• Station 18 – KilangCetak.com kini di 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh Perak.

    Station 18 – KilangCetak.com kini Berpindah

    station 18

    Sukacita kami ingin maklumkan bahawa KilangCetak.com telah berpindah ke kedai baru. Betul-betul menghadap Tesco Station 18, Ipoh.

    Kini anda boleh melihat sampel baju yang sesuai untuk dipilih dan cetak baju ikut design yang anda inginkan.

    kedai baru

    Butiran seperti berikut:

    • ASMA TEXTILE (002224436-w)
    • 22 MEDAN STESEN 19/6, STATION 18, 31650 IPOH, PERAK.
    • KOORDINAT 4.544588, 101.067139
    • WAKTU OPERASI ISNIN – KHAMIS (10AM – 6PM)
    • WAKTU OPERASI JUMAAT (10AM – 6PM) (REHAT 12.30 – 3.00PM)
    • WAKTU OPERASI SABTU (10AM-2PM)

    Sekarang juga telah keluar koleksi baru daripada OrenSport. Koleksi terbaru merangkumi baju jenis Quick Dry (Microfiber), Honey Comb (Polo), Cotton Interlock, Single Jersey dan paling menarik kini ada pilihan baru untuk t-shirt Muslimah. Tekan menu OrenSport di atas untuk melihat lebih banyak koleksi baru.

    oren sport SK02

    Penjelasan cara-cara untuk membuat tempahan cetak baju:

    • Pelanggan Walk-In

    Sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami, jemput hadir untuk melihat sampel baju yang disediakan. Boleh terus bincang tentang nak jenis baju yang macam mana, bincang harga malah deal  terus.

    • Pelanggan Online/Whatsapp

    Mungkin anda jauh, ada yang dari Sarawak, ada yang Sabah, ada yang Johor, ada juga yang dari Perlis. Untuk pengetahuan anda, kami telah menghantar tempahan cetak baju ke semua negeri dalam Malaysia. Macam mana? Hantar dengan courier. Caj penghantaran dijamin tak mahal.

    Okay, jauhkan? Anda boleh hantar whatsapp  kepada kami, save nombor telefon ni, 0126596001. Kemudian mula mesej kami di Whatsapp. Apa butiran penting  yang perlu anda hantar kepada kami?

    1. Nama anda? Dari mana (boleh kami tentukan kadar penghantaran)
    2. Attach design anda. Kalau ada gambar rupa baju yang anda nak buat hantarkan. Tak ada? boleh lakar atas kertas, lukis asalkan kami boleh tahu anda nak baju tu macam mana. **jangan main attach je gambar banyak-banyak, jelaskan sikit anda nak macam mana.
    3. Beritahu kami kuantiti, berapa helai anda nak buat baju tersebut? Kalau banyak contoh lebih 100 lain harganya, kurang daripada 20 helai lagi lain harganya.

    Tiga butiran di atas amat penting untuk kami tentukan harga baju yang anda hendak buat.

    Adakalanya pelanggan menyatakan yang design  belum dimuktamadkan, nak tahu anggaran. Memang sukar bagi kami untuk berikan harga. Dah muktamad ke tidak design anda, hantar je dulu. Kami berikan anggaran. Kalau ada perubahan ketara harga boleh di adjust.

    Anda nak harga anggaran? kena juga berikan design.

    Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.

    Okay begitulah penjelasan tentang nak buat tempahan cetak baju di KilangCetak.com. Sebelum ini mungkin anda ada menghantar whatsapp kepada kami dan tidak dapat reply kepada kami. Kami mohon maaf, adakalanya disebabkan kesibukan di sini. Pasti akan ada yang terlepas. Kami cuba balas semua whatsapp  yang sampai kepada kami.

    promo

    Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Moga lebih banyak baju anda cetak di sini.

  • Cetak Baju Super May RM50 OFF Promotion

    cetak baju promo

    Cetak Baju Super May RM50 OFF Promotion

    Sukacita kami memaklumkan sepanjang bulan Mei 2015 ini, promosi diskaun RM50 diaktifkan untuk tempahan baju 50 helai dan ke atas.

    Anda kini dapat berjimat RM50 daripada tempahan anda. Harga baju dan cetakan adalah kiraan yang sama. Tiada kenaikan harga. Bukan diskaun saja-saja lepas naikkan harga. Memang betul-betul diskaun.

    Kenapa tiba-tiba ada promosi ni? Kami ingin memberi penghargaan kepada semua pelanggan yang selama ini memilih KilangCetak.com sebagai kilang cetak baju mereka.

    Bulan Mei, pelbagai hari keraian yang bakal disambut seperti Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir, Hari Jururawat dan macam-macam hari lagi. Apalah kiranya dengan tempahan baju anda dapat memeriahkan suasana tersebut.

    Terdahulu, bulan April, bulan yang agak padat untuk kami. Bukan saja perihal mencetak baju saja. Perihal luar pun membuatkan kami sedikit ‘kelam kabut’ tapi Alhamdulillah segalanya lancar. Jom kita lihat apa yang dicetak bulan lepas.

    cetak baju apple run

    Sampai ke malam kami mengerjakan baju ni. Baju warna apple green, warna cetakan di bahagian hadapan ada 4 warna dalam saiz A3. Manakala belakang saiz A4 dengan tulisan PTPL Shah Alam.

    Antara 350 orang yang memakai baju Apple Run 2015
    Antara 350 orang yang memakai baju Apple Run 2015

    Aktiviti mencetak diteruskan lagi dengan pelbagai bentuk design baju yang diminta oleh pelanggan.

    Selain dari perihal design, pemilihan jenis baju juga berlainan bagi setiap tempahan baju. Ada yang memilih option biasa iaitu baju Foursquare. Ada bajet, nak lagi sedap mereka pilih Gildan. Lain daripada tu, mereka pilih Enzo, tak pun Oren Sport.

    Semua pilihan adalah di tangan anda.

    t-shirt akb48
    T-Shirt AKB48 Fan

    Baju di atas ni guna baju Oren Sport CT01 warna Royal Blue. Baju bawah ni, guna Gildan Premium 76000 warna Heliconia. Print warna light apple green depan dan belakang.

    t-shirt taska
    T-Shirt Taska Permata Kemas Kuarters Penjara

    Sekarang heatpress pun kami buat. Macam baju bawah ni, guna baju brand ENZO, patern baju raglan, warna base kuning, lengan warna hitam. Ala-ala warna Perak gitu.

    cetak baju badminton
    T-Shirt Champion Rakan Sukan sempena Perlawanan Liga Rakan Sukan di Gelanggang Badminton Pasar Bina, Station 18

    Gambar akhir yang sempat dikongsi baju Alor Staq, guna baju brand Gildan juga. Ada lagi satu design yang guna baju Gildan warna hitam, tapi tiada gambar di sini.

    baju alor staq
    T-Shirt Alor Staq

    Berbalik kepada promosi yang sedang KilangCetak.com jalankan. Super May RM50 OFF.

    Tempah baju sekurang-kurangnya 50 helai, layak untuk dapat diskaun tersebut. Apa yang kena anda lakukan?

    1. Print post/entry ni dengan printer anda. Tak perlu cetak berwarna. HITAM saja pun boleh.

    2. Dah print, ambil gambar & attach pada Whatsapp ketika bersembang dengan kami.

    Bila kami dapat gambar daripada anda. Anda bakal menikmati diskaun RM50 tersebut. MUDAH sahaja.

    Promosi ni tak terhad pada satu tempahan sahaja. Kalau dalam bulan ni anda order lagi sekali design yang lain, masih layak dapat diskaun ni.

    cetak baju promo
    Print web ini, dan SNAP gambar.

    Pos ini adalah dikeluarkan pada 4 Mei 2015.

    Talian sama untuk menghubungi kami di Whatsapp, 012 659 6001.

