No Minimum OrderLAH Cetak Baju

promo

No Minimum OrderLAH Cetak Baju

Pelanggan yang dihormati.

Sukacita kami ingin memaklumkan “No Minimum OrderLAH*” Cetak Baju hanya di KilangCetak.com

Anda boleh buat baju walaupun sehelai. Terjumpa gambar yang berkenan di hati, rasa nak cetak atas baju. Tak jumpa tempat yang buat sehelai, SINI TEMPATNYA.

Harga cetak baju satu (1) helai dari RM18.00 sahaja.

Spesifikasi baju yang digunakan adalah jenama Foursquare 100% Cotton 160gsm Roundneck. (jenama pilihan orang ramai). Pelbagai variasi warna. Warna asas adalah HITAM.

Rasa macam nak guna baju jenama lain, boleh, pilih GILDAN atau ORENSPORT.

Besar mana gambar yang diperlukan? Okay untuk yang full color, size gambar hendaklah lebih dari 1000 pixel x 1000+ pixel. Ini untuk memastikan gambar tidak pecah.

Besar mana gambar pada baju? Gambar anda akan dicetak saiz maksimum 26cm X 20cm (landscape/potrait). Untuk 1 color sahaja lebar maksimum 28.5cm.

Apa pun untuk tetapkan harga, anda perlu Whatsapp kami, 012 659 6001.

Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.

no minimum orderLAH

Pelanggan meminta untuk sertakan bendera Malaysia & Jepun pada design baju I AM.

Berminat untuk datang kedai kami? Jemput datang. Alamatnya 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Menghadap Tesco Station 18, sebelah kedai bekalan Bakeri SBH. Boleh tengok sampel baju yang ada disediakan.

Jangan lepaskan peluang ini. Buat baju sempena hari raya, balik kampung raya tahun ni pakai baju I AM senang saudara mara nak kenal nama.

Bulan Ramadhan ni, KilangCetak.com mengucapkan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Juga Salam Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Maaf zahir dan batin.

 

Kongsi pada rakan anda: