UCAPAN SEMBAH TAAT SETIA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN TAHUN 2020 DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH
Dengan penuh rasa syukur, patik merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Rakyat sekalian berdoa agar Tuanku akan terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Saya nak buat baju tapi belum ada design lagi, macam mana ya??
Soalan Lazim daripada Pelanggan yang nak buat baju family day.
Family Day adalah acara istimewa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga. Salah satu elemen penting yang menjadikan hari tersebut lebih meriah ialah baju khas yang dipakai oleh semua ahli keluarga. Namun, sebelum anda menempah t-shirt Family Day, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan – terutamanya bahan dan jenis cetakan. Artikel ini akan membantu anda memilih antara tiga jenis t-shirt yang paling popular: Microfiber, Cotton, dan Polo.
T-Shirt Microfiber: Keselesaan di Bawah Cuaca Panas Jika Family Day anda dirancang untuk diadakan di luar rumah atau tempat yang beriklim panas, t-shirt microfiber mungkin pilihan terbaik. Microfiber terkenal dengan sifatnya yang ringan, cepat kering, dan mempunyai penyerapan peluh yang baik. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal seperti sukaneka atau permainan luar.
Siapa yang sesuai memakai Microfiber? Jika Family Day anda melibatkan aktiviti fizikal seperti bersukan, berkelah di pantai, atau berkhemah, microfiber adalah pilihan yang tepat kerana ia mengekalkan keselesaan dalam keadaan berpeluh.
Berikut adalah antara design family day yang anda boleh pilih sekiranya belum ada design lagi.
Nak lihat lebih banyak lagi Koleksi Design Family Day?
Daripada design ini anda boleh ubahsuai, dengan memasukkan nama family, tempat, tarikh/tahun dan sebagainya.
Dengan cara itu, proses lebih mudah.
Jadi, apa yang anda tunggu? Buat keputusan yang bijak dan tempah t-shirt Family Day anda di KilangCetak.com hari ini! Kami menawarkan pelbagai pilihan design dan cetakan untuk memenuhi keperluan anda – sama ada DTF, embroidery, atau full sublimation. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau tempahan custom!
Bagaimana Cara Membuat Tempahan?
Membuat tempahan di KilangCetak.com sangat mudah. Anda hanya perlu:
Penghantaran ke seluruh Malaysia disediakan melalui J&T Courier yang cepat dan efisien, memastikan tempahan anda sampai tepat pada masanya.
Pilih jenis baju dan kuantiti
Hantar rekaan anda melalui WhatsApp di 011-50700007
Kami di KilangCetak.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak 1441H buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.
Pada Ramadhan kali ini, amat berbeza dengan yang sebelumnya. Kita menghadapi cabaran penularan pandemik Covid-19 bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), norma biasa ketika bulan Ramadhan seperti ke Masjid menunaikan solat tarawih tidak dapat dilakukan.
Kita perlu sama-sama sabar dan redha dalam menghadapi cabaran ini serta berdoa agar penularan virus ini berakhir. In Sya Allah.
Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri kita semalam (23 April 2020), perintah PKP dilanjutkan lagi.
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).
Akhir kata, semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”.
Surah al-Baqarah: 183
Semoga kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Teruskan melawat laman web kami, untuk maklumat terkini. Juga ikuti kami di Facebook.