    Kalau dekat, moh ler datang kedai kami. Kot nak tengok baju yang ada. Set appoinment dengan kami.

    ASMA TEXTILE (002224436-W)
    3A, Medan Stesen 19/6, Station 18, 31650 Ipoh, Perak.
    Tel: 05 321 5848
    Whatsapp: 012 659 6001
    Emel: kilangcetak@gmail.com

  • T-Shirt I AM Kini Kembali, We’re BACK I AM T-Shirt

    Were-BackSENARAI HARGA BAJU/ T-SHIRT I AM

    T-SHIRT I AM
    SENARAI HARGA BAJU I AM 2015

    Cetak Baju I AM ada disediakan di KilangCetak.com

    Warna pilihan baju foursquare, TEKAN SINI

    Kami menawarkan khidmat mencetak baju I AM.

    baju i am

    Tulisan NAMA anda boleh pilih font ikut citarasa anda. Bagi tahu nama FONT yang anda inginkan.

    format i am
    KOTAK I AM KAMI ADALAH SEPERTI DI ATAS.

    Tiada tarikh tutup untuk baju I AM. Tempahan dibuka sepanjang hari.

    Berapa lama proses? Lazimnya proses mengambil masa 1-2 minggu namum bergantung kepada giliran ‘production’.

    Kami akan cuba mempercepatkan semua tempahan yang ada.

    Kembali kepada baju I AM. Berapa harga kalau nak buat?

    Amnya kami menetapkan minimum kuantiti tempahan adalah 5 helai.

    Bagi pilihan saiz pula lebih banyak. Kini ada dari UMUR 5/6 TAHUN ke XXXL. *BERGANTUNG PADA STOK

    Ada 3 varian utama untuk Baju I AM, lengan pendek dewasa, lengan pendek kanak-kanak dan lengan panjang. Anda juga boleh pilih baju jenama lain seperti OrenSport, Enzo & Rightway

    Anda boleh memilih jenis baju serta warna yang disediakan.

    Kami menggalakkan anda untuk menyediakan senarai yang mengandungi NAMA, JENIS BAJU, WARNA BAJU dan SAIZ untuk semakan stok baju.

    Penghantaran macam mana? Ok, caj penghantaran adalah sama seperti khidmat cetak baju design sendiri, tiada caj tambahan untuk penghantaran kecuali anda hendak kami pos ke Sabah/Sarawak.

    Bagaimana dengan bayaran? Bayaran boleh terus dibuat ke akaun bank kami atas nama ASMA TEXTILE, CIMB Bank. (sila dapatkan nombor akaun bank selepas anda memberikan butiran tempahan)

    Jom tempah baju I AM

    Baju I AM ni jenis baju personalised (setiap satu lain-lain). Kini kami juga buat baju dengan NAMA dan NOMBOR.

    jersey nama nombor

    Untuk baju jersey, boleh pilih kain jenis Microfiber. Anda boleh pilih baju jenama seperti OrenSport, Enzo & Rightway

    Teruskan mencetak baju dengan KilangCetak.com

  • Follow Kami di Instagram @kilangcetak BANYAK GAMBAR DI SANA

    Follow Kami di Instagram @kilangcetak BANYAK GAMBAR DI SANA
    Follow Kami di Instagram @kilangcetak BANYAK GAMBAR DI SANA

    Follow Kami di Instagram @kilangcetak BANYAK GAMBAR DI SANA

    Kami selalu update gambar di Instagram sejak beberapa ketika kerana tak sempat untuk update blog KilangCetak.com

    Jadi mulalah follow kami di sana. TRY TENGOK

    April 2015 bermulanya pelaksanaan GST di Malaysia. Kami di KilangCetak.com turut mula merasai tanggungan GST ke atas bahan mentah seperti baju, dakwat, blok dan perbelanjaan lain.

    TAPI, walaupun KOS NAIK. Kami TETAP dengan harga SAMA. Promo 2015.

    cetak baju murah
    **HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH UNTUK CETAKAN 1 WARNA SAIZ A4. DESIGN BAJU YANG MENPUNYAI WARNA YANG LEBIH AKAN DIKENAKAN CAJ WARNA TAMBAHAN MENGIKUT KUANTITI

    Untuk bab harga sekarang, kebiasaannya harga kami berkadar rata (flat rate) kuantiti 20 hingga 99 helai. TAPI sekarang harga akan ikut kuantiti anda.

    CONTOH, cetak baju 20 helai harga sehelai RM9.00, bagaimana jika buat 90 helai? sebelum ini, harga RM9.00 juga. SEKARANG sehelai boleh jadi RM8.70. Anda jimat 30sen.

    Macam mana nak mudahkan urusan?

    1. Whatsapp GAMBAR/DESIGN anda ke 012 659 6001 *****PENTING****walaupun anda CALL sekalipun kami akan minta design juga.

    2. Nyatakan kuantiti anda. (WAJIB). Jika tidak kami akan kira ikut harga 20 helai baju.

    Anda pelanggan luar kawasan? (jauh dari kedai kami)

    Usah risau, caj penghantaran hanya RM20.00 tak kisah berapa helai anda tempah. INI CAJ PENGHANTARAN DALAM SEMENANJUNG MALAYSIA.

    SABAH/ SARAWAK/ LABUAN? Boleh guna PosLaju YA…

    Tak nak tempah baju yang murah? Nak brand yang mahal sikit?

    Kami ada GILDAN

    Kami ada ORENSPORT

    Kami ada ENZO

    Kami ada RIGHTWAY

    Tekan saja kat tulisan bold di atas. Pastinya harga lain ya. ORANG KATA kalau buat guna BRAND GILDAN di KilangCetak lebih murah, TRY LAH!!!

    cetak baju
    T-Shirt Batch Pelajar Matrikulasi Selangor & T-Shirt Read Quran by Assalam Design
    cetak t-shirt
    T-Shirt Youth BN Parlimen Gopeng sempena Job Fair | T-Shirt Rawos Brotherhood | T-Shirt Majjah Family | T-Shirt Bos Gaurus | T-Shirt Prodigy Cycle | T-Shirt Rewang

    Jom kita mencetak baju. Sambil-sambil tu, follow kami di Instagram. Cari @kilangcetak

    Hubungi kami di talian berikut. ***KALAU KAMI TAK TERBALAS, KAMI LAMBAT BALAS minta MAAF. Kadang-kadang tu terlepas. 10 hingga 20 orang Whatsapp sehari kemungkinan untuk terlepas balas memang ada.

    telefon cetak baju
    TALIAN UTAMA: Whatsapp
  • Teruskan Cetak T-Shirt Biarpun GST Bermula

    Salam sejahtera dari KilangCetak.com buat pelanggan yang dihormati.

    Teruskan Cetak T-Shirt Biarpun GST Bermula

    Terima kasih atas sokongan anda. Teruskan menempah baju/t-shirt dengan kami. Bulan Mac tahun ini, jadual kami agak padat sehingga menyebabkan tak sempat untuk buat post baru di sini. Ada yang tempah baju family day, baju kelas, baju universiti, baju brand sendiri, baju jet pejuang dan macam-macam baju. Macam-macam ADA.

    Baju yang kami cetak ada yang telah sampai ke merata Malaysia, antaranya Sabah, Sarawak, Johor, Perlis, Selangor dan terutama Perak.

    Okay, lagi beberapa hari sahaja GST akan dikuatkuasa, iaitu bermula 1 April 2015. Ura-ura kenaikan harga beberapa barangan akan mula dirasai. Walau bagaimanapun, kami akan cuba mengekalkan harga sedia ada. JANGAN RISAU. Juga hendak dimaklumkan, kami masih belum boleh mengenakan GST, YA.

    cetak-baju-priceMar2015

    Ada beberapa pelanggan yang Whatsapp kami menghadapi dilema untuk buat design. Kami akan cuba membantu namun anda perlu bersabar.

