Tag: cetak baju

  • Salam Ramadan 1446 | 2025

    Selamat Menunaikan Puasa dan Ibadat sepanjang bulan Ramadan 1446 tahun ini.

    Tempahan t-shirt dibuka seperti biasa sepanjang bulan ini. Akan datang Koleksi T-Shirt Baju Korban Hari Aidiladha akan dikeluarkan untuk persiapan ibadah korban pada tahun ini.

    Teruskan ikuti kami di KilangCetak.com

  • Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung KilangCetak.com

    Baju Korban 2024 T-Shirt Design Qurban 1445H

    Berikut adalah design terkini daripada KilangCetak.com untuk tahun ini.

    Umat Islam di Malaysia dengan izin-Nya akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada 10 Zulhijjah 1445 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam.

    Pengisytiharan 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

    Nak buat baju korban 2024 untuk masjid, surau ataupun keluarga?

    Pasti dengan adanya baju korban dapat memeriahkan lagi suasana buat AJK mahupun peserta Korban yang turut serta pada tahun ini. Program korban di masjid atau di surau memiliki beberapa kelebihan.

    Pertama, program ini meningkatkan kebersamaan umat Muslim, memperkuat ikatan sosial dan persaudaraan. Kedua, program ini berfungsi membantu umat Muslim beramal dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Selain itu, program korban di masjid juga memberikan pendidikan nilai-nilai keagamaan, meningkatkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kesedaran tentang penyembelihan halal, memperkuat identiti keagamaan, dan meningkatkan hubungan dalam komuniti.

    Alhamdulillah, program seumpama program korban tahun ini pasti mendapat sambutan meriah serta membolehkan orang ramai turut melihat ibadah ini dilaksanakan.

    Wajarlah program seperti ini dimeriahkan lagi dengan adanya baju korban.

    Macam mana nak order?

    Untuk peringkat awal, anda perlukan design, nak rupa mana baju korban tersebut. Sejak tahun lepas, kami cuba untuk keluarkan design baru untuk anda pilih. Lainlah sikit daripada orang lain kan, atau taklah asyik design tu saja.

    Boleh campur Roundneck Lengan Pendek, Lengan Panjang, Baju Kanak-kanak pun ada. Baju Muslimah kini sudah ada 14 warna yang boleh dipilih. AJK Lelaki nak baju berkolar pun boleh!

    Selanjutnya, perlu dikumpulkan saiz-saiz baju yang hendak dibuat. Peserta lelaki pasti dengan lengan pendek, manakala yang wanita, pasti inginkan lengan panjang.

    Anda tak perlu risau kalau ada yang memerlukan baju yang extra size, kami ada sediakan saiz hingga 7XL. In Sya Allah, semua boleh seragam.

    Ingin cuba jenis baju yang lebih ceria? jom buat jersi korban.

    Baju Korban Corak Jersi Sublimation Ready Made Ready STOCK Pun Boleh.

    baju korban

    Penutup

    Saya berharap agar program korban di setiap masjid, surau mahupun persendirian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

    In Sya Allah.

    ā€ŽŲ±ŲØŁŠ يسر ŁˆŁ„Ų§ ŲŖŲ¹Ų³Ų± ,ربي ŲŖŁ…Ł… ŲØŲ§Ł„Ų®ŁŠŲ±

  • PROMO T-SHIRT PRINTING FEBRUARI 2024

    18% off PROMO T-Shirt Printing bulan Februari 2024

    NAK ORDER, wasap SEGERA

  • Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang Optimis Buat Semua

    Tahun 2022 yang optimis buat semua tak kira siapa anda dan di mana jua berada.

    KilangCetak.com mengucapkan Selamat datang tahun 2022. Selesai lembaran tahun 2021 yang penuh cabaran buat rakyat Malaysia khususnya dan seluruh umat manusia amnya.

    Life must go on. All challenges must be met to the best of our ability.

    Pada tahun 2022 ini, KilangCetak.com masih beroperasi seperti mana fasa Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kami masih menerima tempahan secara atas talian melalui Whatsapp.

    nak tempah baju

    Memahami situasi semasa dengan kekangan untuk mengadakan family day atau gathering. Tidak menghalang bagi mereka cukup bersemangat untuk bersama-sama keluarga dan kenalan. Pada masa kini, yang utama adalah mematuhi SOP yang ditetapkan, teruskan pemakaian face mask dan amalkan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer tak kira di mana anda berada.

    Nak order baju? Apa yang ada ditawarkan?

    Baju Material Cotton
    Baju Material Microfiber

    Nak order baju tapi design belum ada? Ada ke pilihan design template? YA ADA!

    https://t.me/kilangcetak/58

    https://t.me/kilangcetak/58

    Anda boleh rujuk link di atas untuk ke Telegram rasmi KilangCetak.com untuk melihat pilihan design family day yang ada. Jika tiada yang berkenan di hati, anda boleh dapatkan melalui Google Search. Nanti kita tengok macam mana design itu.

    Harga macam mana ya?

    Harga untuk baju bergantung pada design yang anda hajati, di muka depan website ini ada menjelaskan kriteria design yang mempengaruhi harga baju. Boleh rujuk semula sini, MUKA DEPAN.

    nak tempah baju

    Akhir kata daripada KilangCetak.com, SELAMAT DATANG TAHUN 2022. Sama-sama kita berdoa agar tahun mendatang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. In Sya Allah.

    Semoga kita bertemu lagi dalam pos yang akan datang. Terima kasih.

  • Makluman Senarai Harga Terkini Cetak Baju Janji Mampu Milik

    Makluman Senarai Harga Terkini Cetak Baju Janji Mampu Milik

    Makluman Senarai Harga Terkini Cetak Baju

    Ya, kami cuba tawarkan harga cetak baju janji mampu milik. Sebarang perubahan harga akan kami letak di laman Senarai Harga Cetak Baju.

    Untuk makluman juga, harga yang dipaparkan jika anda ingin memilih untuk mencetak baju 100% cotton roundneck lengan pendek.


    Tekan Untuk Lihat Harga Terkini


    Sekiranya anda terjumpa harga-harga lama dalam pos/entri terdahulu dalam web ini, ia perlu diabaikan. Perlu ikut kiraan terkini.

    Kami amat berbesar hati untuk menawarkan harga yang termurah namun perlu kita ambil kira cabaran masa kini dan kos-kos lain yang perlu ditanggung.

  • Design Baju Family Day Feb & Mac 2019

    Design Baju Family Day Feb & Mac 2019

    Kami kongsi dengan anda koleksi design baju Family Day sepanjang Februari & Mac 2019.

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

    Assalamualaikum w.b.t. buat semua pengunjung KilangCetak.com
    Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019, maaf zahir dan batin.

    Selamat Hari Raya

    Bagi mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, sila memandu kereta dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Mudah-mudahan semuanya selamat disamping kita mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan handai.

    Hah, nak makan tu pun jaga-jaga ya. puasa dah sebulan, berat banyak turun, bila raya, baru dua tiga hari lebur berat badan. hehe~

    Okay, sambil-sambil beraya ni, kami ingin war-warkan harga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ni. moh tengok gambar bawah ni

    Ya, RM9 sehelai* untuk saiz-saiz tertentu. Buat tempahan andaĀ dari 7 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019 untuk dapatkan harga yang menarik ini.

    Jenis baju yang digunakan adalahĀ 100% cotton lengan pendek Roundneck. Cotton yang digunakan tidak panas, sesuai dengan suhu di Malaysia ni.

    Anda boleh cetak design pilihan sama ada di depanĀ atau belakangĀ 1 warna cetakan.

    Harga di atas merangkumi t-shirt bersaizĀ S-2XL sahaja. Untuk saiz-saiz lain, sila rujuk senarai harga di bawah:

    TerdapatĀ 17 pilihan warna t-shirt yang boleh dipilih (tertakluk pada stok). Kebiasaan untuk mereka yang inginkan bajuĀ family day, ada nak baju dewasa pendek/panjang, nak baju kanak-kanak, malah nakkan baju untukĀ baby yang baru bersalin. Maka kami sediakan untuk andaĀ 7 kategori harga (termasuk harga raya RM9).

