• Orensport dah keluar baju Microfiber BARU…jom tengok

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Selamat datang sekali lagi ke www.KilangCetak.com. Saya nak memaklumkan kepada anda bahawa OrenSport telah mengeluarkan katalog baru (Vol.16) dan antara yang terbaharu adalah baju jenis kain jersi/microfiber.

    orensport_vol.16-page-001

    Okay, jom kita lihat apa yang terbaharu kali ni. Mana lah tahu korang dah boring dengan design lama, apa kata cuba design baru.

    Pertamanya,

    orensport_vol.16-page-012 orensport_vol.16-page-013

    sedikit info ingin saya kongsikan kepada anda tentang baju KOD QD48 & QD49. ada 2 varian iaitu lengan pendek dan lengan panjang. paten ni ala2 design raglan gitu. jenis kain? dekat katalog tulis: 100% cationic polyester interlock. apa tu? cationic

    ada effect gitu pada baju ni. berminat? boleh cuba

    seterusnya, QD46, jenis kain 100% polyester interlock. terdapat 5 jenis warna yang korang boleh pilih.

    orensport_vol.16-page-015

    orang tanya, bang baju kolar baru takda ke? tahun ni sama macam sebelum2 ni, ada paten baru. tengok bawah ni:

    orensport_vol.16-page-024 orensport_vol.16-page-025

    kod baju QD47, jenis kain juga 100% polyester cotton. nampaknya Orensport dah mula kreatif sikit. sejajar dengan teknologi sublimation sekarang.

    jadi, di atas adalah baju-baju baru keluaran Orensport pada tahun ni. korang boleh cuba.

    korang mungkin nak tanya, harga berapa bang? okay, harga dia adalah…. (tak sesuai saya letak di sini)..

    JIKA NAK SENARAI HARGA MEMBER, emelkan butiran korang ke kilangcetak@gmail.com

    1. TAJUK EMEL: SAYA NAK JADI MEMBER BOLEH?
    2. nama korang
    3. alamat surat menyurat/ pos
    4. no.telefon yang ada Whatsapp
    5. nama syarikat & no pendaftaran (jika ada)
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
    Ikuti Instagram KilangCetak untuk melihat tempahan terdahulu.
  • Salam Ramadhan Al-Mubarak 1438H

    #salamramadhan

    Kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada.

    Bulan Ramadhan kali ini, premis kami akan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

    Ikuti promosi berterusan kami di instagram.com/kilangcetak

  • Cetak Baju & Penghantaran PERCUMA

    Cetak Baju & Penghantaran PERCUMA dalam Semenanjung Malaysia

    Selamat datang kepada pengunjung KilangCetak.com,

    Ya… Cetak Baju anda di sini dan penghantaran PERCUMA dalam Semenanjung Malaysia. Tak kira di mana anda berada, dengan menggunakan GD Express, memudahkan tempahan baju anda terus sampai tanpa caj tambahan.

    Sejak bermulanya operasi KilangCetak.com dari Ipoh, hasil kerja kami telah dihantar ke semua negeri yang ada dalam Semenanjung Malaysia (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan malah untuk pelanggan dari Perak sendiri).

    Untuk pelanggan dari Sabah, Sarawak mahupun Labuan, penghantaran menggunakan POSLAJU disediakan. KENAPA POSLAJU? Sebab banyak cawangannya di sana, memudahkan barang sampai lebih cepat.

    Itu berkaitan penghantaran. BAGAIMANA UNTUK BUAT TEMPAHAN? Hantar Whatsapp ke 0126596001

    info cetak baju

    Kami sarankan anda berikan butiran yang jelas supaya mudah untuk kami berikan harga yang terbaik. Elakkan daripada menggunakan ayat klise seperti “design biasa sahaja”, lebih memudahkan dengan memberikan lakaran. Adakalanya kami tak menang tangan untuk membalas mesej-mesej yang masuk. Oleh itu, butiran yang lengkap amat membantu.

    Terima kasih kerana mengunjungi kami. Untuk paparan hasil kerja terkini kami, kunjungi www.instagram.com/kilangcetak

  • Selamat Hari Raya Aidilifitri

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dari KilangCetak.com

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiltri buat muslimin & muslimat khususnya pelanggan yang sehingga kini memilih kami untuk mencetak baju.

    Alhamdulillah kita telah menjalani ibadah di bulan Ramadhan, mudah-mudahan segala amal yang dilaksanakan diterima Ilahi, in Sya Allah.

    Macam tahun-tahun sebelum ni, akan berlaku peningkatan tempahan mencetak baju, bulan lepas semua banyak tempah baju raya. Saya sarankan untuk membuat tempahan cetak baju seawal yang boleh. Takut tak sempat nak kejar ‘dateline’.

    Pendekkan cerita, tempah baju SEKARANG.

    Cara untuk buat tempahan menggunakan Whatsapp:

    Whatsapp design & kuantiti ke 012-6596001.

    Cara untuk buat tempahan menggunakan emel:

    Emelkan design & kuantiti ke kilangcetak@gmail.com

    Jom kita lihat pilihan baju yang mungkin anda berminat. Ada lengan pendek, lengan 3/4 dan muslimah.raglan orensport

    Minimum order 5 helai. Bolehlah tempah untuk satu keluarga.

    Rasa nak cuba buat design sendiri? Saya ada sediakan panduan ringkas menggunakan Customink. Kalau boleh guna Adobe Illustrator lagi bagus.

    Ada kemusykilan? Terus whatsapp kami di 012-6596001. *mesej masa operasi ya, kalau malam takut tak terbalas.

    Akhir kata dari saya, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Teruskan membuat tempahan cetak baju di KilangCetak.com

    Terima kasih.

    Dari Md.Khakiki (kilangcetak@gmail.com)

  • Salam Ramadhan Al Mubarak dari KilangCetak.com

    banner-bulan-ramadhan2

    Salam Ramadhan Al-Mubarak dari KilangCetak.com

    Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

    Sempena bulan Ramadhan ini, waktu operasi kami akan berubah sedikit bagi memberi ruang kepada staf untuk pulang berbuka bersama keluarga dan beribadat di malam hari.

    Waktu operasi bulan Ramadhan:
    ISNIN – JUMAAT
    9.00 pg – 5.30ptg

    Rehat 1.30-2.00ptg (Isnin-Khamis) | Jumaat 12.15-2.30ptg

    TARIKH AKHIR TEMPAHAN : 24 JUN 2016
    TARIKH KEDAI TUTUP: 2-10 JULAI 2016

    Katalog Baru Dah Keluar!!!!JOM JADI MEMBER

    Megahtex Buyer s Guide 2016-2017 (Low Resolution) (2)-page-001orensport_vol.15-page-001




    Banyak juga paten baru dimasukkan dalam edisi tahun ini. Anda juga boleh lihatnya di sini:

    Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.

    Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.