Monthly Archives: April 2014

Project “I AM…”

musim baju “I AM …” kembali lagi…

Berminat untuk buat anda punya sendiri? (Personalized) Bulan Mei 2014 kami membuka tempahan untuk projek ‘I AM…’. Motto Settting The Standard, kami berikan anda t-shirt Gildan Premium 180gsm. Hubungi kami untuk dapatkan harga lanjut. Di bawah ni, hasil cetakan yang ditempah oleh sahabat dari Negeri Sembilan. “Exclusive“”Perpatih Culture“”Buddy’z

2014-04-30 09.58.33 2014-04-30 09.59.12 2014-04-30 09.59.50 2014-04-30 10.00.30 2014-04-30 10.00.53

Kongsi pada rakan anda:

Apa yang berlaku sepanjang April 2014?

Bulan April 2014, rasanya sepantas kilat masa berlalu sejak duduk kat kedai baru. Macam-macam kedudukan meja dah dibuatnya. Tapi alhamdulillah, keadaan kembali tenang.

Jadi apa yang berlaku? Jom kita tengok gambar yang sempat diambil.

Kita mula dengan gambar first ni. Gadis hawaii la pula. Takda masalah, kita buat juga. Tak la banyak sangat customer dari Johor ni order tapi kami bagi harga yang berpatutan. Berapa? Tanyalah customer ni…;)

2014-04-14 13.58.56

Bagi harga untuk 6 warna saja, tapi bila dah adjust design jadi la 7 warna. Takpa kawan-kawan.

Lepas tu pulak, baju yang dah berlepas ke Pahang. Ini kes urgent mesti tolong. SIAP. Nak pakai Jumaat sampainya Khamis. Tempahnya Selasa kot…

2014-04-16 14.39.10

Ada warna apple green…. Sepanjang minggu tu ramai pula suka warna tu..

2014-04-17 12.23.16

2014-04-18 16.55.29

Orang hantar baju, kami print je…

2014-04-18 16.58.46

Keadaan kaunter yang telah di‘modify’

2014-04-22 14.30.24

Satu lagi ke JOHOR…pernah dengar Soda Johor??

2014-04-23 12.30.01

Bawah ni, sebenarnya bahan eksperimen. Ntah apa yang difikirkan budak marketing…apapun memang nak tertanggal kaki mengerjakan t-shirt ni.. Agak-agak berapa lama siap?? Saya jawab sendiri jela.. Buat hari Jumaat, lepas solat Jumaat dan makan dengan famili, jam 3 petang keluar ambil stok baju sampai ofis dekat kul 4, buat filem, buat 3 blok, susun baju, pukul 5 petang siap…Jawapan: 2 jam. Aduhaiii…

2014-04-25 17.11.14

Itulah yang dapat dikongsikan. Bulan ni agak kurang ambil gambar. In Sya Allah bulan Mei 2014 banyak sikit gambar akan disharekan di sini.

Harap korang jangan konfius ya, web ni memang takda penetapan bahasa Melayu ke English  ya… Apa yang penting info tu je..Kita bagi cool sikit..

Nak datang kedai, silakan.. Tak order baju takpa, datang sembang-sembang pun boleh..Ok, sekian. JUMPA LAGI…

Kongsi pada rakan anda: