempena Ramadan Mubarak.

    Dikesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Menunaikan Puasa dan Ibadat sepanjang bulan Ramadan tahun 1444H.

    Pada bulan ini, kami menawarkan t-shirt untuk syarikat, organisasi dan program dengan logo dengan harga promosi.

    t-shirt company

    T-shirt company ini menggunakan material 100% Mini Mesh Microfiber 150gsm. Jenis kain yang ringan dan cepat kering selepas di basuh atau basah.

    Anda boleh meletakkan logo syarikat di bahagian dada depan mengikut warna logo syarikat masing-masing.

    Minimum order 50 helai ke atas.

    whatsapp t-shirt company
  • Baju Family Day

    Tempahan Baju Family Day boleh dibuat di KilangCetak.com

    Apa yang anda perlukan untuk membuat tempahan family day?

    Pertamanya, anda pasti memerlukan design baju family day yang hendak dicetak atas t-shirt tersebut. Kami ada menyediakan beberapa pilihan design baju family day yang anda boleh pilih. Tak perlu tercari-cari design, boleh ubah suai daripada contoh yang disediakan.

    Di atas adalah sebahagian design baju family day yang boleh dipilih. Anda juga boleh lihat koleksi yang lain di Telegram kami.

    baju family day

    Keduanya, senarai saiz baju untuk setiap ahli keluarga anda. Di KilangCetak.com, anda boleh campur jenis baju yang terdiri daripada lengan pendek, lengan panjang, muslimah, kanak-kanak dan juga baju berkolar.

    Masa kini, kami akan mencadangkan anda untuk memilih kain jenis microfiber. Jenis kain ini amat sesuai untuk pemakaian aktiviti di luar (outdoor). Bila dipakai tidaklah panas seperti kain cotton. Jenis ini juga sesuai sekiranya program family day anda di tempat yang ada kolam renang mahu pun laut sebab kain microfiber lebih ringan berbanding yang lain.

    Pilihan warna yang paling banyak adalah untuk jenis t-shirt roundneck lengan pendek.

    Pilihan saiz yang pelbagai lebih memudahkan semua ahli keluarga boleh memakai baju family day tanpa kena cari baju yang seakan sama untuk bagi padan (match) dengan lain.

    Saiz kanak-kanak pun ada. Paling kecil adalah saiz 22″, lebih kurang umur anak dalam 9 bulan-12 bulan dah boleh pakai.

    Bagi yang dewasa, tidak perlu risau bagi yang memerlukan extra size, pilihan saiz sehingga 7XL. Untuk dewasa, anda boleh pilih lengan pendek mahupun lengan panjang.

    Setiap tambahan caj adalah mengikut pilihan senarai saiz yang anda berikan kepada kami.

    Anda boleh campur semuanya asalkan design yang hendak dicetak adalah sama.

    Bagaimana untuk anda buat tempahan baju family day?

    Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui aplikasi Whatsapp ke nombor yang tertera di bawah. Encik Hakiki akan membantu menjawab pertanyaan anda berkaitan tempahan ini.

    Tidak kira di mana anda berada, tempahan boleh dibuat dan boleh dipos selepas sudah siap. Kami menggunakan J&T Express untuk menghantara pesanan anda.

    Akhir kata, kami berharap agar anda berbahagia di samping keluarga tercinta. Tempah baju family day untuk memeriahkan lagi suasana.

    Moga kita ketemu, sekian.

  • Makluman Perubahan Harga Bagi Jenama Rightway Mulai 3 Oktober 2022

    Makluman Perubahan Harga Bagi Jenama Rightway bermula 3 Oktober 2022.

    Semua sebut harga yang telah dikeluarkan sebelum ini hendaklah disemak semula dengan harga yang terkini.

    Maaf atas kesulitan. Terima kasih atas sokongan anda.

    Ikuti berita & informasi terkini melalui Telegram kami.

    Sila gunakan link ini untuk ke Telegram kami: https://kilangcetak.my

    Anda juga boleh dapatkan maklumat seperti katalog, design baju & lain-lain lagi.

  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 Tahun 2022

    Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 Tahun 2022

    Salam kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia tidak kira di mana anda berada daripada KilangCetak.com & FatihSports.com