Station 18 – KilangCetak.com kini di 22, Medan Stesen 19/4, Station 18, 31650 Ipoh Perak.

Station 18 – KilangCetak.com kini Berpindah

station 18

Sukacita kami ingin maklumkan bahawa KilangCetak.com telah berpindah ke kedai baru. Betul-betul menghadap Tesco Station 18, Ipoh.

Kini anda boleh melihat sampel baju yang sesuai untuk dipilih dan cetak baju ikut design yang anda inginkan.

kedai baru

Butiran seperti berikut:

  • ASMA TEXTILE (002224436-w)
  • 22 MEDAN STESEN 19/6, STATION 18, 31650 IPOH, PERAK.
  • KOORDINAT 4.544588, 101.067139
  • WAKTU OPERASI ISNIN – KHAMIS (10AM – 6PM)
  • WAKTU OPERASI JUMAAT (10AM – 6PM) (REHAT 12.30 – 3.00PM)
  • WAKTU OPERASI SABTU (10AM-2PM)

Sekarang juga telah keluar koleksi baru daripada OrenSport. Koleksi terbaru merangkumi baju jenis Quick Dry (Microfiber), Honey Comb (Polo), Cotton Interlock, Single Jersey dan paling menarik kini ada pilihan baru untuk t-shirt Muslimah. Tekan menu OrenSport di atas untuk melihat lebih banyak koleksi baru.

oren sport SK02

Penjelasan cara-cara untuk membuat tempahan cetak baju:

  • Pelanggan Walk-In

Sekiranya anda berhampiran dengan kedai kami, jemput hadir untuk melihat sampel baju yang disediakan. Boleh terus bincang tentang nak jenis baju yang macam mana, bincang harga malah deal  terus.

  • Pelanggan Online/Whatsapp

Mungkin anda jauh, ada yang dari Sarawak, ada yang Sabah, ada yang Johor, ada juga yang dari Perlis. Untuk pengetahuan anda, kami telah menghantar tempahan cetak baju ke semua negeri dalam Malaysia. Macam mana? Hantar dengan courier. Caj penghantaran dijamin tak mahal.

Okay, jauhkan? Anda boleh hantar whatsapp  kepada kami, save nombor telefon ni, 0126596001. Kemudian mula mesej kami di Whatsapp. Apa butiran penting  yang perlu anda hantar kepada kami?

  1. Nama anda? Dari mana (boleh kami tentukan kadar penghantaran)
  2. Attach design anda. Kalau ada gambar rupa baju yang anda nak buat hantarkan. Tak ada? boleh lakar atas kertas, lukis asalkan kami boleh tahu anda nak baju tu macam mana. **jangan main attach je gambar banyak-banyak, jelaskan sikit anda nak macam mana.
  3. Beritahu kami kuantiti, berapa helai anda nak buat baju tersebut? Kalau banyak contoh lebih 100 lain harganya, kurang daripada 20 helai lagi lain harganya.

Tiga butiran di atas amat penting untuk kami tentukan harga baju yang anda hendak buat.

Adakalanya pelanggan menyatakan yang design  belum dimuktamadkan, nak tahu anggaran. Memang sukar bagi kami untuk berikan harga. Dah muktamad ke tidak design anda, hantar je dulu. Kami berikan anggaran. Kalau ada perubahan ketara harga boleh di adjust.

Anda nak harga anggaran? kena juga berikan design.

Prosedur lain seperti pembayaran ada dijelaskan di sini. Di whatsapp kami boleh berikan butiran pembayaran.

Okay begitulah penjelasan tentang nak buat tempahan cetak baju di KilangCetak.com. Sebelum ini mungkin anda ada menghantar whatsapp kepada kami dan tidak dapat reply kepada kami. Kami mohon maaf, adakalanya disebabkan kesibukan di sini. Pasti akan ada yang terlepas. Kami cuba balas semua whatsapp  yang sampai kepada kami.

promo

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Moga lebih banyak baju anda cetak di sini.

Kongsi pada rakan anda: