• Panduan Menjana Pendapatan Dengan Perniagaan Cetak Baju

    partime-t-shirt

    Panduan Menjana Pendapatan Dengan Perniagaan Cetak Baju

    Kehendak semasa adakalanya menyebabkan gaji atau pendapatan sedia ada tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan diri mahupun keluarga. Ada juga yang mencadangkan membuat 3 kerja bagi menampung perbelanjaan. Kenapa tidak mencuba perniagaan mencetak baju? Tanpa perlu ada kedai/ kilang? Anda hanya buat secara sambilan, ada permintaan lanjutkan kepada KilangCetak.com. Kami yang akan cetak untuk pelanggan anda.

    Berminat? Atau belum lagi?

    Saya ceritakan suatu cerita dongeng. Pada zaman dahulu, Ahmad membuat pos di laman “Muka Buku”, “Aku ada buka tempahan untuk buat baju, siapa mahu, hubungi no.tel aku, XXX-XXXXXXX, Tolong ‘share’ pada kawan-kawan lain ya.”

    Keesokan harinya, ada kawannya menghubungi semula, “Kau ambil tempah buat baju?” Ahmad menjawab, ADA!!!. “Tempat kerja aku nak buat baju hari keluarga”. Ahmad bertanya semula, “Banyak ke?”. Kawannya membalas, 900 helai!!!.

    Jadi saudara/saudari, bayangkan situasi seperti ini terjadi pada anda. 900 helai? Andai kata sekadar ambil RM1.00? Bukankah RM900? Fikirkanlah.

    Apa yang KilangCetak.com boleh tawarkan?

    KilangCetak.com telah mula berkhidmat sejak tahun 2013, sehingga kini 80% daripada pelanggan kami adalah pelanggan yang berhubung melalui medium elektronik seperti Whatsapp/ Email/ Facebook/Instagram. Jumlah pelanggan kami masih belum menjejaki 1% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Anda mempunyai peluang 99% lagi.

    Kami menyediakan khidmat mencetak baju melalui kaedah Silkscreen/ Heat Press/ Embroidery.

    Sehingga tahun ini, kami telah membuat penghantaran ke seluruh negeri yang ada dalam Malaysia. Termasuk juga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Oleh itu, tempahan yang anda buat boleh terus dihantar kepada pelanggan anda.

    Bagaimana untuk anda bermula?

    Caranya cukup mudah.

    1. Emelkan butiran anda:
    —– NAMA:
    —– ALAMAT ANDA:
    —– NO.TELEFON (wajib guna Whatsapp):
    —– NAMA SYARIKAT (jika ada)*
    *sila lampirkan salinan SSM serta gambar ‘business card’ anda (jika ada).

    2. Bayaran RM20.00 sahaja hendaklah dibuat ke akaun bank berikut:

    Nama Bank: CIMB ISLAMIC BANK
    No. Akaun: 8600634166
    Nama Akaun: Asma Textile

    Selepas membuat pembayaran sila hantar sekali butiran No.1 dan lampirkan salinan slip bank.

    Hantar emel ke asmatextilesb@gmail.com

    Kelebihan yang bakal dinikmati:

    1. Kiraan harga baju yang lebih menarik.

    2. Tiada caj design.

    3. Diskaun pada musim-musim tertentu.

    4. Penghantaran ke alamat lain selain alamat berdaftar. (Konsep Dropship)

    5. Akan menerima e-katalog Gildan/Sarra/Crossrunner/North Harbour/Tultex, Rightway dan Oren Sport.

    Apa tunggu lagi? Daftar SEKARANG!!!

    partime-t-shirt

  • Selamat Tahun Baru 2016 – Cetak Baju Diteruskan

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah memasuki Tahun 2016 dan mengakhiri tahun 2015. Mudah-mudahan tahun 2015 berlalu dengan penuh makna untuk kita semua.

    Tahun 2016.

    KilangCetak.com akan terus mencetak baju dan kami amat bersemangat untuk mencetak design baju yang anda inginkan.

    Berikut adalah koleksi gambar-gambar baju yang dicetak di penghujung tahun 2015.

    cetak baju 2016 (1) cetak baju 2016 (2) kcar compact uitm pahang cetak baju 2016 (5) go pro family day fest

  • Cara Mudah Untuk Buat Design Baju

    Assalamualaikum & hai gaiss.

    Kami kemaskini untuk cara mudah untuk buat design baju, terutamanya untuk buat design baju family day. Masih menggunakan link yang sama, cuma video baru bawah ni, menggunakan PHONE korang.

    Selamat Mencuba gaiss…

    Jangan risau jika anda tidak tahu menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator, Photoshop dan sebagainya. Kami perkenalkan Customink.com, kini anda boleh cuba design baju secara online. Ikuti paparan di bawah untuk rujukan anda.

    customink.com
    panduan-buat-design-2
    panduan-buat-design-3
    panduan-buat-design-4
    panduan-buat-design-5
    panduan-buat-design-6
    panduan-buat-design-7
    panduan-buat-design-8
    (more…)
  • Kedai Cetak Baju Untuk Semua

    cari-cetak-baju cetak-baju-a4-a3

    Amat sesuai untuk tempahan Cetak Baju sempena program yang anda anjurkan seperti
    Hari Keluarga, Konvoi, Baju Rewang Kahwin, Baju Krew Event dan Macam-macam. (*minimum 20 helai)

    cetak baju sehelai

    Kedai Cetak Baju Untuk Semua

    Kami tahu, anda tentu suka kalau kerja mencetak Baju menjadi mudah macam ni:

    Anda TAK PERLU keluar rumah untuk mencari kedai Cetak Baju.

    Anda TAK PERLU berbelanja besar untuk Cetak Baju untuk dipakai semasa program yang anda rancang tidak kira secara kecil-kecilan atau kumpulan besar.

    Anda TAK PERLU mengusung plastik besar yang mengandungi Baju yang ditempah.

    Anda TAK PERLU pening kepala dan bazir minyak untuk menghantar kepada penerima Baju tersebut.

    Anda TAK PERLU risau kalau tak reti buat design guna perisian komputer, lukis atas kertas pun dah cukup, TIADA CAJ DESIGN.

    KAMI BOLEH BANTU ANDA CETAK BAJU PADA HARGA YANG MURAH

    gambar kedai

    Sebelum itu, biarkan kami perkenalkan siapa kami. KilangCetak.com diasaskan oleh Md.Khakiki.

    Didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bawah nama perniagaan ASMA TEXTILE.KilangCetak.com merupakan sebuah Kedai Cetak Baju Online sejak Januari 2013. Bermula secara kecil-kecilan di rumah, kini kami mempunyai premis kedai terletak di Station 18, Ipoh PERAK.

    Sejak dari itu, kami telah mencetak beribu helai baju dan telah dihantar ke seluruh negeri.

    cetak baju apple run baju applerun

    Jika anda jauh daripada kedai kami di Ipoh, Perak, kami sedia membantu dalam pengurusan penghantaran ke pintu rumah anda dengan rakan perkhidmatan penghantaran kami ke rumah/pejabat anda.

    Rakan Perkhidmatan Penghantaran:
    penghantaran
    Penghantaran terus ke rumah
    Dengan khidmat kurier terbaik, kami berusaha memastikan penghantaran terus di hadapan pintu rumah anda. Sekiranya anda tiada di rumah, pihak kurier akan memaklumkan kepada anda untuk menyerahkan tempahan Baju kepada anda.

    pelanggan

    Dimiliki Oleh:
    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    22 Medan Stesen 19/4
    Station 18
    31650 Ipoh
    Perak
    +60 5-321 5848 / 012-6596001

  • No Minimum OrderLAH Cetak Baju

    promo

    No Minimum OrderLAH Cetak Baju

    Pelanggan yang dihormati.

    Sukacita kami ingin memaklumkan “No Minimum OrderLAH*” Cetak Baju hanya di KilangCetak.com

    Anda boleh buat baju walaupun sehelai. Terjumpa gambar yang berkenan di hati, rasa nak cetak atas baju. Tak jumpa tempat yang buat sehelai, SINI TEMPATNYA.

    Harga cetak baju satu (1) helai dari RM18.00 sahaja.

    Spesifikasi baju yang digunakan adalah jenama Foursquare 100% Cotton 160gsm Roundneck. (jenama pilihan orang ramai). Pelbagai variasi warna. Warna asas adalah HITAM.

    Rasa macam nak guna baju jenama lain, boleh, pilih GILDAN atau ORENSPORT.

    Besar mana gambar yang diperlukan? Okay untuk yang full color, size gambar hendaklah lebih dari 1000 pixel x 1000+ pixel. Ini untuk memastikan gambar tidak pecah.

    Besar mana gambar pada baju? Gambar anda akan dicetak saiz maksimum 26cm X 20cm (landscape/potrait). Untuk 1 color sahaja lebar maksimum 28.5cm.

    Apa pun untuk tetapkan harga, anda perlu Whatsapp kami, 012 659 6001.

    Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.

    no minimum orderLAH
    Pelanggan meminta untuk sertakan bendera Malaysia & Jepun pada design baju I AM.

    Berminat untuk datang kedai kami? Jemput datang. Alamatnya 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Menghadap Tesco Station 18, sebelah kedai bekalan Bakeri SBH. Boleh tengok sampel baju yang ada disediakan.

    Jangan lepaskan peluang ini. Buat baju sempena hari raya, balik kampung raya tahun ni pakai baju I AM senang saudara mara nak kenal nama.

    Bulan Ramadhan ni, KilangCetak.com mengucapkan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Juga Salam Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Maaf zahir dan batin.