Tag: covid-19

  • Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H (2020)

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

    Pada Ramadhan kali ini, amat berbeza dengan yang sebelumnya. Kita menghadapi cabaran penularan pandemik Covid-19 bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), norma biasa ketika bulan Ramadhan seperti ke Masjid menunaikan solat tarawih tidak dapat dilakukan.

    Kita perlu sama-sama sabar dan redha dalam menghadapi cabaran ini serta berdoa agar penularan virus ini berakhir. In Sya Allah.

    Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri kita semalam (23 April 2020), perintah PKP dilanjutkan lagi.

    PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).

    Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

    “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

    Surah al-Baqarah: 183

    Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

    Teruskan melawat laman web kami, untuk maklumat terkini. Juga ikuti kami di Facebook.

    Jom tengok koleksi katalog kami, jenama OrenSport, Microfiber, Cotton, Honey Comb & Corporate Shirt.

  • Cabaran Covid-19 & Tempahan Cetak Baju Family Day

    Cabaran Covid-19 & Tempahan Cetak Baju Family Day

    Salam sejahtera pelanggan KilangCetak.com,

    Saya En. Hakiki, apa khabar semua? Dalam cabaran Covid-19 ini, saya berharap anda semua dalam keadaan yang sihat di samping keluarga. Ini hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan dan ditulis ketika #dudukdirumah. Ayuh kita cegah Covid-19.

    Dalam keadaan kini, adalah wajar bagi kita untuk berada tenang di rumah dan menjaga kesihatan masing-masing. Kekalkan kesabaran anda. Sama-sama kita berdoa agar dugaan ini dapat diatasi dan segalanya kembali normal.

    Kami di KilangCetak.com, telah menetapkan kedai ditutup sehingga 14 April 2020. Walau bagaimanapun kami masih sedia menerima pertanyaan atau tempahan melalui saluran Whatapps.

    Kemaskini pada 26 Mac 2020

    Cabaran Covid-19

    Perkembangan terkini berkaitan Covid-19 boleh diperolehi daripada sumber yang sahih. Rujuk Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan Wabak Coronavirus COVID-19.

    Tempahan Cetak Baju Family Day

    Seperti yang saya maklum sebentar tadi, kami menerima pertanyaan dan tempahan cetak baju melalui Whatsapp. Pasti baju family day bukan untuk digunakan dalam masa terdekat. Namun tidak salah untuk kita merancang untuk peringkat awal. In Sya Allah bila keadaan sudah kembali normal, kita boleh meneruskan agenda yang dirancang bersama keluarga atau kawan-kawan.

    Cara masih sama macam biasa. Semuanya boleh dilakukan melalui saluran Whatsapp.

    Sudah pasti dalam satu family terdapat pelbagai lapisan umur dan ada yang inginkan lengan panjang serta selainnya. Kami di KilangCetak.com agak biasa dengan permintaan baju family day, maka kami cuma tawarkan hampir kesemua jenis saiz yang diperlukan. Sila rujuk rajah di bawah.

    Andai anda masih ada kemusykilan, jangan risau. Boleh saja Whatsapp kami. In Sya Allah kami akan membantu anda sebaik mungkin.

    Di akhir pos ini, saya mewakili KilangCetak.com ingin menggalakkan anda semua untuk mematuhi ketetapan yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini. Duduk saja di rumah. Juga amalkan langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Sama-sama kita berdoa akan kesihatan yang baik dan kesejahteraan kita bersama.

    Sekian dari kami, KilangCetak.com