    ~~TEKAN SINI UNTUK BELAJAR CARA DESIGN ~~

    Bila sudah ada design baru mudah untuk kami berikan harga.

    Tips Kira Harga Baju:

    Berikan Design Anda. Berikan KUANTITI (berapa helai nak buat?)

    Setiap jenis baju adalah berbeza harganya. Harga yang nyatakan di atas adalah untuk baju/t-shirt kolar bulat (roundneck) 100% cotton 160gsm jenama Foursquare/QMex/Alam Fashion bergantung pada stok. Ini sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet rendah. Serendah RM8*/helai.

    ~~TEKAN SINI UNTUK TENGOK WARNA & SAIZ BAJU FOURSQUARE~~

    Kami juga ada baju saiz kanak-kanak jenis kain yang sama. HARGA PUN SAMA.

    Nak lengan panjang? Ada juga; BLACK, RED, WHITE, YELLO, GREY MELANGE, DARK MELANGE, APPLE GREEN, NAVY, PURPLE & TURQOISE. Tambahan RM5/helai dari harga lengan pendek tadi.

    Kalau ada bajet lebih, nak guna GILDAN kita cerita lain. BRAND dari USA.

    Macam mana kalau anda jauh daripada kedai? Lagi-lagi kalau kat seberang laut sana. Usah gusar. Pelanggan yang berapa di Semenanjung Malaysia dapat FLAT RATE, RM20 sahaja. Tak perlu bayar tol RM22.20 dari Tol Guthrie ke Tol Simpang Pulai. Tu baru TOL pergi sahaja. Belum kira petrol dan kos nak balik semula.

    Contoh harga baju dengan kos penghantaran:

    Baju & Printing = RM9.00
    Kuantiti = 20 helai
    (+) kos penghantaran RM20

    RM9.00 x 20helai = RM180.00+RM20 = RM200.00/ 20 helai = RM10.00/helai sahaja

    Contoh harga baju dengan kos penghantaran (VERSI KUANTITI BANYAK):

    Baju & Printing = RM8.00
    Kuantiti = 100 helai
    (+) kos penghantaran RM20

    RM8.00 x 100helai = RM800.00+RM20 = RM820.00/ 100 helai = RM8.20/helai sahaja

    Okay sangat la tu kan. BERBALOI-BALOI. Baru baca sampai sini dah minat nak tempah baju? Tengok bawah ni.

    telefon cetak baju

    Whatsapp terus design anda untuk dipertimbangkan. KUANTITI jangan lupa.

    t-shirt media carnival UTPCorak yang simple dibuat untuk Media Carnival 2015 di Universiti Teknologi Petronas. Guna t-shirt Foursquare Lengan Pendek dengan printing saiz A3 satu (1) warna Baju Gelap.

    t-shirt aircrew

    Pada asalnya kami hanya terima fail JPEG dengan resolusi amat rendah. Mujurlah kami tahu itu pesawat apa. Anda tahu? ITU adalah pesawat Sukhoi macam yang Malaysia ada tu.

    t-shirt PPIM Kluang

    Satu lagi design yang kami kena lukis semula. Rasanya ini baju untuk program PPIM di Johor.

    Ada beberapa gambar yang tidak dapat dipaparkan di sini. Kami rajin muat naik dalam Instagram, cari @kilangcetak

    Tips Design Baju/ T-Shirt

    Jika anda menggunakan FONT, dapatkan nama FONT tersebut.

    Cara-cara untuk tempah baju, paling utama ada design & kuantiti.

    1. Whatsapp 012 659 6001 atau Emel kilangcetak@gmail.com

    2. Kalau urgent boleh call tapi pada waktu operasi 10 pagi – 6 petang sahaja. Waktu lain kami nak berehat, OK. Lepas call masih kena buat langkah 1.

    Cetak t-shirt di sini.