    Inginkan carta saiz?

    Ingin membuat tempahan? Apa yang perlu anda sediakan?

    Pertamanya,Ā design baju yang anda inginkan, ada boleh buat lakaran atas kertas atau dapatkan contoh daripada laman pencarian (En. Google Image), kami boleh bantu untuk ubah ikut yang anda inginkan. Jika anda ingin mencuba design sendiri, boleh gunakan software berkaitan sepertiĀ Adobe Illustrator atau software atas talian sepertiĀ Customink.

    Keduanya, dapatkanĀ senarai saiz baju yang diperlukan. Dengan adanya senarai ini, kami akan membuat semakan stok, Setelah stok disahkan, barulah anda boleh teruskan untuk membuat bayaran deposit.

    Di atas adalah panduan ringkas untuk anda. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus Whatsapp kami: tekan link di bawah

    http://wasap.my/601150700007
    http://wasap.my/601150700007
    http://wasap.my/601150700007
    http://wasap.my/601150700007
    http://wasap.my/601150700007

    Begitulah tadi makluman yang kami ingin sampaikan dalam pos ini. Sekali lagi kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

    Anda juga berminat dengan keluaran terkini baju jersey kami. Tekan gambar di bawah ya.~

    Sekian daripada kami KilangCetak.com

    Admin.

  • Cetak Baju RM9 Bulan Puasa Tahun 2019

    Cetak Baju RM9 Bulan Puasa Tahun 2019

    RM9 SEHELAI? T-SHIRT #FAMILYDAY

    Bulan Puasa dah nak dekat. Sekarang persiapan raya lagi awal, ada sebelum puasa dah setel. Raya 1st & 2nd pakai baju raya, hari seterusnya macam mana? Apa kata pakai t-shirt family day pula. Jalan2 siar2 di lokasi riadah yang ada di #Malaysia. Masa sama mengeratkan hubungan, mungkin dah lama tak jumpa. Ini masanya.

    Cerita pasal baju RM9 ni lama dah tau, ni tahun 2013 punya harga! Mana yang dapat anak masa tu, mahu dah nak masuk #sekolah rendah dah wei!! Harga barang dulu dengan sekarang lain sangat. TAPI, khas utk bulan Puasa ni kami #kilangcetak tawarkan harga ini!!!

    Pilihan Warna Baju Cotton 100% 160gsm

    YA! RM9 sehelai. Kain ni cotton yang biasa org guna buat baju family day di sini. Bukan kain nipis macam baju pagoda/singlet tau. In sya Allah selesa.

    Nak tempah dah? tekan ni >> http://wasap.my/60126596001

    Apa tunggu lagi? Tempah awal2, tarikh promosi ni dari 1 Mei sampai 29 Mei 2019 sahaja. Risau kalau lambat, production sesak, melepas nanti. Setel awal, senang hati nak jalani ibadah, #terawih dan sebagainya. kan2?

    Bukan sahaja untuk pakai masa RAYA, jika anda ada program selepas raya, tak kira program perkhemahan ke, jalan-jalan rombongan ke, bersukan ke, boleh buat tempahan masa ni.

    Nak datang kedai? moh le
    ASMA TEXTILE – 22 Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 #Ipoh, #Perak.

    web kami: http://www.kilangcetak.com

    #cetakbaju #buatbaju #tshirt #cetaktshirt

    Akhir kata daripada kami, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Mudah-mudahan kita diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjalani ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. In sya Allah.

    Niat puasa ingat lagi? moh kita ulangkaji. maklumlah setahun sekali.

    Okay, jangan lepaskan peluang harga best ini ya. Berjumpa kita lagi dalam Whatsapp nanti. In sya Allah walaupun bulan Puasa, kami akan balas secepat mungkin. Belah malam mungkin tak berapa reply, malam kita beribadah dulu ya.

    Sekian dari kami. Cetak Baju Di Sini Kilangcetak.com